Macam-macam makanan boleh dihasilkan secara homemade jika tahu bahan-bahan dan caranya. Salah satu yang puan-puan boleh hasilkan untuk anak-anak ialah AiskrimHomemade resipi perkongsian saudari Norita Ahmad ni. Memang istimewa kerana anda hanya perlukan dua bahan sahaja untuk menghasilkan manisan yang sedap seperti aiskrim berjenama mahal ni. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AISKRIM HOMEMADE GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
500gm UHT Whipping Cream
400gm susu pekat manis – boleh kurangkan jumlahnya
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Pukul whipping cream sehingga sedikit likat.
Ads
2. Kemudian masukkan susu ( elok sejukkan dalam peti sejuk) dan pukul sebati. Jika nak tambah perasa, selepas menambah susu pekat manis, bolehlah tambah apa-apa perisa ikut citarasa. Antara yang boleh dimasukkan ialah kopi 3 in 1 (larutkan dengan 2 sudu makan air suam), coklat cip atau biskut yang dipatah-patahkan. Boleh juga menambah sos coklat, buah-buahan dan sebagainya.
3. Siap dan boleh dimasukkan ke dalam bekas bersesuaian untuk disejukbekukan.
Bingka ubi garing di luar dan lembut di dalam. Yang bestnya bingka arau bengkang ubi ini bukan saja senang nak buat, rasa pun bukan main sedap lagi!
Dengan tekstur yang garing di luar lembut di dalam. Rasanya pun manis sedang elok, lemak berkrim yang seimbang.
Orang ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya. Hanya campurkan semua bahan dan bakar.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Baizura Muhammad atau Kak Bai ini memang dah tepat-tepat sukatannya. Insya-Allah CONFIRM JADI. Yang penting ikut bahan dan cara buat dia betul-betul ye.
4 cawan Ubi Kayu (disagat)
2 cawan Santan pekat – boleh beli online di sini
1 cawan Gula Pasir – boleh beli online di sini
½ sudu kecil Garam – boleh beli online di sini
Sedikit Pewarna Kuning
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu dengan suhu 200C, guna api atas bawah tanpa kipas.
Selepas itu, bolehlah mula sagat ubi menggunakan penyagat. Kena pastikan dapat dapat empat cawan. Beli ubi kayu lebih pun tak apa, kadang ubi itu tak elok.
Sukatan cawan pula tak kisah, asalkan guna satu cawan yang sama dari awal sampai siap bingka ni nanti.
Seterusnya paling senang. Campur je semua bahan. Mula-mula masukkan gula cawan.
Lepas itu, masukkan santan pekat. Kalau guna santan asli, perah daripada 1 biji kelapa.
Sebagai rujukan untuk beli bahan: Cawan metriks yang Kak Bai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing-masing lah ye. Kita perlukan 2 cawan. Jangan lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
Kemudian masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks macam tu.
Setelah itu, masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula-mula letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jangan pandai-pandai nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan-bahannya. Simple tapi menjadi.
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan. Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa-apa sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit. Jadi, bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2-betul sejuk.
Masukkan loyang dalam oven yang dah dipanaskan tadi. Guna suhu 200C api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yang lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yang garing kulitnya, bakar dalam 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing-masing.
Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk.
Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, tak payah masukkan dalam peti sejuk pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas-panas, makan jelah dik.
Kalau nak bingka yang lembut dan lemak berkrim, make sure ikut betul-betul sukatan dan cara buatnya tau. Insya-Allah puas hati dan puas makan.
Sebut sahaja ubi kayu, ramai yang mengingati terutamanya bagi mereka yang sempat merasai keperitan hidup di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dahulu.
Dan pada waktu itu, ubi kayu adalah makanan yang popular dan dijadikan sebagai pengganti nasi. Namun kini, ubi kayu bukanlah lagi makanan utama, tetapi anda boleh menikmati pelbagai menu yang boleh menggunakan ubi kayu.
Dan sempena bulan Ogos ini, di mana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65, RASA kongsikan 20 resipi kuih, manisan dan lauk-pauk yang berasakan ubi kayu. Selamat mencuba!
GETUK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN
5-6 ketul ubi kayu saiz sederhana 1 biji kelapa muda parut 1 cawan gula (boleh tambah kalau rasa kurang manis) – beli online di sini 1 sudu kecil garam – beli online di sini
Dapatkan Telaga Biru Ensiklopedia Adab dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1.Kupas ubi kayu dan basuh hingga bersih. Kemudian, rebus hingga ubi menjadi empuk. Namun jangan rebus sampai lembik. Angkat dan toskan. Sejukkan dahulu. 2. Ketuk atau tumbuk ubi yang direbus tadi sehingga hancur. Sambil-sambil ketuk, buang urat-urat ubi kayu.
3. Masukkan gula, kelapa parut dan garam. Gaul hingga ia betul-betul sebati. 3. Kemudian, uli bulat-bulat adunan ubi tadi. Saiz ikut selera masing-masing. 4. Sementara itu, sediakan bahan salutan. Kacau telur terlebih dahulu. Kemudian, tuang ke dalam adunan tepung, kunyit dan garam. Kacau rata. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Pastikan adunan tak cair dan juga tak terlalu pekat. 5. Salutkan bebola ubi tadi dengan adunan tersebut. Pastikan ia disalut rata. 6. Panaskan minyak. Goreng bebola ubi sehingga ia keemasan. Sedia untuk dihidang.
* 3 1/2 cawan ubi kayu | diparut/ dikisar * 1 1/2 cawan santan – beli online di sini * 1 cawan gula merah – beli online di sini * 1/2 cawan gula pasir – beli online di sini * 1 sudu kecil garam halus * 1/2 cawan air * Sehelai daun pandan disimpul
CARA-CARA:
1. Ubi yang dah dikisar, diperah dengan tuala atau kain nipis yang bersih untuk buang air pahitnya. Ambil sekali sagunya yang termendap di bawah air kembali ye. Hasilnya ubi-ubi jadi kering sedikit. 2. Kemudian masak 1/2 cawan air bersama gula merah, gula pasir, garam halus dan daun pandan yang disimpul atas api sekejap hingga mendidih atau hingga gula cair. 3. Biarkan suam sikit dan tapiskan ke dalam ubi tadi. Jangan lupa masukkan juga sagunya.
4. Masukkan santan dan kacau hingga sebati. 5. Masukkan ke dalam loyang 10 inci/ 26cm yang telah disapu dengan sedikit minyak. Ratakan adunan dengan senduk dan kukus selama 25 minit.
1. Campur semua bahan dan kacau hingga sebati agar adunan tak berbiji-biji. 2. Tapiskan atas adunan ubi yg dikukus tadi perlahan-lahan. 3. Kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak. 4. Buka penutup kukusan. Sekiranya ada air wap atas kuih, sengetkan loyang bagi keluarkan air tu dulu. Kemudian kukus 5 minit lagi tanpa penutup kukus. Tujuannya untuk pemukaan kuih tu cantik dan lambat basi. 5. Sejukkan dulu betul2-betul. Kemudian baru elok dipotong dengan pisau plastik yang disapu dengan sikit minyak.
TIP*Balut penutup pengukus dengan kain/ towel bersih bagi mengelakkan air dari menitik atas kuih, nanti tak cantik. Kalau guna penutup kaca tak perlu bungkus, hanya sengetkan penutup setiap 10 minit.
1.Satukan dan gaul sebati semua bahan di atas. 2.Sapukan marjerin pada loyang. Tuang bancuhan tadi ke dalam loyang, kemudian boleh la dibakar dengan api atas bawah. 3. Guna suhu 160C, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
*Bingka ni lepas masak nampak macam lembik, tapi jangan risau. Dah masak elok luar dalam. Tunggu sejuk, baru boleh dipotong.
1.Buang kulit dan potong ubi kayu kecil-kecil, basuh dan kisar.
2. Tapis ubi kayu yang telah dikisar untuk buang air ubi kayu. Ambil isi sahaja.
3. Masak gula melaka/nise bersama secawan air. Letak daun pandan. Tak nak letak pun tak apa. Jika rasa kurang manis, boleh letak gula 2 sudu besar.
4. Campurkan gula melaka @ nise yang dah cair tadi ke dalam ubi kayu yang dah dikisar tadi. Letak pewarna kuning sikit (jika tak nak letak pewarna pun tak apa) dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20-30 minit. 6. Bila warna dah bertukar gelap, tanda ubi dah masak. Boleh cucuk guna hujung sudu @ lidi,jika tak melekat maknanya ubi dah masak.
KUAH SANTAN :
1. Perah santan parut bersama 3 cawan air, kacau atas api. Kena sentiasa kacau supaya tidak berketul dan meruap.
2.Masukkan sedikit garam kasar, tepung beras dan kacau supaya tidak berketul. Jika berketul, boleh tapis. 3. Dah siap dan sedia untuk dihidang.
Nota tambahan: kisar ubi ni, letak air macam biasa, nanti tapis. Tak ada masalah air banyak ke sikit masa kisar.
1kg parutan ubi kayu | ubi kayu dibuang kulit, belah 2 dan cabutkan tali dalam, kemudian rendam dalam air 3-4 jam. Toskan sebelum diparut 70g gula pasir – beli online di sini 50g tepung ubi kayu – beli online di sini 200ml santan pekat segar – beli online di sini 1/2 sudu teh garam Pewarna yang disukai – beli online di sini
BAHAN-BAHAN SALUTAN /TABURAN:
1 mangkuk besar kelapa parut muda | digoreng dalam kuali tanpa minyak 2 minit Kacang tanah | digoreng & tumbuk kasar – beli online di sini Bijan putih | digoreng tanpa minyak 4- 5minit – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Ubi kayu parutan tadi, saya tapiskan sampai kering air (air tapis tu jangan buang). Simpan dalam mangkuk dan tunggu 20 minit. 2.Kemudian, kita buang air kuning atas dan tinggal tepung putih di bawah kita campurkan dengan parut ubi kayu. 3. Satukan parutan ubi kayu, tepung, gula, santan dan garam. Gaul rata hingga sebati. 4. Bahagikan kepada empat bahagian. Masukkan pewarna pilihan anda ke dalam setiap bahagian. 5. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang. 6. Kukus selama 15 minit (kukus dalam 7 minit, kita lap penutup sekali untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas talam). 7. Bila dah masak, angkat dan tunggu sejuk. Potong jalur memanjang. Kemudian, golekkan di dalam kelapa parut. 8. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur dengan kacang tanah dan bijan.
Kredit resipi : Mung Ris
UBI KAYU GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 batang ubi kayu saiz sederhana 1 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 cawan air 2 sudu minyak masak – beli online di sini 4 cawan minyak masak untuk menggoreng Secubit serbuk kunyit – beli online di sini Secubit garam Secubit serbuk lada putih
CARA-CARA:
1. Potong ubi bentuk jejari atau kepingan. Jangan terlalu nipis. 2. Masukkan serbuk kunyit ke dalam tepung gandum. Gaul sebati. 3. Masukkan garam, serbuk lada putih, minyak masak. Gaul lagi. 5. Kemudian, masukkan air dan bancuhkan. Pastikan tidak terlalu cair. 6. Masukkan ubi yang siap dipotong dan dibersihkan tadi. Gaul rata. 7. Goreng dalam minyak yang banyak. Angkat dan toskan. Sedia dihidang
Pempek ini ialah hidangan yang berasal dari Palembang, Selatan Sumatera, Indonesia. Resipi pempek ini menggunakan ubi kayu atau singkong ternyata enak. Dipadukan dengan cuko tauco.
BAHAN PEMPEK
500 gram ubi kayu | kukus dan dihaluskan 500 gram daging ikan tenggiri giling 2 biji putih telur 6 sudu makan tepung ubi kayu – beli online di sini 6 sudu teh serbuk bawang putih 2 sudu teh garam 2 sudu teh gula pasir – beli online di sini 2 sudu teh secukup rasa
CARA-CARA:
1.Di dalam bekas, masukkan daging ikan tenggiri giling, gula pasir, secukup rasa dan putih telur. Gaul sehingga ia sebati. 2.Masukkan ubi kayu yang sudah dihaluskan. Gaul lagi hingga sebati. 3.Masukkan garam dan gaul lagi. Kemudian, masukkan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit. Gaul lagi. 4. Didihkan air di dalam periuk. 5. Ambil satu sudu makan adunan, letakkan di atas papan yang sudah ditabur dengan tepung (untuk tujuan adunan tidak melekat). Uli dan bentukkan menjadi panjang. 6. Kemudian, masukkan adunan pempek tadi ke dalam air yang sedang mendidih. Rebus sehingga ia masak. Apabila sudah terapung, biarkan sekejap baru diangkat. Toskan. 7. Kemudian, goreng pempek sehingga garing. Toskan dan ketepikan.
1.Rebus cili merah dan toskan. 2. Kisar cili merah, bawang putih, tauco, gula merah, gula pasir, garam, jus limau kasturi dan air sehingga halus. 3. Tuang ke dalam mangkuk. Perasakan sama ada sudah seimbang rasa manis, masam.
1.Ubi kayu dikupas dan dipotong (cuci bersih). Rebus dalam 20 minit menggunakan api besar. 2.Cucuk sikit, agak-agak dah boleh cucuk, matikan api dan terus toskan. Jangan sampai pecah. Biarkan sampai sejuk dalam 2-3 jam. 3.Kisar ragi dan ayak atas ubi tadi guna penapis air. 4.Ambil periuk dan alaskan daun pisang. Susun ubi tadi yang dah diragikan dalam periuk. Tutup dengan daun pisang kemas-kemas. 5. Tutup periuk dan bungkus dengan kain. Simpan tempat gelap atau dalam ketuhar selama 2 malam. Lepas tu, bolehlah jengah-jengah jika apa jadi. Kalau manis tu, jadi la.
Tapai ubi 3 cawan santan 1 keping nisan /gula melaka Sedikit garam 2 helai daun pandan Sedikit tepung jagung
CARA-CARA: 1. Masak santan sehingga mendidih. Kacau selalu. 2.Letak nisan @ gula melaka secukup rasa. Letak daun pandan. 3. Kacau sehingga sebati. Letak tepung jagung untuk pekatkan. 4. Letak tapai ubi sekejap dan terus angkat. Sedia untuk dimakan.
300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk 1/2 cawan ikan bilis 3 tangkai cili kering | potong kecil 1 biji cili merah | hiris 1 labu bawang besar | mayang halus 4 ulas bawang putih | hiris halus 1 sudu teh serbuk cili 2 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa 2 sudu makan minyak masak
CARA-CARA:
1.Di dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan. 2.Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi. 3.Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi. 4.Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati. 5.Tambah garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.
BINGKA UBI KAYU CHEESE
BAHAN-BAHAN:
250g cream cheese 250g gula 2 biji telur 800g ubi kayu sagat (tapis airnya) 400ml santan Pewarna kuning
CARA-CARA :
1. Pukul cream cheese dan gula sehingga rata dan sebati. 2. Masukkan telur satu persatu. 3. Masukkan pula ubi kayu yang disagat tadi dan santan sambil kacau hingga sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar di dalam ketuhar (sapu sedikit mentega ke dalam loyang sebelum dipanaskan) 5. Bakar suhu 170C selama 1 jam 30 min sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.
1 batang ubi kayu 2 biji ubi keledek sederhana besar 2 biji ubi kentang – beli online di sini 1 biji ubi keladi sederhana besar 1 liter santan pekat 10-15 tangkai cili kering – beli online di sini 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 2 batang serai 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh jintan manis Garam, lada sulah dan gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kesemua ubi dikupas dan potong dadu sederhana. Rebus hingga separuh empuk. Angkat, tos dan ketepikan. 2.Cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar halus. 3.Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar masak. 4.Masukkan campuran ubi, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan santan. Didihkan hingga semua bahan sebati. 5.Tambah garam dan gula perang secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
PECAL PUCUK UBI MAK TON
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak 3 sudu makan gula perang atau pasir 1 biji cili merah | dihiris 5 biji cili padi 2 ulas bawang putih | dihiris 2 biji bawang merah | dihiris 1cm halia | dihiris Sedikit belacan Sedikit air asam jawa Garam secukup rasa Air panas secukupnya Sedikit minyak masak
CARA-CARA:
1.Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan. 2.Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan. 3.Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. 4.Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan. 5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan. 6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya. 7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati. 8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah. 9. Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging yang telah disalai | hiris nipis 1 cekak pucuk ubi | ambil pucuk dan daun muda 1 liter santan 1 keping asam jawa 2 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1.Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan kacau rata. 2.Renehkan di atas dapur dengan api sederhana. 3.Setelah mendidih masukkan hirisan daging, serai dan terus kacau. 4. Selepas lima minit, masukkan pula pucuk ubi bersama asam gelugor. 5. Apabila daging empuk dan pucuk ubi lembut, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Tutup api, gulai daging salai sedia dihidangkan.
RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | dibersihkan 1/2 kg santan pekat 3 keping asam gelugur 5 batang serai | dititik Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
100gm ikan bilis 2cm kunyit hidup 10 ulas bawang merah 10 biji cili api
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya. 2.Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi. 3. Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing. 4. Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
BELEBAT UBI SAGU
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya 200gm gula merah 16 sudu makan gula 750ml santan 100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam 3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA-CARA:
1.Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan. 2. Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati. 3. Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis. 4. Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak. Enak dinikmati panas.
PENGAT UBI-UBIAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu 1 biji ubi keledek | potong dadu 1 batang ubi kayu | potong dadu 1 cawan labu | dadu 1/2 cawan sagu | rendam dan toskan – beli online di sini 2 cawan santan pekat – beli online di sini 200gm gula – beli online di sini Secubit garam Sehelai daun pandan | simpul
CARA-CARA:
1.Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan. 2. Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk. 3. Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati. 4. Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi. 5. Tambah secubit garam. Pengat sedia dihidangkan.
1.Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk. 2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. 3. Angkat dan sedia untuk dihidang.
LEPAT UBI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kayu | diparut 135 ml santan pekat – beli online di sini 230 gm air gula Melaka – beli online di sini 1 sudu makan gula pasir – beli online di sini Secubit garam 1 helai daun pandan | disimpul Daun pisang | dilayur atas api kecil
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan gaul rata. 2. Sediakan daun pisang secukupnya. 3. Daun pisang dicuci bersih dan lap kering. 4. Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil. 5. Letak dua sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan. 6. Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli. 7. Kukus lepat antara 30 – 45 minit. 8. Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.
1.Mula-mula, kukus dahulu ubi keledek. Kemudian, lenyekkan. 2. Di dalam mangkuk yang sama, satukan ubi keledek tadi dengan ubi kayu, gula, garam dan santan. Kacau hingga sebati. 3. Kemudian, asingkan separuh daripada adunan tadi dan masukkan ke dalam kuali bersama dengan santan pekat. 4. Kacau adunan di dalam kuali tersebut dengan menggunakan api perlahan sahaja. Sentiasa kacau hingga ia betul-betul sebati dan pekat. 5. Kemudian, masukkan ke dalam loyang 8×8 empat segi. Pastikan loyang tersebut dialas dengan daun pisang. Tekan-tekan adunan sehingga ia betul-betul mampat. Kukus selama 20 minit. 6. Sementara itu, baki adunan yang tinggal tadi dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan air pandan dan kacau sehingga ia menjadi pekat serta likat. 7. Apabila sudah pekat, masukkan adunan hijau ini di bahagian atas adunan awal yang dikukus tadi. Tekan-tekan sedikit bagi ia betul-betul sekata. Kukus lagi selama 20 minit atau sehingga ia masak. 8. Apabila sudah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Hidangkan dengan salutan kelapa parut.
*Untuk salutan kelapa parut, campurkan 100gm kelapa parut bersama ½ sudu teh garam. Kacau sebati dan kemudian kukus selama 10 minit.
Enak terasa bila dapat menikmati kuih koci dengan rasa lemak manis. Kuih koci dohnya boleh dipelbagaikan. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut. Buat yang ingin mencuba dikongsikan resipinya oleh Lisa’s Sweet Kitchen.
Bahan
500gm tepung pulut putih
140gm tepung pulut hitam
2ketul kentang rebus dan lenyek
1tbsp garam
500-600ml air
Cara
Satukan kedua tepung dan garam dan juga kentang yang telah direbus dan dilenyek. Uli sedikit sedikit dengan air hingga sebati.
Ambil 30 gm adunan, letakkan inti dan bulatkan
Masukkan kedalam dadih dan kukus.
Ketahui cara pilih strawberi yang segar, manis dan tahan lama dengan 7 tip mudah. Elakkan buah cepat rosak dan pilih strawberi berkualiti setiap kali membeli.