Apabila tetamu datang ke rumah, salah satu menu yang boleh dihidang adalah nasi goreng kerabu. Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Senang cakap tu, campak-campak je dalam kuali. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.
NASI GORENG KERABU
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam
Ads
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lebihan nasi selain dihangatkan kembali, boleh juga diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok, puding, apam dan sebagainya. Salah satu yang mudah dan sedap untuk dihasilkan ialah Nugget Nasi. Ha…nampak macam ‘rare’ kan? Sesuai sangatlah jika anda ada anak-anak kecil yang suka makan nugget. Buat sendiri guna lebihan nasi ni pastinya lebih jimat, mengenyangkan malah lebih sihat. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
Pulut mudah masak jika kena dengan caranya. Ia enak dimakan dengan pelbagai cara seperti dimakan bersama serawa, bubur, dibuat Pulut Inti, Pulut Sambal dan sebagainya. Namun ramai yang kurang gemar membuatnya dek kerana perlu memasak dalam jumlah yang banyak dan mengambil masa yang agak lama. Menerusi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim, beliau kongsikan cara mudah untuk memasak pulut kukus dalam jumlah yang sedikit dan cepat dimasak. Hanya perlukan masa 10 minit sahaja. Jom lihat cara-caranya.
TEKNIK KUKUS PULUT SUPAYA CEPAT MASAK & SEDAP DIMAKAN
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan beras pulut dan toskan airnya. 2. Isikan beras pulut ke dalam acuan lompang. Jika suka, boleh oles sedikit minyak pada acuan. Jika tidak oles pun tidak mengapa. Pulut tidak melekat. 3. Isikan air sama paras dengan beras pulut dan secubit garam.
4. Rendam atau biarkan beras pulut terendam bersama air selama 10 minit. 5. Panaskan periuk kukusan. Susun acuan lompang dan kukus selama 10 minit. 6. Jika terlebih masa kukus pun tidak mengapa. Pulut tidak akan lembik.
7. Angkat, keluarkan pulut dari acuan dan bolehlah dinikmati mengikut selera masing-masing.
Empat idea bento ini boleh dijadikan inspirasi untuk mak-mak yang sedang tercari-cari idea untuk membuat bento anak-anak ke sekolah.
Alamak. Macam susah je nak buat. Jangan risau. Kalau pun tak boleh ikut 100%, tapi boleh ambil serba sedikit idea yang dikongsikan ini kan? Semoga ia dapat menarik minat anak-anak untuk makan bekal yang dibawa.