Teringin nak makan kuih cara, acuan pula tak ada. Acuan takoyaki adalah, tapi boleh saja kita olah cara kita. Comel pula buat kuih cara manis guna acuan takoyaki ni,makan pun senang. Seketul tu sekali ngap je.
KUIH CARA MANIS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum 1 biji telur gred A – pukul dulu 2 cawan santan 1 cawan air pandan – kisar 4 helai daun pandan & 1 cawan air.Tapiskan Sedikit gula Sedikit garam Sedikit esen vanilla – jika suka Pewarna hijau
CARA MEMBUAT : 1) Masuk semua bahan-bahan di atas dalam bekas. Gaul rata.Tuang dalam blender,kisar halus. 2) Tuang dalam jag sederhana.Panaskan acuan takoyaki atas dapur gas. Api perlahan. Sapu minyak. 3) Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan seketika,baru letak sedikit gula dalam adunan.Tutup dengan penutup periuk. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan dekat tepi kuih,boleh angkat & keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai. 4) Untuk tuang adunan seterusnya,mesti kacau-kacau dulu adunan dalam jag,baru tuang. 5) Ulang sehingga habis adunan.Siap untuk dinikmati.
Apa benda golden ball ni, telur bersalut tempura dan serbuk roti ni bila digoreng warnanya memang keemas an. Tapi buat bertambah sedap bila diletakkan jejari ketam di atasnya.
Resipi ringkas dan mudah ini guna lima bahan aje. Tapi yang penting rupanya yang memang gerenti anak-anak suka.
GOLDEN BALL ALA SUSHI KING
BAHAN-BAHAN : Telur ayam – direbus dan dikupas kulitnya Minyak untuk menggoreng Bahan salut
Telur ayam – dipukul
Tepung tempura
Breadcrumb secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dan rebuskan telur ayam sehingga masak.
2. Apabila telur telah sejuk kupaskan kulitnya.
3. Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata.
4, Salutkan pula dengan tepung tempura sehingga rata. Ulang dua kali, kemudian celupkan semula dengan telur.
5. Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb (serbuk roti kuning, boleh dibeli di pasaraya.) Buat sehingga habis.
6. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. 7. Biarkan sejuk dan di potong tengah-tengahnyanya.
BAHAN TOPPING : Filamen ketam
Mayonis
CARA MEMBUATNYA:
Rebus sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan. Hiris halus filamen ketam tadi. Campurkan dengan mayonis dan gaul rata.
SELAMAT MENCUBA. Kredit: Asmalizan Ismail via Mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal tumbuk memang sinonim dengan selera Melayu. Jika tekak Melayu, tak ada sambal memang tak sah. Rasa tak lengkap je bila makan. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal tumbuk yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba.
Segenggam ikan bilis
8 biji belimbing buluh
9 biji cili padi merah – boleh ubah jumlah ikut tahan kepedasan masing-masing
3 biji bawang merah
Minyak masak secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya.
1. Panaskan minyak dan masukkan belimbing buluh, cili padi, bawang merah dan ikan bilis.
2. Goreng semua bahan hingga lembut dan wangi. Angkat dan toskan minyak.
3. Tumbuk semua bahan hingga hancur.
4. Tambahkan gula, garam dan perasa ikut citarasa. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Kak Yah
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
1. Cuci ikan bilis dan toskan.
2. Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
3. Keluarkan dari lesung batu dan masukkan dalam mangkuk.
4. Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
5. Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
6. Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
3-4 biji tomato
1cm belacan
3 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang diingini
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1. Panaskan minyak dan goreng tomato, bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi hingga layu.
2. Angkat dan masukkan ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga semua bahan lumat.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Ruhaidini Abd Kadir
15 tangkai cili api
Sejemput ikan bilis
2 biji perahan limau kasturi
Garam jika perlu
1. Goreng garing ikan bilis. Angkat dan tos minyak.
2. Tumbuk cili api dan masukkan ikan bilis yang telah digorengkan tadi.
4. Sedia dinikmati bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
INFO CHEF: Boleh juga guna ikan bilis mentah tanpa digoreng terlebih dahulu.
Kredit resipi & foto: Azimah Abdul Malik
4 genggam cili api (merah & hijau)
1 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar – dibelah 4
5 biji bawang kecil – dibelah 2
7 ulas bawang putih
3 biji tomato – dibelah 4
1 inci belacan – nak bakar atau tidak, terpulang
Sedikit asam jawa/cuka
Garam dan gula
1. Goreng ikan bilis separuh garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato.
3. Kisar kasar semua bahan-bahan goreng tadi bersama belacan. Tambah sedikit minyak menggoreng tadi.
4. Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam, gula dan asam jawa. Masak sampai pecah minyak.
5. Bila sambal dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.
INFO CHEF: Jika nak bagi sambal tahan lama, jangan masukkan air semasa mengisar.
Kredit resipi & foto: Imah Rahman
Jika anda penggemar sambal tumbuk, koleksi ini memang wajib dicuba kerana semuanya mudah disediakan. Dengan teknik yang betul, rasa setiap variasi sambal tetap mantap dan membuka selera.
Sehari tidak menikmati lauk pauk pedas seakan tidak lengkap hari anda. Ibarat makan kena ada sambal barulah nikmat. Rasa kepedasan terpulang pada cita rasa masing-masing. Tapi kalau buat Balado Ayam memang kenalah pedas, baru ngam. Cukup dengan satu lauk ni jer boleh buat selera makan menjadi-jadi , resipi sangat-sangat mudah tak perlu banyak bahan.
Balado Ayam
Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam *Kisar kasar bahan-bahan ni (saya kisar basah jer, kisar kejap cukup setakat cili tu hancur) 1 biji bawang merah bombay 2 ulas bawang putih 15 tangkai cili merah 10 tangkai cili padi hijau 1/2 inci asam keping Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Perap ayam dengan kunyit+garam. 2.Kemudian goreng hingga garing. 3.Gunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit,tumis bahan-bahan kisar ni,hingga terbit minyak,kalau kurang minyak, tambah lagi. Pastikan terbit minyak ok, 4.Masukkan garam,sedikit gula dan 1/2 inci asam keping. Asam keping jangan banyak nanti masam pula. 5.Kemudian masukkan ayam dan bawang yang dhiris. 6.Kacau hingga bawang layu, 7.Siap untuk dihidang.
*Kalau nak buat banyak, cili pun kena banyak juga ya,jangan risau tak pedas sangat pun, pedas lagi samyang tu
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.