Bila masuk Bulan Muharram ramai yang akan teringatkan dengan Bubur Asyura. Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura. Jadi buatlah pilihan bubur negeri mana yang jadi pilihan kamu!
1. RESIPI BUBUR ASYURA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
1 cawan kacang hijau*
1/2 cawan kacang tanah*
1 biji ubi keledek* * Direbus sehingga lembut kecuali ubi keledek separuh masak
1 cawan jagung/carrot
6 cawan santan
6 biji pisang masak di potong
CARA MEMASAK: 1. Bancuh tepung beras bersama santan, gula merah, gula, serta garam. 2. Tapiskan bahan tersebut ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih dgn menggunakan api yg kecil. 3. Kemudian masukkan bahan yang telah direbus tadi dan kacau lagi sehingga bubur pekat(kental) dan adunan berkilat. 4. Masukan pisang diakhir sekali 5.Tuangkan dlm loyang/bekas dan ratakan. 5. Biar sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.
2 cawan / lebih daging lembu kisar / daging ayam kisar / yg cincang ( ida letak ayam je, boleh juga letak dua2 sekali )
1 sk serbuk lada putih
1 sk / lebih serbuk lada hitam
sedara mara kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman)…..ida tak letak pon sbb tak der stok kt dapur & tak plan nk buat ari tu )
sedikit daun sup / jika tak der boleh letak daun saderi..dipotong halus
Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
Garam+gula secukup rasa
Bawang goreng
4 sb rempah soto ( jika tiada, boleh letak serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
1 pkt sup bunjut
Rempah 4 sekawan
Air secukupnya
Serbuk perasa jika suka cth serbuk pati ayam
1/2 sk serbuk jintan putih ( ni ida tambah )
BAHAN HIRIS:
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar…..tumis hingga sedikit garing & naik bau.
Bancuh perencah soto / sup ngan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi…..tumis seketika
Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,…kacau seketika masukkan beras, kekacang jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula & serbuk pati ayam jika suka……biar ia mendidih
Apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.( masak cam buat bubur nasi gitu ) perasakan dgn garam secukupnya
Bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup / daun saderi…. (*keluarkan set rempah 4 sekawan n sup bunjut dari bubur ) Sedia dihidangkan panas2 cthnya bersama telur dadar halus, daun sup/daun saderi dan serunding ikan/daging/ayam ( ida tambah serunding ikan )
1 kg bawang merah(500 gm dimesin ,500 gm dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gm kacang hijau
500 gm ubi keledek
250 gm kerisek
5 btg serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 s/b rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
garam
TOPPING/HIASAN:
kelapa goreng
isi ikan hancurkan
telur dadar hiriskan
CARA MEMASAK: 1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur. 2. Mesinkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. 3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi. 4. Masukkan rempah, kerisek, bawang goreng dan santan. 5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat. 6. Tuangkan dlam loyang atau bekas kecil. 7. Sejukkan dan boleh dihidangkan
7 kg beras Malaysia beras bersamaan 2 gantang beras
1 kg ubi keledek
1 kg kacang hijau
7/8 kg santan pekat
8-10 kg isi ayam atau daging lembu yang direbus dan dicarik-carik isinya.
3 tin jagung dalam tin.
9 kg gula ( boleh dikurangkan)
250 gram garam
1 keping halia. (kisar)
20 batang serai (kisar)
2 kg rempah asyura
CARA MEMASAK:
Masak air di dalam kawah. Bila mendidih masukkan beras yang telah dibersihkan, kacang hijau dan ubi keledek. Kacau sehingga betul-betul pekat, barulah dimasukkan santan. Kacau lagi barulah di masukkan gula. Kacau lagi sehingga bubur menjadi semakin likat.
Masukkan serai dan halia yang dikisar dan tumis dengan sedikit minyak di dalam kuali lain. Bila telah wangi dan masukkan rempah asyura. Masukkan bahan yang ditumis ini di dalam kawah. Kacau sehingga bertambah likat.
Masukkan isi daging/ayam dan kacau lagi. Masukkan jagung dan akhir sekali garam.
Nota : Sedapnya makan bubur asyura/ “SUGHO” dalam tempurung kelapa/ “purung nyor”
Ads
Kredit resipi: Chef Ustazah
6. RESIPI BUBUR ASYURA PERAK
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
CARA-CARA:
Bancuh tepung beras bersama 7 liter mair,kacau di atas api. Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
p/s : boleh dimasukan isi durian..lagi bertambah sedap
500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk. 2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam. 3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu. 4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan. 5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer…bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam. 6. Dah siap….kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2….mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.
So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta’ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.
Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.
Memang sedap dapat kudapan kacang yang melekakan. Sebalang pun boleh habis. Menurut pemilik resipi kacang cinta ketagih ni adalah resepi turun temurun. Sesiapa yang nak mencuba dipersilakan.
Kacang Cinta Ketagih
Bahan-bahan:
1 kg kacang tanah 2 cawan gula 2 sudu besar garam Serbuk cabai ikut kesukaan masing-masing 2 biji telur ayam Tepung gandum untuk digaul
Bahan-bahan untuk dikisar kering Gula Garam Serbuk cabai
Cara membuat:
1.Selepas dikisar,masukkan telur dan gaul.
