Minggu lalu hangat mengenai Apam 3 bahan, kali ni ada resipi viral baru yang anda boleh cuba iaitu Kek Oreo Susu yang hanya menggunakan 2 bahan. Ha…tengok gambar macam sedap je. Hanya guna periuk kukusan dan tak perlu bakar pun. Jom cuba! Nanti jangan lupa komen & post gambar kek yang anda cuba buat tu ya.
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 paket oreo
100ml susu dutch lady coklat
Semi sweet coklat cip (tambahan)
CARA MEMASAK:
Hancur oreo dgn cream sekali (saya blend jer).
Kemudian, tuang susu. Kacau sampai rata.
Masukkan ke dalam loyang.
Kukus selama 20 minit dengan api kecil.
Untuk topping atas tu, cairkan coklat cip menggunakan teknik ‘double-boiler’. Kemudian sapu atas kek.
Ads
Nota: Resipi kek ini adalah bersaiz kecil. Jika mahu kek bersaiz besar, gandakan bahan 2 @3 kali. Kek dalam gambar menggunakan bahan yang digandakan 2 kali.
Kek butter tetap menjadi kegemaran ramai meskipun banyak kek lain yang sedang viral sekarang. Resipinya juga mudah, ringkas dan tidak renyah. Sesuai dijadikan menu untuk minum petang. Jom kita cuba buat kek butter menggunakan resipi perkongsian Zaihanififie Abu Bakar.
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
Selamat mencuba!
Jika anda sedang mencari OVEN yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.
Kek sering menjadi kesukaan ramai tambah pula yang viral. Ada saja yang suka cuba, nak merasa sejauh mana keenakan kek itu. Tak kurang juga yang nak membuatnya sendiri. Jom cuba buat kek pistachio cheese viral ni.
Bila Pistachio berpadu dengan cheese memang dua kali ganda sedapnya. Memang confirm tak cukup sepotong. Bila dah buat banyak, bolehlah bagi kawan-kawan rasa. Kalau sedap boleh jana pendapatan dari air tangan sendiri.
10 biji telur
1 sudu besar ovalate
2 cawan gula halus
4 cawan tepung self rising
1 sudu besar esen vanila cremy(wajib)
Satukan dalam bowl mix perlahan sampai separa gebu
Masuk kan 1/2 cawan susu full cream
Mix sampai gebu
Sementara tunggu mix tadi boleh cairkan majerin 250g
Bila dah cair sukat 1/2 cawan masuk dalam adunan tadi gaul dengan spatula.
Isi dalam bekas biru siap-siap spray panola ya bekas biru saiz 5
Wrap platik wrap dan kukus 18 minit.
Topping (paling penting sekali kene tengok betul-betul sebab mak round 6 kali untuk dapatkan rasa pistachio dalam cheese sebab bila bercampur cheese pistachio flavour akan tenggelam jadi korang kene ikut betul-betul sukatan ya)
500g kacang pistachio bakar
250g kisar hancur
250g kisar kasar
500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1/2 cawan full cream
1 cawan whipping non dairy vivo
2 sudu besar emolco pistachio
2 sudu besar pes pistachio
Blender sampai pekat
Tambah 100g pistachio yang dikisar hancur
Kacau sebati
Ok tuang pada kek tadi.
Tabur kacang pistachio halus dulu baru tabur yang kasar.
Kek Apam Cheese Kukus pasti jadi kesukaan buat pencinta keju. Rasa lemak-lemak dan tekstur Kek Apam Cheese Kukus ini yang gebu, pasti membuka selera. Sedap makan panas-panas. Cheese masih panas meleleh. Bayangkan minum petang anda makan Kek Apam Cheese Kukus ini, tentu bahagia. Jomlah kita buat Kek Apam Cheese Kukus mengikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Animarlina Abd Maulop
RESIPI KEK APAM CHEESE KUKUS
BAHAN A (dikisar sampai putih)
3 sudu besar susu pekat manis – beli online 1 sudu besar ovallate – beli online 1 cawan gula – beli online 1 sudu kecil esen vanilla – beli online 4 biji telur (saiz yang besar)