Episod Rasa Nostalgia Ramadan kali ini memang istimewa. Seronok tengok gelagat dua beranak ni masak dan berkongsi kisah Ramadan dan Syawal bersama. Mesra dan saling mengusik kedua beranak ini.
Buat Serina, papanya Chef Wan adalah idola masakannya. Dua sajian istimewa yang dipilih adalah Ayam Berkuah Sate atau Kacang dan juga Biskut Kacang Pecan yang sesuai dihidang semasa Hari Raya.
Cerita Serina dia memang sentiasa teringat kelazatan lauk pauk dan biskut raya yang rangup dan cantik air tangan papanya. Aktiviti bulan Ramadan ini di samping aktif berniaga baju jenamanya sendiri Serina Redzuawan Ready To Wear, dia juga turut membantu orang kampung memasarkan dan menjual produk makanan raya dan puasa dari mereka seperti dodol dan biskut raya .
“Famili kami memang cukup besar hampir 45 hingga 60 orang, bila dah berkumpul adik beradik dan sepupu memang meriah dengan juadah puasa dan raya. Setiap famili bawa kuih raya, lemang, rendang dan kami masak bersama. Saya hanya membawa daging untuk dimasak rendang. Tapi papa akan membuat segala kek dan biskut seperti kek oren, chocolate chip dan pecan cookies.
Ads
Kami boleh juga buat tapi tak secantik rupa macam papa buat. Ayam berkuah sate atau berkuah kacang papa memang cukup wangi aromanya dan menjadi kegemaran kami sekeluarga di bulan puasa dan Hari Raya. Selain itu papa dulu rajin masak masakan Arab , Beriani , Nasi Bukhari dan Kus-kus,”imbau Serina mengenai juadah nostalgia Ramadan dan Hari Raya.
Jom semak 2 resipi Nostalgia Serina dan papanya Chef Wan.
AYAM BERKUAH KACANG @ KUAH SATE
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong kecil, boleh juga digoreng separuh masak terlebih dahulu
500gm kacang tanah | digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar kasar
Bahan dikisar kasar :
30 tangkai cili kering | direndam air panas
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
7 batang serai
2.5sm halia
2.5sm lengkuas
8 sudu makan gula Melaka | yang telah diracik
2 sudu makan gula pasir
2 cawan air
8-10 sudu makan minyak panas
1 cawan air asam jawa | daripada 50gm pati asam jawa
Garam @ garam mineral secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
Apabila garing masukkan kacang tanah. Kacaukan hingga sebati.
Masukkan air, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa ke dalam kuah yang semakin pekat itu.
Kecilkan api dan masukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam dan kuah masak. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
BISKUT PECAN
Ads
BAHAN-BAHAN :
60gm mentega tanpa garam
¼ cawan gula aising (serbuk)
1 sudu teh esen vanilla
125gm kacang pecan | dipanggang dalam oven dan dikisar kasar
½ cawan tepung gandum serba guna
Kacang pecan secukupnya untuk hiasan
Serbuk gula aising secukupnya | ditabur sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula hingga ringan dan berkrim.
Masukkan esen vanilla, pecan dan tepung, adunkan hingga menjadi doh.
Ambil doh dan bulatkan dan susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.
Leperkan sedikit dengan menekan kacang pecan di atasnya.
Bakar 8 hingga 10 minit dengan suhu 175 darjah Celsius.
Bila sejuk taburkan gula aising di atasnya.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN DI EPISOD SETERUSNYA BERSAMA ABAM BOCEY DAN EPISOD AKHIR ZIANA ZAIN.
JAM 5 PETANG HARI ISNIN DAN SELASA.DI SALURAN ASTRO PRIMA 105 DAN ASTRO PRIMA HD 121.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan sampingan yang istimewa dan enak. Daging dan sayur kailan ditumis dengan rencah ringkas tetapi melazatkan. Mudah dan tidak perlu masak sayur lagi. Bagi geng mak-mak yang sibuk, ha…sesuai sangatlah masak lauk ni. Cepat siap & lengkap!
DAGING GORENG BABY KAILAN
BAHAN-BAHAN: Bahan Perapan Daging:
300gm daging ] hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan ] potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah ] hiris serong
2 biji bawang merah ] hiris
6 ulas bawang putih ] cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Idea bijak! Kadangkala buntu nak masak apa dengan ayam yang dah beku lama, apa kata kamu cuba buat resipi yang sedap ni! Boleh berjimat, sedap pun sedap, jarang kita cuba buatkan. Apa lagi jom cuba!
RESIPI SATAY WARISAN AMAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
700gram Isi ayam
9 Sudu Besar gula pasir
1 Sudu kecik garam
Bahan B
4 batang serai
1 inch halia
1 inch lengkuas
10 ulas bawang merah
kecil
6 ulas bawang putih
2 Sudu kunyit serbuk
Bahan C
3 Sudu besar ketumbar
3 Sudu besar jintan
(Jintan manis 1.5sudu+jintan putih1.5 sudu)
CARA MEMASAK:
Blender Bahan B, selepas blender, tapis air , jgn buang ye (air Ni Leh letak dlm kuah kacang)
Blender kasar bahan C (tanpa air ye)
Campurkan semua Bahan A,B,C
Gaul smpai hancur gula,, sampi sebati .
Perap selama 2jam
Lagi lama lagi sedap tau.. bahan2 meresap sampai ke dalam isi ayam. Sementara tunggu tu boleh lah rebus nasi impit@buat kuah kacang, resipi kuah kacang dibawah ye
Agak2 korang rasa dah tak sabar nak makan tu, cucuk lah satay tu..cucuk biar beselang dengan kulit ayam.. Sape tak suka kulit ayam tu,, tak perlu letak ye… Ikut citarasa.
Last sekali boleh lah bakar satay tu.. sis pakai magic pan jer.. tapi kalau kamu suka bakar pakai pembakar.
Sebelum bakar ketuk serai dan seulas bawang putih.. Letak dalam minyak ye.. So korang jadikan serai tu macam alat tok letak minyak kt satay .. Wat naik bau.
RESIPI KUAH KACANG
Bahan A
500g kacang tanah
Bahan B
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili kering agak2 Nk pedas letak lebih
Secubit belacan
CARA MEMASAK:
Blender bahan B
Sangai bahan A
Blender kacang Yg Dh disangai
Tumis Bahan B
Dalam periuk rebus kacang Yg Dh di blend td, selama 10minit@ smpi mendidih.
Kacau sentiasa.
Campurkan Bahan B Yg ditumis dlm periuk yg rebus kacang td.. Ha td masa blender tok Wat satay Ada air blender tu kan? So masuk lah dlm Ni. Kacau lah.. Sampi pecah minyak..
Umum tauhu memang kaya dengan protein, dan ada pelbagai jenis tauhu di pasaran. Bagusnya, tauhu enak dipelbagaikan cara memasak. Antara menu yang korang semua boleh cuba adalah Tauhu Telur Goreng Bersama Daging Kisar. Cara memasaknya senang dan rasa memang sedap. Tak rugi korang mencubanya.
.
TAUHU TELUR GORENG DENGAN DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
200gm daging kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang Holland | dadu halus
3ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
5. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
6. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
9. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
10, Tauhu sedia dihidangkan.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!