Anda pencinta tempura? Menu popular Jepun ini memang nampak senang disediakan tetapi kalau tidak kena gaya masak,usahkan ranggup, malah memerangkap minyak  dan tidak rangup seperti diharapkan.

Tapi kalau anda tahu cara menggorengnya gerenti tidak ada masalah dan akan selalu menyediakannya. Berikut RASA kongsikan enam cara menggoreng tempuran agar garing, rangup dan tidak berminyak.

6  Cara Goreng Tempura Rangup Kriuk-Keriukkk, Tak Menyesal Punya.

  1. Anda boleh gunakankan pelbagai jenis sayur, ikut cita rasa. Bagaimanapun pastikan cuci bersih sayur, kemudian tos dan pastikan ia kering sebelum dicelup dalam bancuhan adunan tepung.
  2. Gunakan kuali tembaga atau keluli, kerana ia boleh mengekalkan kepanasan yang sekata bagi membantu tempura garing sekata dan kekal rangup.
  3. Pastikan anda menggunakan sudik stainless steel semasa menggorang, tujuannya bagi mengelakkan aroma dan rasa tempura tidak melekat pada sudik. Masa yang sama, sudik stainless steel juga boleh digunakan untuk  memeriksa kepanasan minyak.
  4. Untuk memastikan minyak betul-betul panas, masukkan satu adunan ke dalam minyak. Jika segera timbul, bermakna minyak cukup panas. Maka teruslah menggoreng tempura hingga selesai.
  5. Bagi memastikan tempura cukup masak, anda boleh kenal pastu melalui bunyi percikkan minyak semasa menggoreng. Jika bunyi percikan perlahan dan tepung yang meliputi sayuran berubah kepada warna kuning keemasan, angkat tempura dari kuali.
  6. Pastikan anda menggunakan penapis semasa mengangkat bahan tempura. Kemudian toskan minyak sebelum sedia dihidangkan. Masa yang sama, penapis ini akan memastikan sisa tepung rempura berjaya dikeluarkan dari kuali dan tidak menganggu gorengan seterusnya.

Senang je kan, diharapkan dengan tip ini anda boleh menghasilkan sayur goreng tempura yang rangup berkeriuk setanding  menikmati tempura di restoran-restoran  mewah.

6  Cara Goreng Tempura Rangup Kriuk-Keriukkk, Tak Menyesal Punya.

Tempura  Sayur

Bahan Sayuran:

  • 60gm bunga kubis | potong dadu
  • 60gm lobak merah | potong  panjang
  • 60 gm kacang buncis | potong jadi dua
  • 3 batang daun bawang | hiris memanjang
  • 60gm kubis segar hiris memanjang

Bahan Adunan:

  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 100gm  tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung beras
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

 Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan
  3. Masukkan sayuran, seafood, isi ayam atau daging ke dalam adunan. Goreng hingga kekuningan.
  4. Tutup api, toskan minyak, kemudian hidang panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI