Hidangan lauk berasaskan mangga yang terkenal apa lagi kalau bukan kerabu mangga. Kalau dah selalu sangat buat kerabu ini apa kata kita tukar selera.
Buat ayam mangga ataupun chicken mango. Rasa masam, manis dan pedas bersatu, memang kick. Makin enak sebab ayam goreng yang digaul rangup. Kalau nak cuba, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nora Syikin Azmi.
Cara buat chicken mango
Ads
Bahan untuk ayam
Isi ayam bahagian paha/dada
Tepung goreng/ tepung serbaguna
Bawang putih (dihancurkan)
Serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20 minit.
2. Selepas 20 minit pecahkan telur dalam mangkuk perapan isi ayam dan gaul.
3. Masukkan tepung serba guna dalam bekas berasingan dan gaul hingga menyelaputi semua bahagian.
4. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga kekuningan.
Bahan untuk kerabu
Mangga muda, lobak merah, daun ketumbar, bawang besar- hiris memanjang kesemuanya.
Sos plum
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Jus limau nipis
Ads
Cara membuat
Campurkan semua sos bersama gula dan jus limau kemudian didihkan atas api. Tambahkan air panas kalau terlalu pekat (sukatan agak-agak saja). Tutup api bila sudah mendidih.
2. Potong ayam yang siap digoreng tadi dan gaul bersama mangga, lobak, daun ketumbar dan bawang.
3. Kemudian tuang sos di atasnya, boleh gaul dan tabur cili padi. Siap!
Sebut saja kerabu, ada bermacam jenis. Ada yang rasa masam dan pedas, ada juga yang lemak pedas tak kurang juga yang disediakan segar. Apapun cara hidangan kerabu tetap menambat selera. Kalau anda pencinta kerabu, ini ada dua jenis kerabu yang berbeza tetapi rasa tidak menghampakan. Anda semua wajub cuba.
KERABU JANTUNG PISANG KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji jantung pisang | rebus empuk dan hiris
2 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 sudu makan kerisik
½ sudu makan air asam
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.
KERABU CAMPURAN KEKACANG
BAHAN-BAHAN:
5 batang kacang botol | hiris halus
5 batang kacang buncis | hiris halus
5 batang kacang panjang | hiris halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | hiris halus
3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
½ biji limau nipis | perah airnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.
Korang tahu tak apa manfaat limau kasturi untuk kesihatan? Antaranya adalah untuk bantu legakan batuk, cairkan kahak, singkirkan lemak dalam badan dan juga bantu legakan sakit kepala. Sama ada diminum jusnya begitu sahaja, korang boleh juga campurkan dengan madu untuk mengurangkan rasa masam limau tersebut.
Selain itu, boleh juga limau kasturi ini dicampur dalam masakan. Misalnya kerabu. Selain menambah sedap lauk yang dimasak, boleh juga dapat manfaat limau itu untuk kesihatan. Jom lihat resipi Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi yang diilhamkan oleh Wan Norma melalui facebooknya.
Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi
Bahan-bahan
500 gram ikan bilis (Goreng dan toskan)
3 batang serai (hiris halus)
2 labu bawang besar (hiris halus)
7 biji cili api (hiris halus)
1 biji tomato (hiris halus)
5 biji limau kasturi (belah dua dan perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas
2. Masukkan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Gaul sehingga rata.
5. Sedia dimakan.
Biasanya bila dihidangkan dengan menu kerabu, jadi berselera nak makan. Pasti bertambah nanti. Buat penggemar kerabu kena cuba buatnya, bahan-bahan yang digunakan sangat simple. Resipi yang dikongsikan oleh Rohana Benjamin membuka selera sesiapa saja.
Kerabu Telur Masin
Bahan-bahan:
2 biji telur masin ( rebus) 1 genggam ikan bilis ( goreng) 8 tangkai cili padi ( hiris) ½ biji bawang besar( hiris) 2 biji bawang merah ( hiris) 4 biji limau kasturi ( ambil jus)
Cara membuat:
1.Kupas telur masin, kemudian hiris atau potong.
2.Sediakan bekas untuk meletakkan semua bahan. 3. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...