Orang Malaysia memang suka makan mi, tidak kiralah mi kuning, kuey teow, bihun, mahupun aneka mi kering yang pelbagai jenis.  Istimewa untuk penggemar mi, ini RASA bawakan 8 jenis mi yang digemari dan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Apa lagi, pilih sahaja mana satu menu kegemaran untuk dicuba sebagai hidangan sendiri mahupun keluarga.

MI GORENG MAMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning
  • 40gm bawang merah kisar
  • 30gm bawang putih kisar
  • 20gm cili boh
  • 30gm kuah kacang segera
  • 100gm bebola ikan hiris
  • 100gm fish cake | hiris
  • 100gm isi ayam potong dadu
  • 50gm udang
  • 1 keping tauhu | goreng hiris nipis
  • 3 biji telur
  • 50gm tauge
  • 50 sawi | potong
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KUAH KACANG:

  • 300gm kacang tanah
  • 500gm bawang merah kisar
  • 300gm bawang putih kisar
  • 30gm udang kering
  • 500gm cili boh
  • 3 liter air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk memasak kuah kacang; kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
  3. Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.\
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.
  5. Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.
  6. Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.
  7. Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
  8. Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.
  9. Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.
  10. Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.
  11. Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.

CHAR KUEY TEOW

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kuetiau
  • 150gm udang
  • 50gm bawang putih kisar
  • 50gm cili boh
  • 30ml kicap cair
  • 10gm lada putih
  • 1 biji telur
  • 30gm tauge
  • 50gm kucai
  • Minyak masak secukupnya

 CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.

MI SOTO AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning | celur
  • 1liter air
  • 2gm bunga lawang
  • 5 helai daun limau purut |kisar
  • 2gm biji pelaga
  • 2gm kulit kayu manis
  • 50gm bawang merah | kisar
  • 30gm bawang putih | kisar
  • 5gm halia
  • 1/2 paket rempah sup
  • 1 batang serai | titik
  • 5gm jintan manis
  • 5gm jintan putih
  • 5gm serbuk lada hitam
  • 50gm isi ayam
  • 20gm serbuk ketumbar
  • 10ml minyak masak
  • 400gm nasi impit | rebus
  • 100gm bawang goreng | hiasan
  • 30gm tauge | hiasan
  • Sedikit hirisan cili merah | hirisan
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN  SAMBAL KICAP CILI PADI:

  • 20gm cili padi merah/cili api
  • 5gm bawang putih
  • 150ml kicap lemak manis
  • 5ml air limau nipis

 CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5.Biar mereneh dan tutup api.
6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.

BIHUN SINGAPORE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg bihun | rendam dan tos
  • 10ml minyak masak
  • 50gm bawang merah kisar
  • 30gm bawang putih kisar
  • 5gm lada putih
  • 5gm lada hitam
  • 100gm isi ayam potong dadu
  • 100gm udang
  • 100gm sotong
  • 50gm lobakmerah hiris panjang
  • 10gm daun bawang hiris panjang
  • 1 biji telur
  • 10gm cili merah hiris
  • Sedikit daun kucai | hiris
  • Sedikit tauge
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.

MI LADNA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning | celur
  • 10gm halia kisar
  • 30gm bawang putih kisar
  • 100gm isi ayam
  • 50 sotong
  • 50gm udang
  • 50gm sawi
  • 5 biji cili padi | belah dua
  • 50gm lobak | hiris
  • 50gm bunga kobis | potong
  • 4 biji cendawan butang dalam tin | hiris
  • 500 liter air
  • 30ml sos tiram
  • 5ml minyak bijan
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

 CARA MEMASAK:
1. Tumis halia,bawang putih yang dihiris halus.
2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.

BIHUN TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg bihun | celur
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN PES:

  • 30gm bawang merah
  • 20gm bawang putih
  • 20gm cili merah
  • 30gm cili kering
  • 10gm lengkuas
  • 2batang serai | ketuk
  • 8gm udang kering
  • 5 helai daun limau purut
  • 10gm belacan | bakar
  • 30ml air asam jawa
  • Gula dan garam secukupnya
  • 5 liter air

BAHAN SUP:

  • 100gm ayam
  • 100gm udang
  • 50gm sotong
  • 15gm bawang besar hiris
  • 10gm bawang putih hiris
  • 10gm lengkuas
  • 1 biji buah tomato | belah empat
  • 10ml sos ikan
  • 5ml limau nipis
  • 10 biji cili padi | belah dua
  • 15gm daun ketumbar | racik
  • 50gm bunga kubis | potong
  • 50gm lobak | potong
  • 5 biji cendawan butang dalam tin | hiris
  • Garam dan gula secukupnya 

CARA MEMASAK:
1. Semua bahan pes tom yam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masak sehingga menjadi pes tom yam.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tom yam. Biarkan mendidih.
7. Tuang kuah tomyam ke atas bihun yang siap dihidang.

MI HAILAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning | celur
  • 20gm bawang putih | kisar
  • 30gm bawang merah | kisar
  • 100gm isi ayam
  • 100gm udang
  • 50ml kicap pekat
  • 5gm lada hitam
  • 30ml sos tomato
  • 30ml sos tiram
  • 500ml  air
  • 10gm cili merah | hiris nipis
  • 40gm bawang goreng
  • 1 biji telur
  • 50gm bunga kubis | potong
  • 30gm sawi | potong
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

 CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.

MI BAKSO

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning | celur
  • 30gm bawang merah | kisar
  • 20gm bawang putih | kisar
  • 20gm halia kisar
  • 2 helai daun limau purut | kisar
  • 2 batang serai | kisar
  • 1 liter air
  • 50gm rempah sup
  • 5 biji cili merah | hiris
  • 5gm lada putih
  • 10gm serbuk lada hitam
  • 500gm bebola daging
  • 50gm daun bawang | potong halus
  • 50gm tauge
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.