![Untitled design (17)](https://cdn.rasa.my/2019/04/untitled-design-17-06_18_870142.jpg)
Teringin nak makan tapai, menyebutnya pun dah kecur air liur. Resipi tapai yang min kongsikan ni adalah tapai beras pulut. Nak buat tapai, beras pulut kenalah mengalami proses penapaian. Cuba resepi tapai pulut yang mudah dan ringkas ini.
TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut
- Ragi
- Daun pisang (boleh gantikan dengan daun getah)
- Plastic Wrap
- Lidi
CARA MEMASAK:
1. Cuci beras pulut hingga bersih. Rendam sebentar.
2. Masukkan pulut dalam kukusan (bekas pengukus).
3. Selepas dikukus masukkan dalam bekas/besen tuk diuli.
4. Lepas tu masukkan dalam kukusan sekali lagi.
5. Kukus untuk kedua kali.
6. Sepas tu angkat dan letakkan di dalam bekas/talam biarkan pulut sejuk.
7. Selepas setengah atau 1 jam (pastikan pulut betul-betul sejuk) masukkan ragi. Ragi kena tapis atau dan tabur di semua permukaan pulut.
8. Selepas itu terbalikkan pulut untuk tabur ragi di bahagian yang belum ditabur lagi.
9. Daun pisang mestilah dilap terlebih dahulu dengan kain bersih.
10. Ambik sudu dan letak atas daun terpulang letak berapa banyak.
11. Selepas itu bungkus tapai tu dan sematkan dengan lidi.
12. Gunting bahagian hujung tapai untuk lebih rapi.
13. Daun getah juga boleh dipakai.
14. Akhir sekali masukkan tapai ke dalam bekas/besen besar dan tutupkan dengan lebihan2 daun pisang sebelum diikat dengan kain sarung/selimut/pelikat/
KREDIT GAMBAR & RESIPI: Redzuan Abd Manaf
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengat Bebola Durian Manis Berlemak
![Pengat Bebola Durian Manis Berlemak](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/07/Untitled-design-2019-07-15T120830.093.jpg)
Bila tiba musim durian, dah macam pesta sana sana jualan durian dengan harga runtuh. Selain dimakan begitu sahaja , lebihan durian yang korang dah muak nak makan boleh jer buat pengat. Sekali ngap pasti nak lagi. Ni min kongsi cara buat pengat bebola durian yang sedap tak terkata.
PENGAT BEBOLA DURIAN
Bahan-bahan:
Durian 7-8 ulas
Buang biji dan lenyek-lenyekkan isi durian.
Gaulkan isi durian tadi dengan tepung pulut. Jangan tambah air.Nanti tak rasa manis durian.Tepung pulut, bukan tepung gandum atau tepung beras.
Isi durian dan tepung pulut tadi gaul sampai jadi doh macam ni. Asal tak lekat dekat tangan tu maknanya dah jadi la tu.
Dah siap, bentukkan bulat-bulat kecil macam ni.
Dah siap. Dapat banyak ni untuk doh tadi.
Didihkan air, kemudian masukkan bebola durian tadi ,pastikan air betul-betul panas dan menggelegak.
Dah siap, nak tahu tepung tu dah betul-betul masak, masa ia dalam air yang mnggelegak tadi, ia timbul atas permukaan air semasa itu dah boleh angkat.
Sekarang buat kuahnya. Masukkan santan dalam periuk. Kalau pakai santan kotak, letak separuh je. Tambah air sikit jangan bagi pekat sangat. Letak dua helai daun pandan nak kasi kuah tu wangi. Gunakan api perlahan. Jangan bagi santan mnggelegak.
Kemudian, masukkan 2 ulas durian untuk perasa yang sangat kuat dalam kuah tu nak guna lebih pun boleh. Tak ada masalah tapi nanti kuah tu akan jadi sangat pekat.
Masukkan gula merah.Nak letak gula Melaka pun boleh.