2.Bahan yang digaul bersama telur.
3.Masukkan kacang mentah yang tidak dibuang kulit.
4.Gaul sebati sampai jadi begini.
5.Dari dekat.
6.Masukkan kacang yang bersalut bahan-bahan tadi di dalam tepung dan gaul sampai lekat tepung pada kacang.
Sekarang, ada pelbagai jenis air dan jus yang boleh dibeli secara online atau di bazar Ramadan. Tapi harganya pun boleh tahan. Apa kata puasa kali ini korang cuba buat sendiri empat jenis air ni. Bahan mudah dan cara membuatnya juga senang. Dah tentu-tentunya anda semua boleh jimat dan puas hati berbanding membelinya.
AIR PELANGI BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar 800ml air 100gm gula pasir | boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian rasa Pewarna merah, kuning dan hijau 100gm nata de coco Sirup coco pandan | boleh guna air gula biasa Selasih secukupnya |rendam Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
Bagi menjadi 3 bagian kemudian beri pewarna merah, hijau dan kuning.
Setelah sejuk potong kecil agar-agar.
Cara menghidangkannya, masukkan agar berselang seli dengan nata de coco, siram dengan sirup gula.
Akhir selaki masukkan biji selasih dan ais secukupnya.
Air sedia dihidangkan.
Oleh : murlinafitri
WATERMELON LIMEADE BAHAN-BAHAN: 750gm tembikai | potong kecil 60gm air limau nipis 3 sudu makan gula | boleh tambah atau kurang Beberapa hirisan limau nipis Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Campur air limau nipis dan gula. kacau rata.
2. Blender tembikai dengan air secukupnya, kemudian tapis jusnya. 3. Campurkan jus tembikai dengan campuran air gula. 4. Kacau rata dan tuang dalam gelas dan tambah ais. 5. Hias dengan hirisan limau nipis. By @jescookingdiary
Roti sumber karbo yang popular untuk dijadikan sajian makanan sekeluarga. Banyak resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan roti, berikut 13 resipi yang viral sesuai dijadikan hidangan pagi, tengahari dan malam. Selamat mencuba!
*sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam
CARA MEMASAK:
Mula2 kita prepare kulit nya dulu
Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim
lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge’gam’ kan dia
letak inti kat tengah2 roti tadi
Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.
Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi.
Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak.
So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.
eh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.
Siap. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap
Kredit: Canteq.blogspot
2. CUCUR ROTI
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti putih (potong dadu kecil2)
2 biji bawang merah (potong dadu kecil2)
1 biji cili merah (potong dadu kecil2)
2 biji telur ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Gaul kesemua badan sehingga sebati. Masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.
Panaskan minyak dan buat jemput2 bulat. Goreng dengan api sederhana
Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat.
Kredit: mamaqaireen.com
3. ROTI KAYA GORENG BUTTER
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
4-5 keping roti putih
kaya secukupnya
1sm susu cair @ segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
sedikit butter
sedikit gula icing
CARA MEMASAK:
1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.
2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.
3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.
4. ROTI GORENG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
Roti keping (terpulang jenama apa tapi saya guna Gardenia)
Sosej
Telur
Secubit garam dan gula
Sedikit tepung gandum/tepung beras
Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)
CARA MEMASAK:
Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. Biasanya saya potong 3, tak lah besar sangat dapat pun banyak.
Tips: Sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti tu atau boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. Tujuannya adalah untukmengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan jugamengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng. Jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng.
Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.
Pecahkan telur. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender je. Lepas tu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.
Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.Siap untuk dihidang.
5. ROTI TELUR CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Roti
Telur
Keju
CARA MEMASAK:
Letakkan 2 keping keju diatas roti, kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.
Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul. Panaskan minyak dan gorengkan.
Setelah keperangan, angkat roti.Roti telur cheese sedia untuk di hidang
6. MUFFIN ROTI BUTTERSCOTCH
BAHAN-BAHAN:
12 – 16 keping roti gardenia butterscotch
3 biji telur
2 cawan susu segar
1 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1sudu teh esen vanilla
3 batang sosej
Cheese mozarella
CARA MEMASAK:
Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan plastik untuk membentuk bulat.
Didihkan air dan rebus sosej dalam 5 minit dan potong berbentuk mancis
Sapu acuan dengan marjerin/butter. Bentukkan roti macam kulit tart.
Masukkan sosej dan cheese
Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk.
Pukul menggunakan wisker hingga sebati.
Tuang bancuhan telur ke dalam roti.
Bakar pada suhu 180’C selama 15 – 20 minit
Kredit: resepicikguani.blogspot.my
7. ROTI EPAL PIE
BAHAN-BAHAN:
10 keping roti putih
Minyak untuk goreng
Inti:- untuk 8-10 pie
3 biji green apple
3 sudu brown sugar
1 sudu tepung jagung/tepung gandum
1 sudu butter
1/2 sudu teh cinnamon powder
Secubit garam
Gam:
1 sudu besar tepung gandum bancuh dengan 2 sudu air
CARA MEMASAK:
Kupas kulit apple
Belah 6.Buang tengahnya yang keras & potong dadu
Panaskan pan & masukkan apple,cinnamon powder,butter,garam & kacau hingga gula cair.
Bila apple dah nampak kecut & mendidih,taburkan tepung gandum.Jika guna tepung jagung lebih cantik.
Tutup api & biarkan sejuk.
Stimkan roti supaya tidak terlalu menyerap minyak bila digoreng.Kemudian gelek hingga nipis. **my mom just letak tapis atas rice cooker masa nasi tengah mendidih & stim roti sekejap sahaja.
Isi inti memanjang atas roti yang sudah digelek.
Sapu gam tepung gandum sebelum melipat.Tekan supaya melekat & potong kulit roti supaya kemas
Buat hingga selesai.
***Jika nak bawa bekal esok.simpan dalam peti ais & goreng esok pagi la.
Goreng dalam minyak panas hingga golden brown & tos atas kitchen towel.surve panas2.yummy..!!!
Kredit: namakucell.blogspot.my
8. ROTI TELUR CHEESE
Bahan-bahan sekeping roti telur cheese:
1 keping roti
1 biji telur
1 keping sosej.Dihiris nipis
sedikit mix herbs
sedikit white pepper
keju
aluminium foil dan dibentuk seperti kotak kecil sebesar saiz roti.Tinggikan sedikit tepinya supaya menjadi seperti mini loyang.
CARA MEMASAK:
Roti ke dalam aluminium foil.Letakkan sosej yang dihirs mengikut kegemaran anda.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi.Mini loyang aluminium tadi akan menampung telur supaya tidak jatub meleleh ke sisi.
Tabur sedikit mix herbs dan pepper.Tabur keju di atas telur tadi
Bakar dalam magic pan atau oven sehinggan telur masak.Hiaskan dengan sedikit cili sos.
9. ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN:
6 keping roti gardenia
3 biji telur
2 keping daging burger
Segenggam kubis hiris nipis
Daun bawang
Daun sup
Bawang besar (setengah bji potog dadu)
Cili besar (ikut suka nak banyak mana)
Halia(sikit je)
Perasa.(gula/garam)
Untuk topping boleh letak Cheese, Sos Cili, Timun, Tomato, ikut kreativiti masing masing.
Daging burger di potong kasar.
Kacau bersama dengan telur biar sekata.
Campurkan semua bahan sayuran tadi.
Tuangkan semua sekali ke dalam pan tadi. Ratakan semua bahan.
Susun lapisan Cheese. .lagi banyak lagi sedap tau.
Tutup dengan roti di atas Cheese tadi.
Terbalikkan pan & taruk sos n mayo
Lipatkan roti tadi.
Kredit: FB Haz Anna Hasan
10. LASAGNA ROTI
BAHAN-BAHAN:
•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili & tomato
• salt & pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese
CARA MEMASAK:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.
2. Masukkan sos cili dan tomato,salt dan pepper dan mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu.
4. Celupkan roti dalam telur dan susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese. Ulang semula dari roti, buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c sampai garing sikit.
11. PIZA ROTI
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti
Tomato puri
Cheddar cheese
sosej
cendawan butang
lada benggala
kepingan ayam | dipotong dadu
mozarela cheese
CARA MEMASAK:
Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti. Selepas itu, sapu roti tersebut dengan tomato puri.
Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.
Kemudian, letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).
Akhir sekali, taburkan mozarela cheese
Kemudian, bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..
Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.
12. GARLIC BREAD
BAHAN-BAHAN:
1)1 sudu butter
2) dua keping roti
3) parsley – boleh beli yang kering dalam botol(banyak jual kat giant, tesco atau pasaraya)Parsley flakes dia tulis, bahagian rempah ratus ya.
4) yang ni ada dua optinal,korang boleh guna satu biji bawang putih
ataupun macam aku,aku dah siap beli serbuk garlic tu.
CARA MEMASAK:
Ambik satu sudu butter, campurkan dengan parsley dan korang punya garlic tadi.
Bagi yang guna bawang putih.just tumbuk-tumbuk sampai hancur pastu gaul kan sekali.senangkan.lima minit pun dah boleh siap dah.
2 dan 3 lepas dah siap tu,sapu la dekat roti tu.uapa2 roti pun boleh guna.tak kisah pun.Pakai roti gardenia je pun best dah.
Bakar dalam periuk ajaib je.bakar lima minit je.jadila jumlahnya 10 minit saja untuk kita buat garlic bread yang sangat simple tapi sedap ni.
Garlic bread sedap dicicah bersama mushroom soup. (Boleh rujuk resepi kat wall saya sebelum ni. pernah buat dah)
13. BEBOLA ROTI GORENG
BAHAN-BAHAN:
12 keping roti (plain white bread) – potong kecil
2 biji telur – saiz besar
3 biji cili merah – dihiris
sedikit daun sup/bawang – dipotong pendek
1 biji bawang besar – kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis – ABM guna perasa ayam
3 sudu besar mayonis – ABM tambah
2 keping fishcake – dihiris kecil (ABM tambah)
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.