Resipi yang satu ni dah terasa meleleh air liur. Inilah dia menu pembuka selera. Paduan ayam goreng dan cili api yang pedas menyengat memang buat bertambah korang makan. Buatnya pun mudah dengan bahan-bahan seperti di bawah ini
Ayam Goreng Cili Api
Bahan-bahan:
cili padi merah dan hijau ( kisar kasar)
Bawang besar
Bawang putih
Serai titik
Suka makan Cucur yang sedap? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Jemput Jemput Nasiyang dikongsi sendiri oleh saudari Nur Ain Mat Daud. Caranya sangat mudah dan bahan yang digunakan juga tidak renyah. Berbaloi sangat buat untuk minum petang. Garing di luar, lembut di dalam. Memang enak! Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
RESEPI JEMPUT JEMPUT NASI / CUCUR NASI SEDAP & MUDAH
BAHAN DIPOTONG DADU: Bawang besar – beli online disini Ubi kentang – beli online disini Kepingan keju Cili merah Daun sup /daun bawang (Boleh tambah aneka sayur terpulang selera masing-masing)
CARA MEMASAK: 1. Satukan nasi dan isi ayam. Kisar halus. 2. Masukkan ke dalam bekas dan tambahkan bahan-bahan lain yang telah dipotong dadu. 3. Masukkan bahan perasa dan gaul rata. Tambahkan juga sedikit tepung gandum.
4. Goreng adunan jemput jemput dalam minyak yang banyak. Jemput jemput ini garing di luar lembut di dalam.
Daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thai yang menyelerakn. Daging yang diperap dengan ramuan kkas membangkitkan rasa daging dan sos masam manis menmbahkan lagi selera.
Anda pernah cuba resipi Daging Goreng Bollywood style ni? Nampak sedap dan membuka selera kan? Bahan-bahannya juga cukup mudah. Pasti sedap dinikmati bersama nasi putih panas. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa untuk hari ini, boleh cuba resipi perkongsian Sis Wani. Pasti puas hati dengan rasanya.
Daging 1/4 keping Nise Kelantan / gula melaka – beli online disini Serbuk perasa secukupnya Bawang holland – hiris – beli online disini Hirisan cili Petai Minyak masak secukupnya
1.Hiris daging dan rebus hingga empuk daging dgn air sampai empuk. Petua untuk daging empuk: rebus daging guna api kecil dan tutup periuk supaya air cepat mendidih. HAsilnya daging memang lembut dan tidak liat.
2. Satukan bahan-bahan tumbuk dan tumbuk lumat. Jumlahnya boleh ditambah dan dikurang bergantung pada jumlah daging yang hendak dimasak.
3. Bila daging sudah empuk, masukkan semua bahan tumbuk tadi. Masukkan juga nise Kelantan dan serbuk perasa. Teruskan memasak daging.
4. Bila air rebusan sudah kering, masukkan sedikit minyak masak. Gaul daging supaya sekata.
5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, cili dan juga petai jika suka. Gaul sebati hingga sedikit layu.
6. Daging Goreng Bollywood style sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.