Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai jenis makanan yang begitu popular dan diminati ramai.  Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum dan setiap satunya mempunyai warisan makanan sendiri yang beraneka pilihan dari segi rasa dan warna. Kepelbagaian rasa ini akhirnya mampu mewujudkan hidangan bercitarasa Malaysia yang diterima oleh semua kaum.

Pelbagai bangsa boleh duduk semeja tanpa mengira status bangsa dan agama menikmati makanan yang disukai. Makanan orang Melayu turut dinikmati oleh orang Cina dan India. Begitu juga sebaliknya. Makanan juga mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan.

PILIHAN BAHAN TERBAIK

Hari ini citarasa hidangan pelbagai kaum ini, mula diberi warna dan citarasa baru yang dapat diterima bukan sahaja oleh orang tempatan malah masyarakat Antarabangsa. Suntikan rasa baru seperti memasukkan bahan-bahan seperti keju, susu, mentega dan yogurt dalam resipi-resipi masakan tradisi, berjaya memberi rasa yang lebih bervarisi dan digemari seisi Malaysia. Pun begitu pilihan bahan terbaik dan bermutu sangat penting bagi memastikan hidangan ini dapat dinikmati dengan penuh berselera. 

Bagi penggemar hidangan keju, rangkaian pilihan keju dari Perfect Italiano adalah pilihan yang tepat.  Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih sedap umpama chef profesional.

Perfect Italiano memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain.

Keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa. Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat. Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan bukan sahaja memberikan memberikan kelenturan (stretchiness), tetapi juga rasa keju yang seimbang dan tidak berminyak.

Untuk hidangan menggunakan topping atau ditabur pada hidangan yang dibakar contohnya nasi atau pasta, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) dan Parmesan untuk memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Italiano Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.

Makanan bertema Mexico yang enak sempurna bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair – Mozzarella, Red Cheddar dan Colby – meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

Selain itu Keju Perfect Italiano Mozzarella adalah 100% keju asli yang memberi regangan sempurna dan meningkatkan rasa. Keju ini bertekstur lembut dan kenyal serta berkrim.Sesuai digunakan pada piza, lasagna, telur dadar atau sebagai inti untuk pelbagai hidangan snek seperti bebola cheese dan sebagainya. Boleh juga kacau atau dimasak melalui sup atau celup untuk tekstur regangan yang lebih lazat.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

Keju Perfect Italiano Parmesan ialah keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Sesuai ditaburkan pada salad, pasta, piza, sup dan sebarang hidangan bakar termasuk biskut.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

Keju Chesdale boleh dimakan begitu sahaja atau boleh juga digunakan di dalam masakan. Keju ini diperbuat dengan susu dari New Zealand; setiap kepingan mengandungi kandungan kalsium dan protein yang tinggi.Hidangan jadi bertambah enak dengan keju yang mencair terus dari kuali atau oven.

Pendek kata, setiap keju ini memberi rasa yang berbeza dan enak untuk dinikmati bersama menu pilihan.

Jika ada masa terluang, boleh cuba sendiri resipi-resipi makanan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

APAM JOHOL

Bahan-bahan:

250gram tepung gandum

80gram gula merah

40gram gula pasir

1 ½ cawan air

6gram yis kering

2 sudu makan Anchor Butter Unsalted

12 keping Chesdale – potong kepada 4 bahagian

Kelapa parut secukupnya

Daun rambai secukupnya – bersihkan dan lap kering

Cara membuat:

1.Di dalam periuk, satukan air dan gula merah lalu didihkan hingga larut.  Tapis dan ketepikan.

2.Sediakan mangkuk besar. Satukan Anchor Butter Unsalted dengan tepung gandum lalu gaul hingga sebati.

3.Masukkan yis kering dan gula putih ke dalam mangkuk berisi tepung tadi.

4.Tuang campuran air gula merah ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Tutup mangkuk dengan cling wrap.

5.Perap adunan hingga naik sekali ganda (lebih kurang 2-3 jam). 

6.Ambil sehelai daun rambai, sapu dengan sedikit minyak.  Letak sesudu bancuhan tepung, letakkan keju Chesdale lalu bungkus dengan rapi.

7.Susun bungkusan apam ke dalam periuk pengukus.  Kukus selama 20-25 minit atau hingga masak.

8.Hidangkan apam bersama kelapa parut

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

BINGKA UBI CHEESE

Bahan-bahan:

3 cawan parutan ubi kayu

1 ½ cawan santan

1 cawan gula kastor

½ sudu teh garam

Pewarna kuning secukupnya

1 paket 150gm Perfect Italiano Perfect Bakes

Anchor Butter Unsalted

Cara membuat:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk besar kecuali Perfect Italiano Perfect Bakes lalu gaul sebati.

2.Sediakan loyang pembakar yang telah disapu dengan sedikit Anchor Butter Unsalted. Tuang campuran tadi ke dalam loyang.

3.Tabur separuh Perfect Italiano Perfect Bakes di atas adunan.

4.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit dahulu.

5.Keluarkan loyang lalu tabur separuh lagi Perfect Italiano Perfect Bakes dan bakar lagi pada suhu yang telah diturunkan kepada 180C selama 20-25 minit atau hingga bahagian atas keju keperang-perangan. Sejukkan sebentar lalu potong.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

TACO NASI GORENG PETAI CHEESE

Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk

½ cawan petai

IKLAN

1 sudu makan ikan bilis – cuci bersih & tumbuk kasar

10 biji cili padi – tumbuk halus

3 ulas bawang merah – tumbuk halus

2 ulas bawang putih – tumbuk halus

Garam & lada sulah secukupnya

Bahan-bahan B :

4-5 keping Taco

1 paket 150gm Perfect Italiano Mexican Style

Tomato | dicincang halus

Daun salad

Cara membuat:

1.Panaskan satu sudu makan minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus bersama ikan bilis hingga wangi.

2.Masukkan petai dan nasi sejuk lalu gaul sebati.

3.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.

4.Ambil sekeping Taco dan bakar seketika.

5.Kemudian, sudukan Nasi Goreng Petai Tempoyak yang masih panas ke dalam Taco secukupnya. Tambahkan juga tomato dan daun salad.

6.Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style di atas nasi secukupnya. Biarkan keju mencair seketika.

7.Siap untuk dihidangkan.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

BERGEDIL AYAM CHEESE

Bahan-bahan:

4 -5 biji ubi kentang (size besar) – kupas, hiris, goreng & tumbuk lumat

150gram ayam kisar – goreng hingga perang

1 paket 250gm Perfect Italiano Mozzarella

1 batang daun bawang – cincang halus

3 sudu makan bawang goreng

1 sudu teh lada sulah

Garam secukupnya

Bahan-bahan B:

2 biji telur

Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuat:

1.Satukan semua bahan A kecuali Keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.

2.Ambil sedikit adunan ubi kentang lalu bentukkan bulat. Tekan pada bahagian tengah dan masukkan Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit.

3.Di dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu bancuh sebati.

4.Panaskan minyak di dalam kuali, celup bergedil ke dalam bancuhan telur lalu goreng hingga perang di kedua-dua bahagian. Hidangkan panas.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

PEK NGA CHEESE

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

IKLAN

2 cawan kelapa parut

150gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza

½ cawan air

½ sudu teh garam

Cara memasak:

1.Gabungkan kelapa parut, tepung gandum, separuh keju Perfect Italiano Perfect Pizza, garam dan air.

2.Gaul hingga sebati.

3.Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.

4.Sendukkan adunan ke dalam kuali dan ratakan ke seluruh kuali.

5.Tunggu sehingga adunan separuh masak dan taburkan lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di atasnya.

6.Biarkan sehingga keju mencair.

7.Siap! Sedia dihidang dengan kuah sambal, kuah gulai atau susu pekat.

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

LOMPAT TIKAM CHEESE

Bahan-bahan:

Untuk Pulut Merah:

500g beras pulut

100 ml santan cair

Sedikit pewarna merah

Air

Cara membuat:

1.Basuh beras pulut dan rendam dengan sedikit pewarna merah selama 15 minit.Toskan beras pulut.

2.Masukkan beras pulut dalam acuan bersama santan cair.

3.Kukus sehingga masak.

Gula nisan:

7 keping gula nisan

500 ml air

Cara membuat:

1.Larutkan nisan dalam air di atas api perlahan sehingga sedikit pekat.

Kepala santan:

250 ml santan pekat

2 sudu tepung beras

100 gm Keju Perfect Italiano Parmesan

Cara membuat:

1.Kacau sebati di atas api perlahan sehingga mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.

Untuk warna hijau:

1 cawan tepung beras

1/3 air pandan

1/3 pewarna hijau pekat

IKLAN

2/3 air biasa

Sedikit air kapur

Cara membuat:

1.Masukkan semua bahan sekaligus dalam periuk.

2.Kacau di atas api perlahan sehingga berkilat lalu sejukkan dan tunggu hijau warna daun mengeras.

Cara hidangan:

Hidangkan pulut bersama hijau warna daun lalu curahkan kepala santan dan siramkan air nisan sebagai pemanis serta taburkan Keju Perfect Italiano Parmesan sebagai penambah rasa (additional seasoning).

 

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

BEBOLA TARO DENGAN CHEESE TARIK KAW KAW

Bahan-bahan:

300gm keledek kukus – 300gm

150gm tepung kanji

150gm air panas

200gm butter – 200gm

2gm serbuk pati ayam

1gm serbuk 5 rempah – 1gm

2gm baking soda

4gm gula

 

BAHAN-BAHAN BEBOLA CHEESE:

200gm Keju Perfect Italiano Mozzarella 

1 biji bawang besar | dipotong dadu

1 batang cili merah | hiris halus

Serbuk lada putih secukupnya

Cara memasak:

1.Untuk penyediaan doh; potong dan stimkan ubi keledek sehingga lembut.

2.Masukkan tepung kanji dan air panas. Gaul sehingga menjadi doh.

3.Di dalam mangkuk, lenyekkan ubi keledek. Tambahkan mentega, serbuk pati ayam, baking soda, gula dan serbuk 5 rempah. Masukkan adunan tepung kanji tadi ke dalam mangkuk. Gaul sebati hingga menjadi doh. Biarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

4.Untuk penyediaan cheese filling; masukkan keju Perfect Italiano Mozzarella di dalam mangkuk.

5.Masukkan bawang merah, cili merah dan serbuk lada putih. Gaulkan hingga sebati dan bentukkan bulat.

6.Untuk menyediakan bebola; ambil sedikit doh lalu bentukkan bulat. Tekan pada bahagian tengah dan masukkan kiub keju. Bentukkan bulat.

7.Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bebola sehingga keperangan dan berbentuk seakan honeycomb. Keju akan mencair di dalam. Hidangkan panas.

 

 

8 Sajian Tradisi Dengan Sentuhan Keju Terbaik. Sedap Dan Mesti Cuba!

KESARI CHESSE

Bahan-bahan:

3-4 sudu makan minyak sapi

5 sudu makan kacang gajus

250gm tepung suji

750ml air

Sedikit garam

250gm gula pasir

5 sudu makan susu pekat manis

Sedikit pewarna oren/kuning

5 biji buah pelaga

12 keping Keju Cheddar Chesdale

Cara memasak:

1.Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu makan minyak sapi. Kemudian goreng kacang gajus hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2.Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan 1 sudu makan lagi minyak sapi dan masukkan tepung suji. Pastikan masak guna api perlahan.

3.Masak sekejap tepung tadi kemudian angkat dan ketepikan.

4.Dalam periuk bersesuaian, masukkan air dan  garam. Tunggu sehingga air mendidih.

5.Masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.

6.Masukkan susu pekat manis & sedikit pewarna oren.

7.Kemudian masukkan buah pelaga yang sudah ditumbuk halus.

8.Dengan api perlahan, masukkan tepung suji. Kacau selalu supaya tepung tidak berketul dan masak sehingga pekat.

9.Kemudian masukkan kacang gajus dan tambah 1 sudu makan minyak sapi. Gaul rata.

10.Adunan Kesari siap. Masukkan setengah adunan ke dalam loyang. Susunkan Keju Cheddar Chesdale pada bahagian atas adunan dan masukkan setengah lagi adunan ke dalam loyang.

11.Kesari Cheese sedia untuk dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI