Menu minum petang kita buat apam labu. Ada lebihan labu selain buat gulai kita buat kuih untuk minum petang. Lemak manis dan gebu pasti berulang kali makan.
Apam Labu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 sudu besar yis(serbuk)
Ads
Sedikit garam
1 1/2 cawan labu – rebus & lenyek (baru sukat)
1 cawan santan segar/santan kotak
3/4 cawan air
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan di atas dalam bekas yang ada tutup.
Ads
2.Gaul-gaul hingga rata,kemudian blender halus.
3.Tuang semula dalam bekas tadi. Tutup, perap 1 jam atau sampai betul-betul naik.
4.Kacau-kacau semula adunan bagi rata. Sebelum tu sediakan acuan yang disapu sedikit minyak.
5.Tuang adunan 3/4 acuan. Kukus 10 -15 minit.
Ads
6.Sedia dimakan dengan kelapa putih dan sedikit garam halus.
Makan malam hari ini terasa nak menikmati menu yang ringkas namun menyelerakan. Nah ini menu yang paling mudah buat, penkek. Boleh digabungkan dengan sambal ikan bilis mahupun kari ikan. Memang membuka selera.
Penkek
Bahan-bahannya:
(7 atau 8 keping saiz sederhana)
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur (kita kocok dulu)
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar gula pasir (kita tambah lagi 1 sudu besar, nak manis lebih)
2 sudu besar minyak jagung atau majerin
Cara memasak:
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.. Kacau sehingga sebati.. Pastikan tiada tepung yg berketul2..
2. Panaskan pan non stick.. tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali.. biarkan seketika..
3. Bila pancake tu nampak berbuih2 sikit, terbalikkan pancake..
4. Hasilnya bila diterbalikkan pancake tu.. kaler coklat2.. biar seketika dalam 1 minit kemudian boleh angkat..
5. Ulang langkah 2, 3 dan 4 sehingga bancuhan tepung habis.. SIAP!!
Sedia untuk dihidang.. boleh dimakan begitu sahaja atau dengan coklat or lain2 perisa..
SELAMAT MENCUBA
Kredit: suriea mohd noor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau anda suka makan Pulut Udang, tentu anda inginkan intinya lebih banyak bukan? Kalau beli di luar, memang tak akan dapatlah Pulut Udang yang mewah dengan intinya. Nak makan puas Pulut Udang, apa kata anda buat sendiri sahaja. Boleh letak inti udang kering banyak-banyak. Puas hati, makan pun rasa nikmat. Ini resipi cara buat Pulut Udang yang dikongsikan oleh Haslina Pazri
RESIPI PULUT UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut (rendam 4 jam) – beli online 1 kotak santan kara (jadikan 2 cawan) Sedikit garam – beli online Sedikit gula – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Kukus pulut selama 20 minit bersama daun pandan.
2. Angkat pulut. Gaulkan bersama santan. Kukus lagi sekali. Ketepikan.
BAHAN UNTUK INTI:
Kelapa parut ( 1 biji kelapa) Udang kering (lagi banyak lagi sedap) – beli online 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih – beli online Halia sebesar ibu jari – beli online Cili padi/cili boh – beli online Garam dan gula secukup rasa 10 batang serai yang sedang-sedang Minyak masak untuk menumis – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Kisarkan semua bahan untuk inti kecuali kelapa. Tumis semua bahan. Apabila sudah naik minyak, masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
2. Bentangkan daun pisang yang telah siap diguntung. Daun pisang tidak perlu layur. Isi pulut diikuti dengan inti kemudian bungkus. Sematkan dengan pencungkil gigi jika tidak mahu guna stepler. Bolehlah dibakar di atas dapur arang. Buat sehingga habis. Hidangkan.
Suka makan Karipap Telur? Nah…Resipi perkongsian Hajah Zainab Bt Mawan ni antara yang cukup mudah untuk anda cuba. Kulitnya sangat enak dan jika tidak suka inti telur, boleh sahaja letak inti ayam, daging, srdin atau kentang. Terpulang pada selera masing-masing. Jom cuba buat karipap guna resipi ni. Hasilnya pasti buat anda puas hati.
RESIPI KARIPAP TELUR OTAI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN KULIT:
BAHAN INTI TELUR (cara ni buat inti sardin pun sedap)
CARA MEMASAK:
1.Untuk inti, satukan telur kuning dan putih telur. Jangan guna banyak putih telur kerana nanti akan jadi cair.
2. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, garam, lada sulah, daun sup dan juga daun bawang. Sebatikan. Ketepikan seketika.
3. Untuk ulitnya, panaskan minyak masak dan marjerin dalam kuali. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung.
4. Peroikan terlebih dahulu campuran tepung dan minyak tadi.
5. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam beg plastik dan perap selama 4 jam. Jika tidak punya banyak waktu, perap 2 jam sudah memadai.
7. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.
8. Canai doh kemudian masukkan inti yang telah dibuat tadi. Kelim dengan kemas supaya inti tidak terkeluar. Lakukan hingga habis adunan.
9. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.
10. Jika untuk frozen, goreng seketika kemudian sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di tempat beku. Bila hendak makan, baru goreng semula. Lagi bertambah rangupnya.
Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu telur, tepung jagung dan air soya, kita boleh buat sendiri tauhu lembut ni di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih jimat, bersih dan terjamin status halalnya. Tauhu lembut ni sedap dimakan begitu sahaja, di goreng bersama sayur atau dimasukkan dalam sup sayur.