Dengar nama nasi Crispy Beef je dah terliur! Apa lagi kalau dah siap masakan ni. Resipi ini telah dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Cara penyediaan resipi ni pun sangat mudah. Sesuai sangat untuk orang bujang yang nak makan masakan simple. Paling best kalau Crispy Beef ni di makan bersama nasi bawang. Fuhhh tak terkata sedapnya. Jom cuba!
Ads
NASI CRISPY BEEF
Ads
Ads
BAHAN-BAHAN:
400gm daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
Crispy Beef ni dihidang dengan nasi bawang. Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
Bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup.
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kentang (potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua(double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
RESIPI SAMBAL:
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Sambal tumis memang sedap sesangat. Sambal ni boleh dimakan dengan pelbagai juadah misalnya lempeng, nasi, bubur nasi atau jemput-jemput. Kali ini RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau ke pasar malam kuih talam gula melaka ni pasti ada. Sememangnya kuih lama ini memang disukai ramai. Rasa kuih tepung talam ini manis dan berlemak. Membuatnya juga mudah dan tidak memerlukan bahan dan masa yang lama. Jom follow resipi yang dikongsi oleh Shakinah. InshaAllah jadi klu ikut betul2 resepi ni.Kuih ni kalau kita angkat boleh goyang bagi tergedik.
Langkah 1
1.Sapu loyang dengan minyak masak dan lapikkan dgn plastik. Ketepikan.
Lapisan Bawah (gula merah)
1 cawan gula merah masak bersama 1cawan air. Ketepikan.
Suka manis blh tambah sedikit gula putih.
1 1/2 cawan tepung gandum
1sdb tepung ubi
1sdb air kapur (jgn pekat sgt)
1sdb kicap pekat (sy guna jenama jalen) ni utk bg color cantik. Tak de efek rasa.
2 cawan air
1.Air gula merah satukan dgn air biasa jdkan 3cawan air. Jgn lebih ye.
2.Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir klu nk tambah la. Sy mmg pakai gula merah je. Tapiskan.
3.Masukkan dlm kuali, kacau sehingga naik wap. Jgn sampai pekat. Masukkan dlm loyang kukus 15- 20minit dgn api agak besar.
Lapisan atas
2 1/2 cawan santan pekat (tp jgn pekat sgt2 tau, tambah air klu pekat sgt2 santan tu)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam atau secukupnya la
1.Satukan semua kacau sebati. Tapiskan.
2.Masukkan dlm kuali kacau sehingga naik wap. Tuang diatas lapisan gula merah tadi.
3.Kukus lg 25minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh potong dgn pisau plastik
kredit : Shakinah Zainal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.