Ads

Bau Daun Kesum Je Dah Buat Lapar! Ni Resipi Asam Pedas Ikan Pari Paling Sedap

Asam Pedas Ikan Pari memang susah nak ditolak. Kuahnya pekat berempah dengan rasa masam pedas yang cukup ‘kick’, ditambah pula isi ikan pari yang lembut dan juicy memang buat makan bertambah-tambah. Makan dengan nasi panas dan telur dadar pun dah cukup puas hati. Kalau anda peminat lauk berkuah Melayu yang padu rasanya, resipi ini memang wajib cuba.

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Yang Pekat dan Menyelerakan

Bau Daun Kesum Je Dah Buat Lapar! Ni Resipi Asam Pedas Ikan Pari Paling Sedap

Gabungan bunga kantan, daun kesum dan air asam jawa menjadikan kuah asam pedas ini lebih wangi serta membuka selera. Resipi ini juga sesuai dimasak untuk hidangan tengah hari bersama keluarga.

Ads

Bahan-Bahan

  • 1kg ikan pari
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 8 biji bendi
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 biji tomato – dibelah
  • 8 sudu makan pes cili – lebihkan jika suka pedas
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 3 batang serai – dititik
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perasa secukupnya

Bahan Kisar

  • 3 biji bawang merah besar – jika mahu kuah lebih pekat boleh tambah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 hiris halia
  • 1 hiris lengkuas

Cara Memasak Asam Pedas Ikan Pari

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan bertukar sedikit garing.
  2. Masukkan pes cili bersama serai yang telah dititik. Tumis lagi sehingga pecah minyak supaya kuah lebih sedap dan warna lebih cantik.
  3. Tuangkan air asam jawa secukupnya. Jika suka kuah lebih banyak, boleh tambah sedikit air mengikut kepekatan yang diingini.
  4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan ikan pari, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Masak sehingga isi ikan lembut dan sayur menjadi empuk.
  5. Masukkan tomato dan akhir sekali perasakan dengan garam, gula serta perasa mengikut cita rasa masing-masing.
  6. Biarkan seketika sehingga kuah benar-benar sebati dan pekat sebelum ditutup api.
  7. Asam Pedas Ikan Pari siap dihidangkan bersama nasi panas. Memang padu dan menyelerakan.

Bau Daun Kesum Je Dah Buat Lapar! Ni Resipi Asam Pedas Ikan Pari Paling Sedap

Petua Sedapkan Asam Pedas Ikan Pari

Untuk rasa lebih asli dan padu, gunakan ikan pari yang segar kerana isinya lebih manis dan tidak hanyir. Selain itu, tumisan cili perlu dimasak sehingga benar-benar pecah minyak supaya kuah tidak berbau mentah.

Jika suka rasa lebih pedas, anda boleh tambah pes cili mengikut tahap kepedasan yang digemari. Ada juga yang suka menambah sedikit daun limau purut untuk aroma lebih harum.

Ads

Resipi Asam Pedas Ikan Pari ini sangat sesuai dijadikan menu hujung minggu atau hidangan istimewa ketika berkumpul bersama keluarga. Kuahnya yang pekat dan masam pedas memang buat sesiapa sahaja makan bertambah.

 

Anda mungkin berminat dengan

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:    

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Air Asam Kunyit Berkhasiat: Petua Tradisional Buang Angin & Tambah Tenaga...

Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.