Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi membuat keria keledek ungu. Nampak menarik sangat sebab warna keria tu berbeza daripada keria biasa. Bolehlah cuba ye. Boleh makan sambil menonton televisyen di rumah hujung minggu nanti.
KERIA KELEDEK UNGU
BAHAN KERIA
3 ketul keledek ungu
Garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT KERIA
1. Kupas keledek ungu. Rebus dengan air sehingga tenggelam keledek.
2. Masukkan garam.
3. Rebus sehingga empuk. Toskan dan sejukkan.
4. Lenyek keledek sehingga hancur. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
5. Jangan banyak sangat tepung kerana nanti keria jadi liat.
6. Bentukkan bulat seperti donut. Ulang sehingga adunan habis.
7. Panaskan minyak masak. Goreng keria sehingga masak.
Rupa keria sebelum digoreng.
Ads
Inilah dia ketika digoreng.
BAHAN GULA
2 cawan gula pasir
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali. Masukkan gula dan air. Biarkan mendidih sampai berbuih.
2. Apabila gula makin pekat, masukkan keria yang sudah siap digoreng tadi.
3. Salutkan keria dengan gula. Siap.
Kalau biasa kita melihat onde onde berwarna hijau. Tapi onde onde buah naga nampak cantik dengan warna semulajadi berwarna ungu. Keenakan kuih onde onde menjadi lebih mantap dengan ramuan buah naga di dalamnya.
Resipi dan foto yang dikongsikan Farisha Sofea ini memang menarik sekali. Bukan sekadar sedap tapi buah naga atau dragon fruit juga terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan. Jom lah cuba…
ONDE ONDE BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN :
.
3/4 paket tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 biji buah naga ( dilenyek )
1/2 cawan air
Bahan Lain :
gula melaka ( dipotong kecil )
kelapa parut ( dicampur sedikit garam )
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air di dalam periuk . 2. Satukan kedua dua tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati .
3. Masukkan buah naga dan uli rata .
.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .
.
5. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan .
.
6. Masukkan gula melaka dan tutupkan semula doh menjadi bulat dengan kemas .
.
7. Masukkan doh ke dalam periuk dan rebus sehingga doh terapung di permukaan .
.
8. Angkat doh tersebut dan golekkan ke dalam kelapa parut . 9. Ulang proses sehingga selesai .
“Dulu walau banyak mana makanan saya borong di Bazar Ramadan saya beli, balik rumah, masakan mak juga saya cari,” beritahu Fad Bocey. Nampak macam kelekar tetapi memang itulah yang berlaku di kalangan anak-anak. Sementelah lagi kalau bujang. Biarpun simple air tangan ibu tetap terbaik pada selera si anak.
Akui Fad Bocey, satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah dia jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bila berbuka, antara kuih kegemaran Fad adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.
“Saya sangat terharu dan seronok bila Chef Wan undang saya bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bestnya, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak secara live dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap.
Anda yang ingin mencuba menu yang disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey berikut disediakan resipinya
GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan
½ biji nanas | hiris
500ml santan pekat
200ml air
1/2 kecil parutan nanas
3 helai daun limau purut
1 genggan daun Basil Thai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 10 biji cili merah
2batang serai
3cm kunyit hidup
1 1/2cm halia
2cm lengkuas
10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air daun pandan
200ml santan
2 biji telur |kacau
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya | untuk inti
2 sudu makan marjerin | cairkan
2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan gan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan padasetiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Lembut, lemak manis dan mengasyikkan. Itulah dia kuih sekaya telur, Kalau korang suka makan kuih tradisional, mesti korang akan suka jugak makan sekaya telur. Kuih simple tapi sedap ni boleh dijadikan hidangan pemanis mulut yang amat menyelerakan. Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan santan pekat (BELI DI SINI)
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam (BELI DI SINI)
Sedikit esen vanilla (BELI DI SINI)
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.