Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina , tentulah macam-macam sajian Cina memikat selera. Resipinya mudah dan ringkas, dan yang min perhatikan mereka amat menjaga kesegaran bahan ramuan dan tidak terlebih masak.
Kalau lauk sayuran masih hijau lagi warnanya dan kalau ikan atau makanan laut rupa dan rasa amat berjus sekali. Jom kita cuba 5 sajian ini seperti yang dikongsikan dari restoran Cina Muslim ,Restoran Haslinda Sim.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakapBahan untuk di kisar:
100 gm bawang putih
100 gm bawang besar
50 gm serai
100 gm lada merah
150 gm cili boh
5 keping asam keping
50 gm asam Jawa
50 gm air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan dibawah ikut citarasa(dipotong kasar dan digoreng):
Kacang panjang
Kacang bendi
Tomato
Bawang Besar
Lada Merah
CARA MEMASAK:
1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning 2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa 3.Campur sedikit air jika rasa agak kering. 4. Masukkan Ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi. 5. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
IKLAN
BAHAN-BAHAN :
100 gm bawang putih
100 gm lada merah
50 gm cili kering
50 gm serai
50 gm belacan
50 gm udang kering * Bahan di atas dikisar satu persatu
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
Cara Memasak:
1. Udang Galah yang sudah dicuci bersih dan dibuang usus di belakang, digoreng separuh masak 2. Pijarkan minyak masak. Bahan-bahan yang di kisar satu persatu ditumis hingga kuning 3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang digoreng 4. Masak hingga sebati dan naik minyak. 5. Siap untuk dihidangkan.
3. AYAM MASAK PORTUGIS
IKLAN
BAHAN-BAHAN :
300gm daging ayam | digoreng separuh masak
15gm lada hitam
50 gm majerin
100gm sos cili
1 sudu besar gula
3 sudu besar susu cair
CARA MEMASAK : 1. Panaskan majerin di dalam kuali. 2. Masukkan Lada hitam, sos cili, gula hingga wangi 3 .Masukkan ayam gaul hingga sebati 4. Masukkan susu cair, masak hingga agak sedikit kering 5. Siap untuk dihidangkan
4. PUMPKIN BEANCURD
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
2 batang tauhu jepun
¼ labu kuning
½ paket cendawan putih Shimeji
200gm brokoli
1 ulas bawang putih
Minyak untuk mengoreng
Sedikit stok ayam secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Tauhu sebatang dipotong empat. 2. Panaskan minyak goreng sehingga kuning Cara memasak sos : 3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak 4. Setelah labu masak, korek isinyanya menggunakan sudu dan buang kulitnya Isi labu dikisar halus. 5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kuning 6. Masukkan labu yang dikisar tadi kacau mengikut suka pekat atau cair. 7. Sambil dikacau masukkan garam dan stok ayam cukup rasa. Cara menyediakan brokoli : 8. Rebus brocoli dengan sedikit minyak. 9. Setelah direbus, susun ditepi pinggan 10. Letakkan tahu ditengah pinggan kemudian 11. Siramkan dengan sos labu tadi. 12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHAN :
300gm sayur kailan
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
1 sudu makan sos tiram
CARA MEMASAKNYA:
1. Daun sayur kailan dihiris halus 2. Kemudian digoreng dalam minyak penuh dan ditoskan agar nampak garing. 3. Tumiskan bawang putih dan kemudian gorengkan batang kailan. Masukkan garam usah terlalu banyak diikuti sos tiram *sos tiram juga memberi rasa masin 4. Kemudian taburkan daun sayur kalian yang digoreng garing tadi, ke atas batang sayur kailan. 5. Siap untuk dihidangkan
Resipi : Bohari Rahmat, Restoran Haslinda Sim,Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, Bandar Baru Bangi, Selangor
Aktif berkongsi masakan di media sosial menjadikan Puan Lina Saidin Thomas atau lebih dikenali sebagai Lina Thomas tidak asing lagi di kalangan pengumpul resipi-resipi masakan.
Sentiasa memuat naik pelbagai resipi mudah dan enak disamping gambar-gambar masakan yang cantik menjadi ramai yang tertarik untuk mendekati wanita manis ini.
Bagi yang baru mengenali, Puan Lina Thomas merupakan salah seorang Instafamous Malaysia popular yang menetap di Atlanta, Georgia Amerika Syarikat.
Beliau sememangnya well-known dikalangan pelayar laman sosial dan merupakan pengasas grup masakan Sejuta Rasa Official by Lina Thomas. Tidak lokek ilmu yang dimiliki malah mudah mesra, menjadikan wanita kelahiran Pulau Pinang ini begitu disenangi ramai.
15 tahun di negara orang lebih-lebih lagi di kejiranan yang tidak mempunyai ramai orang Malaysia pastinya membuahkan rasa rindu pada keluarga di tanah air. Oleh yang demikian beliau gemar memasak sajian Malaysia dan memuat naik di laman sosial.
Dari situ wujudnya perbualan serta pertanyaan dari para followers. Ibarat bersembang dengan sahabat-sahabat. Ilmu yang ada dikongsi bersama dan bila mereka cuba dan menjadi, ia memberi satu kepuasan.
“Kak Lina melepaskan rindu pada tanah air menerusi masakan Malaysia. Memang setiap hari Kak Lina rindu, dalam seminggu tu 3 hingga 4 hari masak masakan Malaysia.
