Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan. Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.

Ni min kongsikan aneka menu kambing dari Timur Tengah, Fusion Barat dan India. Dari tiga benua, jom cuba esok…

1. BETIS KAMBING BUKHARY

5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Makanan Sunnah Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul betis daging kambing (shank, bahagian kaki bawah lutut /betis)
  • 4 sudu makan rempah bukhary
  • 3 sudu makan puri tomato
  • 1.5 liter air stok rebusan daging
  • 2 biji bawang besar /dikisar
  • 10 ulas bawang putih/ diketuk
  • 5 sm halia
  • 2 batang kayu manis
  • 50 gm daun ketumbar /dihiris halus
  • 5 biji bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga lawang
  • 5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna saffron

CARA MEMASAK :
1. Rebus daging sehingga 30 minit
2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
8. Masukkan air rebusan kambing
9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium
10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.

Saiz hidangan : 4 – 6 orang
Waktu memasak : 1 jam 40 minit
Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab

INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.

2. DAGING KAMBING MASAK LADA HIJAU

5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Makanan Sunnah Ni.

IKLAN

BAHAN -BAHAN :

  • 1 kg daging kambing /direbus terlebih dahulu

Bahan dikisar :

  • 200 gm cili hijau /dikisar
  • 50 gm cili padi /dikisar
  • 2 sm kunyit hidup /dikisar
  • 100 gm lengkuas /dikisar
  • 3 biji bawang besar /dikisar
  • 5 ulas bawang putih/dikisar
  • 2 batang serai /dikisar
  • 5 helai daun limau purut/dihiris halus
  • 100 gm daun ketumbar/dihiris halus
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan kulit kayu manis, dan tumis kesemua bahan hingga naik bau.
3. Masukkan daging kambing yang telah direbus, dan balik-balikkan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
5 .Tambahkan garam secukup rasa bersama asam keping
6. Masak lagi selama 5 minit.
7. Sedia untuk dihidang

Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Daging kambing masak lada hijau ini juga disebut sebagai sambal hijau daging kambing

INFO CHEF: Gabungan lada hijau dan cili padi hijau menjadikan kuahnya berwarna hijau menyelerakan dengan aroma dan rasa rempah kulit kayu manis.

3. SUP KAMBING MALABARI

5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Makanan Sunnah Ni.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 800 gm daging kambing dipotong kiub (bertulang)
  • 50 ml minyak sapi

Bahan sup A:

  • 6 ulas bawang putih /dicincang
  • 2 sm gm halia /dihiris nipis
  • 5 gm kulit kayu manis
  • 5 gm biji pelaga
  • 5 gm daun kari
  • 2 gm ketumbar biji
  • 2 gm habatus sauda
  • 2 gm biji poppy
  • 1 biji limau/dipotong baji
  • 5 gm serbuk lada hitam
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 25 gm daun ketumbar/dihiris
  • 120 gm bawang goreng
  • 35 gm tomato / dipotong baji

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan sup (A). Tumiskan selama 2 minit hingga naik bau..
2. Masukkan 4 cawan air dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging kambing dan masak hingga daging empuk. Renehkan dan masukkan tomato..
4. Kemudian tabur bawang goreng dan daun ketumbar dan boleh dihidangkan. Perahkan jus limau di atasnya.

Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak :30-40 minit
Cara memasak :Didih dan reneh
Jenis masakan : Sup India
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi dan roti

INFO CHEF : Sup kambing Malabari ini adalah resipi sup istimewa dari India. Sup yang kaya dengan rempah ratus.

4. GULAI KAWAH BETIS KAMBING

5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Makanan Sunnah Ni.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
  • 300 gm bawang besar /dikisar
  • 5 sm halia /dikisar
  • 7 ulas bawang putih /dikisar
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 10 gm bunga cengkih
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 200 gm rempah kari daging
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 biji santan kelapa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang

Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan renih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.

5. MOUSAKKA KAMBING

5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Makanan Sunnah Ni.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A (inti) :

  • 800 gm daging kambing cincang
  • 250 gm puri tomato
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 300 gm bawang besar /dihiris
  • 7 ulas bawang putih /dihiris
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping

Bahan B:

  • 1 liter susu segar
  • 250 gm mentega
  • 250 gm tepung gandum
  • 250 gm keju mozarella

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.

Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis hidangan : Mediterranean
Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka

INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI