Sebulan berpuasa banyak nak kena fikir menunya. Tak payah susah-susah cari resipi untuk berbuka. Ni dia 30 resipi mudah terdiri dari ayam, ikan, daging , sayur untuk dimasak sebulan Ramadan ini.

Kenalah rajin memasak sebab bazar Ramadan pun tiada sepanjang PKP. Jom masak ikut aneka resipi yang diberi.

1. DENDENG DAGING

BAHAN-BAHAN :

1 kg daging batang pinang
1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar
1/2 kg bawang besar/dikisar
Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
2/3 sudu makan cuka
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Rebus daging hingga lembut.
2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.

2. SOTONG MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN :

6- 7 ekor sotong saiz sederhana
*3 ulas bawang putih /ditumbuk
*1/2 inci halia /ditumbuk kasar
*1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
*1 sudu teh serbuk jintan manis
*1 sudu teh serbuk jintan putih
*1 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar /dihiris bulat
2 – 3 batang cili hidup/ padi
1 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :
1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.

INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.

3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN :

300 gm hati ayam
200 gm kacang panjang
6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
100 gm fucuk | direndam dahulu
150 gm soo hoon | direndam dahulu
20 ml kicap manis
100 gm pes cili kering
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan dihiris :

200 gm bawang merah
100 gm bawang putih

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.

INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.

Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan, jimatkan. Manalah tahu ada yang tak sempat nak memasak.

5. UDANG GORENG TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

500 gm udang saiz  XXL | dibersihkan
2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | dihiris
1 helai daun kunyit  | dihiris halus
1/2  sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

20 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
  3. Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
  5. Kacau hingga pecah minyak.
  6. Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
  7. Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.
  8. Tutup api dan gaul rata.
  9. Sedia dihidangkan.

6. UDANG SAMBAL BELACAN 

BAHAN-BAHAN:

500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
1 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
3cm belacan
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
  4. Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
  5. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
  7. Tutup api dan gaul rata.
  8. Sedia dihidangkan.

7. ASAM PEDAS TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
½ inci halia |kisar
½ inci kunyit hidup |kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar.
  3. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
  4. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum.
  5. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.

8. KURMA TELUR

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur | direbus
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk santan
3 sudu teh rempah kurma
½ inci halia
1 helai daun pandan
1 batang cili hijau
1 batang cili merah
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.
  3. Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
  4. Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan. Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
  5. Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
  6. Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.

Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih atau pun nasi beriyani.

9. AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam | dipotong beberapa bahagian
3 sudu makan rempah kari | campur sedikit air jadikan pes
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun kari

BAHAN DIKISAR :

2.5 sm halia
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :
1. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan dikisar bersama serbuk cili, kunyit dan garam secukup rasa. Perap selama 30 minit.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.

INFO : Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih supaya rempahnya sebati dan meresap ke daging.

10. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan siakap saiz sederhana

Bahan sambal ikan bakar :

220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sm belacan bakar
150 gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
3 biji limau kasturi/ perah jusnya
2 batang serai /dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak

Bahan pencicah sambal belacan dan bawang :

5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
1/2 cawan air asam jawa

CARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya.
12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.

INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.

11. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN

BAHAN-BAHAN :

10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu

Bahan dikisar:

10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1 .Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.

INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.

12. SAMBAL SOTONG PETAI

BAHAN-BAHAN :

800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil
5 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar /dikisar
3 ulas bawang putih/dikisar
15 biji cili kering/rebus dan dikisar
200 gm petai /dibuang kulit dan belah
1 asam keping
Gula secukupnya
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka.
4. Sambal sotong siap untuk hidangan.

INFO CHEF: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.

13. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN

BAHAN-BAHAN :

1 kg dada ayam
50 gm serbuk lada hitam
30 gm cendawan butang
30 ml kicap manis
10 gm serbuk kunyit

Bahan dikisar :

100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia 

CARA MEMASAK :

  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
  2. Kemudian goreng ayam separuh masak
  3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
  5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.

14. TELUR PUYUH MASAK ACAR

BAHAN-BAHAN :

20 biji telur puyuh | direbus, kupas dan toskan
300 gm bawang merah | dihiris
200 gm bawang putih | dihiris
2.5 sm halia | dihiris
4 batang serai | diketuk
100 gm kunyit hidup | ditumbuk halus
300 gm lobak merah | dipotong jejari
300 gm timun | dipotong jejari
300 gm kacang panjang | dipotong jejari
5 gm biji bijan
30 ml cuka makan
200 gm sos cili
200 gm sos tomato
Gula dan garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup sehingga pecah minyak.
  2. Setelah itu masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit cuka, perasakan dengan garam dan gula.
  3. Biarkan ia betul-betul masak, barulah dimasukkan lobak merah, timun dan kacau panjang. Kacau sebati
  4. Kemudian masukkan telur burung puyuh. Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan sedikit biji bijan

15. DAGING MASAK KARI HIJAU 

BAHAN-BAHAN :

Bahan tumis (pes hijau) :

1 batang serai /dikisar halus
2 ulas bawang putih /dikisar halus
1.5 sm lengkuas /dikisar halus
6 biji cili hijau besar / dikisar halus
20 gm belacan /dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut /disagat
4 helai daun limau purut / dihiris halus
200 gm daging /dihiris nipis
20- 30 gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10 gm kubis bunga/ dihiris
3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62 ml air rebusan daging
100 ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang

16. OPOR AYAM 

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
500 gm santan segar
3 batang serai /diketuk
4 helai daun salam
6 helai daun limau purut /dicarik
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan dikisar:

3 sm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1/2 sudu teh biji jintan
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.

Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan, jimatkan. Manalah tahu ada yang tak sempat nak memasak.

17. PAJERI KEDONDONG

BAHAN-BAHAN:

300 gm Kedondong
30 gm  Bawang Merah
10 gm  Bawang Putih
100 gm Rempah Kari
30 gm  Kerisik
10 gm  Gula Melaka
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK: 

  1. Kisar bawang merah dan bawang putih,
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis
  3. Masukkan rempah kari dan mask sehingga bangkit bau dan pecah minyak
  4. Masukkan kerisik, gula melaka dan juga kedondong
  5. Masukkan garam , sesuaikan rasa dan angkat

18. DAGING SALAI PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

500 gm Daging Batang Pinang Salai
50 gm  Cili Padi
50 gm  Bawang Besar
40 gm  Bawang Merah
50 gm  Serai
30 gm  Lengkuas
20 gm  Kunyit
100 ml Santan
2 ikat   Daun Pegaga
3 keping Asam Keping
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:        

  1. Kisar bawang, lengkuas, cilipadi, serai dan masukkan ke dalam periuk
  2. Masukkan santan, asam keping, daging dan juga daun pegaga
  3. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
  4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa. Angkat dan sedia dihidangkan.        

19. ASAM PEDAS EKOR LEMBU

BAHAN-BAHAN:

300 gm ekor lembu|rebus dahulu
100 gm  bawang merah |kisar
100 m  kunyit hidup |kisar
100 gm cili kering |kisar
50 gm bawang putih |kisar
50 gm  lengkuas |kisar
2 batang serai |kisar
1 batang bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 biji    tomato
200 ml asam jawa
50 gm  belacan | dibakar
30 gm serbuk jintan putih
30 gm sebuk jintan manis
 Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau wangi
  2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
  3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
  4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
  5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan , daun kesum dan tomato    

20. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG

BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kilo santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping

CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan

INFO : Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.

21. MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI

BAHAN-BAHAN :

1 ekor itik salai
4 sudu makan cili api/ yang telah ditumbuk lumat
2 sudu makan kunyit hidup/yang telah ditumbuk lumat
2 biji kelapa /ambil santan pekat sahaja
4 keping asam keping
4 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan daging salai, cili api dan kunyit ke dalam periuk dan masak atas api sederhana.
  2. Biarkan seketika sehingga air dari itik dan cili telah sejat dan agak kering.
  3. Apabila airnya telah sejat, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih hingga itik empuk sambil dikacau agar tidak pecah minyak.
  4. Masukkan asam keping, serai dan garam secukup rasa.
  5. Kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga naik minyak.Kacau sekali sekala.
  6. Masakan sudah sedia untuk dihidangkan

INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.

22. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN :

250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar
5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar/dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna.
  2. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
  3. Goreng terung pipit sebentar.
  4. Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
  5. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
  6. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
  7. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
  8. Angkat dan sedia untuk dimakan.

INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.

23. AYAM MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
2 biji kentang /dipotong nipis memanjang
2 biji cili hijau/dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu makan pes cili kering
5 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tepung jagung/dibancuhkan sedikit air
4 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk
2 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk
2.5 sm halia/ditumbuk
Gula dan garam secukup rasa
Kunyit serbuk secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit serbuk , goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Gaulkan kentang bersama garam dan digoreng hingga masak.
  3. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  4. Masukkan pes cili kering dan digoreng hingga garing.
  5. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan biarkan hingga naik baunya.
  6. Masukkan sos tiram dan kicap, masukkan air secukupnya.
  7. Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya.
    Masukkan ayam dan kentang, biarkan mereneh seketika
  8. Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dihiris.
  9. Masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air untuk memekatkannya.
  10. Masukkan asam jawa, garam, gula secukupnya dan biarkan ia mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.

INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk

24. IKAN CENCARU SUMBAT

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan cencaru
2 biji cili merah/ditumbuk
8 biji cili api/ditumbuk
1/2 biji bawang besar/dihiris
Sedikit belacan/ 2 sm
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
  2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
  3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
  4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
  5. Goreng sehingga masak

25. IKAN KELI GORENG BERLADA

BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan keli
2 biji cili merah/ditumbuk halus
10 biji cili api/ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar/dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam.
  2. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing.
  4. Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.
  7. Gaul rata dan sedia untuk dimakan.

26. KERABU DAGING SALAI

BAHAN-BAHAN :

500 gm daging /yang telah dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris membulat
5 biji cili api/dihiris
1 batang serai/dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
  2. Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
  3. Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan

27. SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN :

2 keping tempe /dipotong sederhana nipis
250 gm ikan bilis/ secukupnya
3 sudu makan pes cili kering
5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Biarkan ia sejuk.
  2. Tumis pes cili kering hingga garing, dan masukkan bawang kecil dan biarkan seketika.
  3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis dan digaul rata.

28. ASAM PEDAS IKAN PARANG BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN :

2 keping ikan parang/dibersihkan
1 ikat daun kesum/ ambil daun dan sedikit batang
1 batang serai /diketuk
3/4 cawan air asam jawa

Bahan kisar :

10 tangkai cili kering/ rebus dahulu
1 sm kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1.5 sm halia
1 biji tomato
3 biji bendi
1 tangkai bunga kantan
Sedikit belacan bakar/ lumatkan hancur
5 biji belimbing buluh
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar.
2. Biarkan hingga naik bau dan pecah minyak. Pastikan cili betul-betul masak.
3. Masukkan serai dan gaul sekali.
4. Masukkan air dan renehkan hingga mendidih.
5. Masukkan ikan dan asam jawa, dan masukkan daun kesum.
6. Kemudian tambahkan bunga kantan, bendi , tomato dan belimbing buluh.
7 .Kecilkan api ,biarkan mereneh sebentar.
8. Tutup api dan asam pedas sedia untuk dihidang

INFO CHEF : Selain belimbing buluh boleh menggunakan bahan lain seperti mangga muda atau nenas untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa asam pedas yang sama.

29. IKAN PATIN TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan patin saiz sederhana
6 sudu makan tempoyak
4 cawan air/ agak-agak ikut kepekatan yang anda suka
Bahan ditumbuk :
2 biji cili merah/dibelah dua
20-30 biji cili padi
2 sm kunyit hidup
Secekak daun kesum
Garam secukup rasa
1 asam keping

CARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk, gaul rata.
2. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga ianya menggelegak, biarkan ia mereneh.
3. Masukkan daun kesum dan masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah ditutup api.

INFO CHEF : Resipi ini mudah disediakan, tak perlu ditumis dan boleh dimasukkan semua bahan sekali kecuali cili letak paling akhir.

30. TERUNG MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:

3 biji terung potong serong
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis*
sedikit cili api*
3 sudu taucu.. cuci supaya hilang rasa masin..
garam
gula

CARA MEMASAK :

1. Tumbuk bahan2 bertanda (*), tumiskan hingga kekuningan..
2. Masukkan taucu dan kemudian masukkan terung.
3. Tumiskan sekejap, tambah sedikit air, garam dan gula.
4. Masak hingga terung lembut.
5. Sedia untuk dihidang.

Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan, jimatkan. Manalah tahu ada yang tak sempat nak memasak.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Manisan Pencuci Mulut Lemak Berkrim, Nyaman Bila DiMakan Dingin Dari Peti Ais.