Akhir skali, masukkan bebola durian yang kita dah masak awal tadi.Gaul rata, bagi mendidih sekejap.
lh hidang.. Makan panas2 xsedapp masuk dlm peti ais, mkn sejuk2 baru umphhh slmt mencuba!
Kredit: Aneka Resipi Kuih Muih
4 Kuih Warisan Zaman. Rugi Kalau Tak Warisi, Sedapnya…
![4 Kuih Warisan Zaman. Rugi Kalau Tak Warisi, Sedapnya…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-60-7.jpg)
Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya.
Jadi adik-adik dan generasi baru semua, ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Jom kita warisi resipi dan biar ia terus dapat dinikmati
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
- 150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
- 200gm gula merah
- 200gm gula pasir
- 150ml air
BAHAN SALUT:
- ½ biji kelapa parut
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 50 minit
Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 250 gm tepung gandum
- 100gm tepung beras
- 200ml air
- 200gm gula merah
- 50ml gula pasir
- 200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
6. Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:45 minit
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan goreng
Anggaran kos: RM10
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
- 200gm gula merah
- 50gm gula pasir
- 500ml santan
- 200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
5. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM12
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1/2 keping manisan
- 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
- Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
- Kelapa parut secukupnya
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
7. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Rebus dan kukus
Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
- 1 cawan beras pulut |bersihkan
- Air secukupnya
- Pewarna merah secukupnya
- 30ml minyak masak
- 5gm garam halus
- 80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
- 11/2 cawan tepung beras
- 4 cawan air pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
- 80gm tepung beras
- 500ml santan pekat
- 5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
- 200gm gula merah
- 100gm gula pasir
- 200ml air
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
4 .Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
8. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak:1 jam
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah
Jenis masakan : Kuih muih tradisional
Cara memasak : Tanak dan kukus
Anggaran kos: RM14
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Mini Makaroni Bakar. Bubuh Dalam Cawan Lebih Memudahkan
![Mini Makaroni Bakar. Bubuh Dalam Cawan Lebih Memudahkan](https://cdn.rasa.my/2023/05/4-84.jpg)
Mini makaroni bakar ini diletakkan di dalam cawan. Jadi, lebih mudah bila nak dihidangkan untuk sebarang jamuan. Apatah lagi di hari-hari akhir Syawal ni. Tentu banyak majlis pejabat dan rumah terbuka.
Selain itu, ia juga comel kan? Boleh ikut resioi yang dikongsikan oleh puan Nuralia Idayu ini ye. Resipi ini untuk 55-60 cup ye. Selamat mencuba.
Mini Makaroni Bakar
Bahan-bahan:
400gram makaroni – boleh beli online di sini
1 tin sos Prego (Traditional)
1 tin sos Prego ( Cendawan)
3-4 ketul cendawan butang (potong dadu) – boleh beli online di sini
Ayam cincang jenama Ramly (nak guna daging cincang pun boleh)
Sosej (Optional. Potong dadu)
1 labu bawang besar (cincang)
Serbuk oregano/parsli (tak ada pun tak apa)
4-5 biji telur
Kepingan keju cheddar – boleh beli online di sini
Keju mozarella ( untuk topping ) – boleh beli online di sini
Air
2-3 sudu teh minyak masak – boleh beli online di sini
1 sudu teh garam – boleh beli online di sini
Cup /cawan kertas saiz kecil
Cara Memasak:
Rebus makaroni sampai lembut. Boleh letak garam dan minyak untuk elakkan melekat nanti bila masak. Dah lembut, toskan.
Tumiskan bawang sampai naik bau. Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej dan cendawan. Tuangkan sos Prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam gula secukup rasa.
Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api. Tuang macaroni ke dalam bekas asing sebab nak gaul dengan telur. Pecahkan telur dan gaul sebati dengan makaroni.
Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dalam cup kecil.
Letak kepingan keju cheddar dan mozarella di bahagian atasnya. Kemudian, tabur sikit serbuk parsli.
Bakar suhu 170C 30 minit. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Roti Bakar Ala Kopitiam, Mudah Sangat Nak Buat Sendiri Di Rumah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official