Bila tiba hujung minggu, pasti ada rakan-rakan dan saudara mara yang nak datang berkunjung ke rumah untuk beraya. Selain biskut dan kuih muih, kebiasaannya hidangan berat seperti aneka nasi tumis jadi pilihan. Nasi-nasi ini sesuai dihidangkan dengan aneka lauk pauk seperti ayam masak merah, kari daging, kurma dan sebagainya. Anda bolehlah cuba. Sangat mudah dan hanya perlu masak guna periuk nasi elektrik.  

 

1. NASI TOMATO

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras 
  • 600ml air
  • 150ml susu sejat
  • 1 biji bawang besar ]dihiris
  • 2 ulas bawang putih ]dihiris 
  • 5cm halia ]dihiris halus
  • 5cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar tomato puri
  • 1 batang serai ]dititik
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
  • Daun ketumbar, daun bawang dan daun sup secukupnya
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:-

  1. Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, serai dan tomato puri hingga terbit wangi dan pecah minyak. Tutup api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumisan tadi, garam, serbuk pati ayam, daun ketumbar, daun bawang, daun sup dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
  4. Sedia dinikmati bersama pelbagai jenis lauk pauk.

Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun ketumbar. Selain mendapat hasil yang menarik ia juga menambah perisa kepada nasi tomato.

 

2. NASI LOBAK MERAH

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras
  • 600ml air
  • 150ml susu sejat
  • 250gm parutan lobak merah
  • 1 biji bawang besar ]dihiris
  • 2 ulas bawang putih ]dihiris 
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar mentega untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras, air, susu sejat, parutan lobak merah, bahan tumis, garam dan serbuk ayam ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
  4. Sedia dihidang dan dinikmati dengan lauk pauk pilihan.

Info Chef: Apabila  nasi telah masak, kacau dengan garfu atau ‘chopstick’ supaya nasi tidak mudah patah.Tutup suis elektrik, jangan dibiarkan senantiasa berpanas kerana nasi akan berkerak.

 

 3. NASI BERIANI TULANG KAMBING

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

BAHAN-BAHAN NASI:

  • 500gm beras basmathi
  • 750ml air rebusan tulang
  • 1 biji bawang besar ]dihiris
  • 2 ulas bawang putih ]dihiris 
  • 5 cm halia ]dihiris nipis
  • 1 sudu besar serbuk rempah beriani
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam/daging
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh air mawar
  • 1 sudu teh kewra
  • 1 sudu teh perwarna kuning
  • 1 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN-BAHAN UNTUK AIR REBUSAN TULANG:

  • 300gm tulang kambing
  • 1liter air (atau lebih)
  • 5cm kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan air rebusan tulang kambing; Rebus tulang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang di dalam satu periuk sehingga isi tulang benar-benar empuk. Anggaran masa 1-2 jam proses merebus. Air boleh ditambah dari masa ke semasa sehingga daging benar-benar lembut. Ketepikan.
  2. Untuk menanak nasi, cuci dan basuh beras. Tapis dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
  4. Masukkan beras, air rebusan tulang bersama rempah-rempah yang direbus sekali, tulang kambing, air ros, air kewra, bahan tumis, garam, serbuk lada hitam dan pati ayam/daging ke dalam periuk nasi elektrik.
  5. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Apabila nasi telah masak, titiskan perwarna kuning pada nasi dan kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidang bersama lauk pilihan.

Info Chef: Sukat air rebusan tulang sehingga ukurannya menjadi 750ml.  Jika air rebusan tersebut kurang daripada jumlah tersebut, bolehlah dicampur dengan air biasa. Biasanya air ros dan kewra boleh dibeli di kedai-kedai runcit India.

IKLAN

 

4. NASI KURMA

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

  • 500gm beras basmathi
  • 600ml air
  • 150ml susu sejat
  • 1 biji bawang besar ] dihiris
  • 2 ulas bawang putih ]dihiris 
  • 5cm kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar serbuk rempah kurma
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak sapi untuk menumis

CARA MEMASAK:-

  1. Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan serbuk kurma hingga wangi. Tutup api.Ketepikan.
  3. Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam, serbuk pati ayam dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Hiaslah sebelum dihidang.
  4. Sedia dihidangkan bersama lauk pauk kegemaran.

Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun ketumbar selain mendapat hasil yang menarik ia juga menambah perisa kepada nasi kurma.

 

5. NASI PELANGI

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras basmathi
  • 500ml air
  • 250ml susu sejat
  • 1 biji bawang besar ]dihiris
  • 2 ulas bawang putih ]dihiris 
  • 5cm halia ]dihiris halus
  • 5cm kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar minyak sapi untuk menumis
  • 1 sudu teh perwarna biru
  • 1 sudu teh perwarna merah
  • 1 sudu teh perwarna kuning
  • 1 sudu teh perwarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
  4. Apabila nasi telah titiskan setiap warna pada keseluruhan nasi dan kacau supaya warna tadi berselerak dan hiaslah sebelum dihidang.
  5. Sedia dinikmati bersama lauk pauk pilihan.

Info Chef: Jika suka bolehlah dihias dengan bawang goreng, daun bawang, kismis dan kacang gajus untuk mendapat hasil yang melain dan juga menambah perisa pada nasi pelangi.

 

6. NASI MINYAK

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

IKLAN
  • 500gm beras basmathi
  • 500ml air
  • 250ml susu sejat
  • 1 biji bawang besar ]dihiris
  • 2 ulas bawang putih ]dihiris 
  • 5cm kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 susu teh garam
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar minyak sapi untuk menumis
  • 100 gram kismis

CARA MEMASAK:

  1. Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras, air, susu sejat, bahan tumis, garam, ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.  
  4. Sedia dihidang bersama lauk pauk pilihan.

Info Chef: Boleh hias dengan bawang goreng, daun bawang, kismis dan kacang gajus. Selain hidangan tambah menarik, ia juga menambah perisa pada nasi minyak.

 

7. NASI MENTEGA

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras
  • 750ml air
  • 1 biji bawang besar ] dihiris
  • 4 ulas bawang putih ] dihiris 
  • 1 susu teh garam atau secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar mentega untuk ]menumis

CARA MEMASAK:-

  1. Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih hingga terbit wangi. Tutup api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras, air, bahan tumis, garam dan serbuk ayam  ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak.
  4. Sedia dihidang bersama lauk pilihan.

Info Chef: Apabila nasi telah masak, kacau dengan garfu atau ‘chopstick’ supaya nasi tidak mudah patah.Tutup suis elektrik jangan dibiarkan sentiasa panas

 

8. NASI KACANG PIS  

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 750ml air (termasuk air kacang pis)
  • 1 biji bawang besar ]dihiris
  • 2ulas bawang putih ]dihiris 
  • 5cm kulit kayu manis
  • 5cm halia dihiris halus
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 susu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 helai daun pandan
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMASAK:-

  1. Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang puting, halia, kulit kayu manis,buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras, air, bahan tumis, garam, serbuk ayam, kacang pis dan daun pandan ke dalam periuk nasi elektrik. Kacau dan masak nasi hingga benar-benar masak.
  4. Taburkan bawang goreng sebelum hidang.

Info Chef: Tutup suis elektrik jangan dibiarkan sentiasa panas kerana nasi akan  menjadi berkerak.

IKLAN

 

9. NASI KABULI

9 Resipi Nasi Tumis Paling Mudah Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras
  • 500gm air
  • 250gm santan pekat
  • 5cm halia ]dititik
  • 1 batang serai ]dititik
  • 1 helai daun limau purut ]dikoyakkan 
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Beras dibasuh dan tapis. Ketepikan.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk elektrik. Masaklah nasi seperti biasa.
  3. Setelah masak, angkat dan sedia dinikmati bersama pelbagai lauk pauk.

Info Chef: Cara memasak nasi kebuli ini sama seperti memasak nasi lemak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI