Tercari-cari petua untuk bersihkan kerang dengan mudah? Maklumlah, kerang ni hidup di kawasan berlumpur. Jadi agak kotor. Kerang yang masih bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur yang melekat padanya. Jika tidak dicuci, bimbang pula ia akan mencemarkan makanan anda serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti keracunan makanan serta cirit-birit.  Petuanya mudah sahaja. Ada pelbagai bahan-bahan semulajadi yang boleh anda guna untuk membersihkan kerang ni. Antaranya ialah:

 

7 BAHAN INI BOLEH GUNA UNTUK CUCI KERANG 

1. SERAI

  • Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.

2. HAMPAS KELAPA

  • Hampas kelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.

3. DAUN UBI

  • Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.

4. DAUN BETIK

IKLAN

  • Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.

5. GARAM

foto: getty images

  • Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.

6. PELEPAH PISANG

foto: pexels.com

  • Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.

7. ASAM GELUGUR

Foto: wikipedia

IKLAN
  • Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

IKLAN

 Dapatkan lebih banyak PETUA DAPUR di laman web RASA:

Petua Suburkan Pokok Pandan Dalam Pasu Supaya Lebih Rimbun

5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom Subur Merimbun Di Rumah

Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama

Petua Simpan Daun Sup Agar Kekal Segar & Tahan Lama

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official