Menu ini memang tidak jemu makan, tambah pula dengan aroma serai menjadikan masakan tambah wangi dan menyelerakan. Selain ayam boleh juga diganti dengan bahan lain seperti daging dan makanan laut. Ikut cita rasa anda semua.
Ayam Cili Berserai
Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam dipotong 16 Garam secukup rasa Kunyit
Cara memasak:
Gaulkan ayam dengan kunyit & garam Goreng hingga masak
Ads
Bahan-bahan sos:
3 ulas bawang besar )kisar 5 ulas bawang putih )kisar 6 batang serai ) dikisar 2 inci halia )kisar 1 inci lengkuas )kisar 1 inci kunyit hidup )kisar 2 inci belacan bakar )kisar
150gm cili kering kisar
1 keping gula kabung
7 keping asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak
Cara memasak:
1.Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan cili kisar, gula kabung & asam keping. Kacau & biarkan cili masak perlahan2 hingga terbit minyak.Tujuan gula di masukkan dahulu supaya cili masak cantik.
3.Apabila sos sudah masak tutup api dan masukkan garam secukup rasa
Ads
4.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul rata bersama-sama sos.
5.Boleh dihidangkan dengan nasi.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Bahagian isi ayam atau disebut fillet ni kurang digemari kerana rasanya sedikit hambar bebanding bahagian peha, drummet dan drumstick. Tapi dengan sedikit olahan resipi kepingan isi ayam iaitu bahagian dada boleh dijadikan sajian yang lazat.
Kredit foto : iStock
Bagi mereka yang mahu berdiet tanpa lemak, isi ayam bahagian dada pastinya menjadi pilihan pola makanan sihat. Disebabkan ia tidak mengandungi lemak maka rasanya agar kurang berperisa berbanding daging ayam bahagian paha atas atau bawah.
Agar rasanya lebih enak ada pelbagai cara mengolahnya. Pertama dengan cara dikukus. Biarkan kulit ayam melekat pada potongan dagingnya. Perap dengan parutan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam sehingga kukus hingga matang.
Bila nak makan siang kulit ayam, atau biarkan daging ayam berendam perencah selama 30 minit kemudian panggang dalam oven panas hingga empuk. Angkat, tanggalkan kulit ayam, sangat enak dijadikan campuran salad.
Jika ingin rasa lebih enak, siang kulit dada ayam, rendam potongan daging dada ayam dengan bawang bombay dan parutan bawang, kicap soya dan sedikit gula, garam dan lada hitam. Setelah satu jam bakar atau panggang.
Sapukan sedikit minyak sayur agar rasa daging ayam lebih berperisa. Ayam panggang sedap dinikmati dengan salad atau nasi.
Daging dada ayam terutama lebih cepat empuk dibandingkan dengan daging paha. Jika ingin lebih cepat masak , potong-potong fillet ayam melintang serat kasar-kasar atau dicincang kasar. Sumber : food,detik.com
Ni ada dua resipi filet ayam yang mudah. Kesukaan anak-anak, sesuai untuk masakan dapur si bujang juga
FILET AYAM GORENG RANGUP
RESIPI PERTAMA :
Bahan-Bahan 1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
serbuk roti
sedikit garam
sedikit lada sulah
serbuk perasa ayam
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya 1. Ayam di potong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum, buat fillet ayam. Bilas dan toskan.Tumbuk halia dan bawang putih. 2. Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa. 3. Perap seketika di dalam peti sejuk. 4. Bila masa untuk menggoreng ,pukul telur. Ambil ayam tadi dan celupkan ke dalam telur, kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti. 5. Goreng hingga keemasan.
RESEPI KEDUA – FILET AYAM GORENG RANGPU
BAHAN-BAHAN : 2 belah dada ayam
lada sulah secukupnya
tepung goreng ayam (adabi atau apa-apa jenama tepung serbaguna segera) telur ayam | di pukul sedikit
Cara membuatnya
1. Basuh dada ayam dan toskan. Buat filet ayam.
2. Renjiskan dengan sedikit serbuk lada sulah.
3. Panaskan minyak banyak dan salut filet ayam dengan telur dan kemudian tepung goreng ayam.
4. Goreng sehingga berwarna keemasan.
5. Semasa menghidang potong kecil-kecil.
Hari ni bercadang nak masak lauk ayam? Ini ada tiga menu ayam masak ala kampung yang sedap RASA kongsikan untuk anda semua cuba. Apa yang penting menu ini ringkas je cara memasaknya, gerenti anak-anak suka.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
350gm isi dada ayam | potong dadu
200gm santan pekat
2 cawan air
1 tin cendawan butang
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
1batang serai | titik
1 tin cendawan butang. | belah dua
6 cili api hijau | hiris
6 cili api merah | hiris
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, hirisan cili padi dan serai.
Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong besar
2 keping asam gelugor
4-5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai | titik
1 inci lengkuas | titik
4-5 biji tomato ceri jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
1ekor ayam saiz kecil | belah empat
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
250ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
Renehkan atas atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
Ayam gunting ini kalau dibeli di kedai, sekeping RM6. Kalau ada anak ramai, memang memerlukan kos yang agak tinggi nak beli ayam gunting ni. Salah satu cara untuk berbaloi, boleh cuba masak sendiri ayam gunting ni. Berbaloi juga kalau nak nikmati ramai-ramai. Resipi ini telah dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Resipi sebenar telah dimuatnaik oleh Salimah Olie di facebook beliau. Terima kasih Salimah Olie kerana berkongsi resipi yang sungguh menyelerakan ini.
AYAM GUNTING RANGUP
BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dileperkan)
Tepung serbaguna Bestari
1 sudu kecil suda bikarbonat
1 biji telur ayam
Garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dada ayam dileperkan dan diketepikan.
2. Dalam pinggan, campurkan tepung serbaguna Bestari dengan soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Pecahkan telur dalam pinggan lain dan masukkan garam.
4. Panaskan minyak masak.
5. Golekkan ayam pada tepung. Celupkan dalam telur ayam tadi. Golek semula dalam tepung.
6. Goreng dalam minyak masak yang sudah cukup panas.
7. Selepas masak, guntingkan ayam dan tabur dengan perisa yang disukai.
.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.