Orang Malaysia tak ramai dekat Atlanta ni. Jadi dengan adanya media sosial dan kebanyakan followers Kak Lina dari tanah air, so lepas juga rasa rindu ni especially tahun ni memang plan nak balik Malaysia lagi. Tapi disebabkan pandemik Covid 19 yang sedang melanda, perancangan untuk pulang jumpa keluarga Kak Lina terpaksa tangguhkan dahulu,”ujar suri hati kepada Phil Thomas ini.
Tatkala ditanya mengenai sajian kegemaran, hidangan Rendang Daging, Nasi Lemak dan sate adalah antara sajian Malaysia kegemaran beliau dan keluarga. Anak serta suami memang suka sangat.
Malah menurut ibu kepada Shermaine Thomas lagi, untuk rasa lebih dekat dengan tanah air, beliau juga selalu buat ‘makan-makan’ dengan menjemput kenalan-kenalan dari Malaysia yang datang untuk bekerja, berkahwin dan juga para pelajar. Memang seronok.
Minat pada sajian tradisi, tapi jangan tak tahu, Puan Lina Thomas ni pun handal dalam memasak masakan barat dan manisan moden tau. Malah sangat kreatif orangnya.
Tengoklah resipi-resipi yang beliau kongsikan ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega – suhu bilik
150gm gula
2 sudu makan sour cream / yogurt
3 biji telur gred A – dipukul perlahan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan jus lemon
Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon
210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.
Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.
Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.
Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.
Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.
Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.
Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.
Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.
Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
HOMEMADE MERDEKA PIE
BAHAN PASTRI:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 cawan mentega sejuk dan potong dadu
1/4-1/2 cawan air ais
BAHAN INTI:
4 cawan strawberi – dicuci, dikupas dan dihiris nipis
2 cawan blackberry – dibasuh
1/2 cawan gula
5 sudu makan tepung jagung
3 sudu teh jus lemon
3/4 sudu teh garam
1 biji telur gred C
1 sudu makan heavy whipping cream
CARA MEMASAK:
Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata.
Masukkan mentega sejuk. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
Bulatkan doh dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
Panaskan ketuhar hingga 180C. Sediakan acuan sesuai (saiz 6”).
Dalam mangkuk kecil, satukan blackberry, 1/4 cawan gula, 2 sudu makan tepung jagung, 1 sudu teh jus lemon dan 1/4 sudu teh garam. Ketepikan.
Dalam mangkuk besar, satukan strawberry, 1/4 cawan gula, 3 sudu makan tepung jagung, 2 sudu teh jus lemon dan 1/2 sudu teh garam. Ketepikan.
Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 bahagian doh dalam peti sejuk.
Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garpu.
Bahagikan pai kepada dua bahagian. Sudukan inti blackberry di bahagian kecil manakala inti strawberi di bahagian pai yang lebih besar.
Ambil doh pastry kedua yang disimpan tadi. Potong doh bagi membentuk jalur, bulan dan bintang menggunakan pisau atau acuan biskut. Susun pastry diatas pai.
Pukul whipping cream dan telur hingga sebati. Sapukan ke atas doh pai (keliling pai, jalur, bulan dan bintang). Taburkan dengan gula jika mahu.
Bakar pai selama 40-45minit atau sehingga warna keemasan. Masukkan ke dalam ketuhar di rak paling bawah dan bakar guna api bawah sahaja hingga pai kelihatan perang keemasan.
10 minit sebelum tamat tempoh membakar, bakar pai guna api atas dan bawah supaya permukaan pai perang.
Bila sudah masak sepenuhnya, keluarkan dan biar pai sejuk. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.
Seri Murni menyajikan resipi istimewa di bulan ramadan iaitu Udang Kalio. Sesuai di masak untuk hidangan berbuka yang lazat dan enak seisi keluarga. Pasti berselera menjamah sajian udang segar dan berlemak. Salah satu menu berbuka paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.
RESIPI UDANG KALIO
BAHAN PES DIKISAR
3 biji bawang merah
6 biji bawang putih
8 biji cili merah
5 biji cili padi
2 batang serai
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
250ml air
BAHAN-BAHAN:
500ml santan
1 kg udang sederhana besar
1 sudu besar serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
1 biji mangga hijau | potong dadu kecil
1 helai daun kunyit | dihiris halus
2 tangkai daun ketumbar | dihiris untuk hiasan
Garam & gula secukup rasa
3 sudu Minyak Masak Seri Murni secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dan tumis dengan Minyak Masak Seri Murni sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit, asam gelugur, daun kunyit, udang, santan. Kacau dan biarkan mendidih sehingga udang masak.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, mangga. Masak lagi sampai kuah pekat. Hiaskan dengan daun kunyit. Siap.
Selamat mencuba.
DISERTAKAN VIDEO CARA-CARA MEMASAK RESIPI UDANG KALIO:
Bawang goreng memang enak dijadikan penambah rasa dan penyedap dalam hidangan. Rasa manisnya hmmmm..memukau deria. Wangi pulak tu. Namun ada kalanya bawang goreng homemade ini tidak seperti yang dibeli. Cepat lembik dan tidak rangup. Ha..Jom cuba resipi perkongsian Puan Nooriah Abdullah di bawah ini. Pasti bawang goreng anda lebih enak dan sedap!
CARA MEMASAK: 1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula. 2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih. 3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita. 4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak . 5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan. 6. Gorenglah sehingga habis .
SEDIKIT TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.