Peria goreng rangup ini adalah satu makanan yang boleh dijadikan kudapan. Boleh juga dijadikan lauk. Selalunya ada di kedai mamak untuk dijadikan pelengkap nas kandar.
Kali ini, RASA ingin berikan resipi peria goreng rangup. Namun, menggunakan peria yang besar. Bukan peria kecil atau dipanggil juga sebagai peria katak.
Hanya menggunakan lima bahan sahaja. Sesuai sangatlah kalau anda ingin buat sendiri kudapan di rumah.
PERIA GORENG RANGUP
Ads
BAHAN-BAHAN
1 batang peria (saiz besar)
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur ayam
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong peria senipis yang boleh.
Ads
2. Dalam mangkuk, satukan tepung beras, telur ayam dan garam. Gau seketika.
3. Salut peria dengan bancuhan tepung beras, telur ayam dan garam tadi.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Pastikan minyak masak betul-betul panas dahulu.
5. Kemudian, goreng peria dengan api sederhana sehingga garing.
Ads
TIP: Pastikan ketika masukkan peria dalam kuali, minyak masak perlu betul-betul panas supaya salutan peria akan cantik bulat seperti dalam gambar.
Kata orang, masakan reneh guna air atau senang cakap, sup atau rebus ni masakan malas, tapi kalau kena pada cara memasak, yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak.
Ada pelbagai jenis masakan yang mengguna cara masak yang sama seperti sup. Untuk anda semua berikut RASA kongsikan 8 menu sup atau rebus yang boleh anda semua cuba.
BENING BEBOLA AYAM & FAT CHOY HOMEMADE
BAHAN BEBOLA AYAM:
1 mangkuk isi ayam kisar 2 sudu makan tepung ubi 1 sudu makan tepung gandum 1 pokok daun bawang | hiris halus 1 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu teh serbuk cukup rasa Secubit garam
BAHAN LAIN:
2 pokok sawai Fat Choy 1 biji tomato | potong dadu 2 ulas bawang merah | hiris 1 biji bawang putih | titik 2 hirisan halia muda | hiris 1 kiub perasa ayam 3 cawan air Garam dan perasa secukupnya Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
1. Untuk menyediakan bebola ayam. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. 2. Uli hingga semua bahan sebati (jika terlebih boleh tambah sedikit tepung lagi). 3. Bentukkan doh menjadi bulat hingga habis adunan. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan bebola ikan tadi. 4. Rebus hingga bebola timbul. Angkat dan ketepikan. Seterusnya untuk menyediakan bening, masukkan air dalam periuk. 5. Kemudian tambahkan di dalamnya hirisan bawang, halia dan bawang putih titik. 6. Setelah air rebusan mendidih masukkan kiub perasa ayam, garam dan perasa secukupnya. 7. Seterusnya masukkan semula bebola ayam, Fat Choy dan hirisan tomato. Kacau lebih kurang 2-3 minit lagi. 8. Tutup api, angkat masukkan dalam mangkuk dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang serta bawang goreng, kemudian hidangkan.
SUP WANTAN JERNIH
BAHAN-BAHAN:
10-15 keping kulit wantan 1 pokok daun bawang | hiris 1/2 biji tomato | dadu halus 3 biji cili padi | hiris 3 cawan air 3 ulas bawang merah | hiris 2 ulas bawang putih | ketuk 2 cm halia muda | hiris 1 kiub pati ayam Garam dan perasa secukupnya
250gm isi ayam kisar 2 sudu makan tepung ubi /kanji 1 sudu teh serbuk lada sulah 1 sudu teh serbuk perasa ayam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan isi wantan, campurkan semua bahan isi dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan. 2. Sementara itu, ambil kulit wantan, isikan di tengahnya dengan sedikit campuran isi ayam tadi. 3. Kemudian kemaskan seperti sup bunjut. Lakukan hingga habis. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus wantan lebih kurang 3-5 minit. 4. Apabila timbul angkat,tos dan ketepikan. Sementara itu, isikan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih. 5. Didihkan atas dapur, setelah air mendidih masukkan kiub pati ayam, garam dan perasa secukupnya. Masukkan wantan dalam mangkuk kemudian tuangkan sup di dalamnya. 6. Hiaskan di atasnya dengan hirisan daun bawang, cili padi dan tomato yang telah didadu kecil sebelum dihidangkan.
SUP MASAM MANIS MAKARONI SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan makarani | rebus dan tos 150gm isi dada ayam | potong dadu 150gm lobak merah | potong dadu 150gm timun Jepun | potong dadu 1 biji tomata | buang biji dan potong dadu 1 kiub pati ayam 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos cili 3 ulas bawang merah | hiris 1 ulas bawang putih | cincang Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih cincang, sos cili dan sos tomato. Renehkan di atas dapur. 2. Setelah mereneh masukkan isi ayam dan bahan sayur yang dipotong dadu tadi bersama stok ayam. 3. Setelah sayur empuk, masukkan macaroni yang telah direbus. Selepas 2-3 minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 4. Setelah cukup rasa, tutup api. Sup macaroni sedia dihidangkan.
PINDANG SERANI IKAN SENANGIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Senangin | siang, bersih dan tos 2 batang serai | titik 1 biji tomato | potong dadu 2 hirisan lengkuas | titik 2 keping asam gelugor 8 biji cili padi | titik Garam, gula dan perasa secukupnya Air secukupnya
BAHAN KISAR:
3 cm kunyit hidup 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 5 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama bahan kisar, serai, lengkuas, cili padi titik dan asam gelugor. Renehkan atas dapur dengan api sederhana. 2. Setelah mendidih masukkan ikan, biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit. 3. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Setelah ikan masak dan cukup rasa, tutup api. Pindang ikan sedia dihidangkan.
SINGGANG DAGING BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos 1/2 cawan nanas dalam tin 1 biji tomato | belah empat 2 batang serai | titik 1 biji bawang besar | hiris 2 hiris lengkuas | titik 1 hirisan halia muda | titik 6 biji cili padi | titik 2 keping asam gelugor 1 biji limau nipis | ambil jusnya Garam , gula dan perasa secukupnya Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, kemudian tambahkan pes cili kering, hirisan lengkuas, halia, dan serai. Masak atas dapur, apabila mendidih masukkan daging. 2. Setelah daging empuk, masukkan hirisan bawang, cili padi, tomato dan nanas. 3. Kemudian perasakan dengan jus limau nipis, garam, gula dan perasa secukupnya. Setelah cukup rasa, tutup api. Singgang daging sedia dihidangkan.
SUP AYAM CAMPUR BERSAMA CENDAWAN SHIMEJI
BAHAN-BAHAN;
300gm isi dada ayam | potong dadu 1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu 1/2 paket cendawan shimeji 1/2 batang lobak merah | potong dadu 3 ulas bawang merah | hiris 2 ulas bawang putih | cincang 2 hirisan halia 1 sudu teh serbuk pati ayam Garam secukup rasa 3 cawan air | boleh tambah jika perlu
BAHAN SAMPINGAN:
1 sudu makan bawang goreng 1 sudu makan hirisan daun bawang 1 sudu makan hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. 2. Renehkan di atas dapur, setelah mendidih, masukkan ayam, kentang dan lobak merah. 3. Biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit. Masukkan pula cendawan. Kacau rata. 4. Seterusnya, perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya. 5. Tutup api, masukkan sup dalam mangkuk dan tabur di atasnya dengan daun bawang, ketumbar serta bawang goreng.
SUP CENDAWAN BUTANG DENGAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 biji cendawan butang segar | hiris nipis 150gm isi dada ayam 3 ulas bawang merah | hiris 2 ulas bawang putih | cincang 1 hirisan halia 1 sudu teh serbuk perasa ayam 1 sudu teh lada sulah Garam dan serbuk perasa secukupnya 2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. 2. Renehkan di atas dapur, selepas mendidih masukkan ayam dan cendawan. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. 3. Perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam secukup rasa. 4. Setelah cukup rasa. Tutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.
SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur 3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan 4 batang jejari ketam | siat memanjang 1/2 sudu makan serbuk sup sayur 1 sudu teh serbuk perasa ayam 1 sudu teh serbuk lada sulah 3 ulas bawang merah | hiris 2 ulas bawang putih | titik 2 hirisan halia muda Garam dan gula secukup rasa 3 cawan air 1 sudu makan hirisan daun bawang 1 sudu makan hirisan daun ketumbar Sedikit hirisan batang seleri
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. 2. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan. 3. Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa. Setelah cukup rasa. Tutup api. 4. Sementara itu isikan air dalam kuali non stick. Renehkan. Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya. 5. Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup. Lakukan hingga habis telur. 6. Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng. Sup telur sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Halia sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman. Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni, boleh cuba hasilkan serunding halia. Halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.) 5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi. 6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Pernah makan sayur pucuk ubi goreng dengan ikan bilis? Menu ini sedap sangat, ia pedas dan garing sesuai sangat makan dengan nasi putih dan tak perlu lauk lain lagi. Sayang sekarang agak susah nak rasa menu ini kerana tidak banyak restoran menyediakannya. Jika anda teringan mencuba boleh buat sendiri dan RASA kongsikan resipi.
PUCUK UBI GORENG BERSAMA IKAN BILIS BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pucuk ubi, gaul rata di atas api sederhana.
3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pucuk ubi agak kering.
5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.