Bila sebut je ikan patin, mesti terbayang ikan patin masak tempoyak. Sebenarnya, banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba.

Masakan-masakan ini juga ternyata sedap dan wajb anda cuba. Jadi, kami kongsikan 3 menu yang boleh anda masak di rumah. Selamat mencuba!

 

IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI

3 Resipi Masak Ikan Patin, Cara Mudah & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan patin | cuci bersih & toskan
Sedikit serbuk kunyit – beli online di sini
Sedikit garam halus
2 sudu makan tepung gandum – beli online di sini
2 sudu makan air asam jawa – beli online di sini
1 sudu makan sos tiram – beli online di sini
Garam & gula secukup rasa
3 batang serai | hiris halus – beli online di sini
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
10 biji cili padi – beli online di sini
2 biji cili merah

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap

CARA MASAK:

1. Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandum.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
5. Masukkan sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
7. Gaul rata dan tutup api. Sambal ikan patin sedia dihidangkan.

 

IKAN PATIN KUKUS

3 Resipi Masak Ikan Patin, Cara Mudah & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan patin (lebih kurang 300gm)
2 biji limau nipis
1 biji bawang Holland – beli online di sini
3cm halia | dikisar
3 biji bawang putih | dihiris
5 biji cili padi | dititik
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang | dihiris
1 tangkai daun ketumbar | dihiris
Garam & gula

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MASAK:

1. Bersihkan ikan dan masukkan dalam loyang.
2. Dalam bekas lain, bancuh sos tiram, air, garam, dan curahkan atas ikan.
3. Taburkan hirisan bawang dan halia. Kemudian perahkan limau. Kukus selama 15 minit.

 

KARI IKAN PATIN

3 Resipi Masak Ikan Patin, Cara Mudah & Sedap!

BAHAN -BAHAN:

1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya

TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari

BAHAN HIRIS:

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia muda

CARA MASAK:

1. Bersihkan ikan patin dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
3. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
5. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
6. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

5 Resipi, Petua & Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu & Lembut 

Buat Sendiri Shawarma Wrap Homemade, Lagi Puas & Isi Lebih Banyak

Memang Gebu Kek Nestum Viral Ni, Sesuai Untuk Minum Petang

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI