Kuih muih Melayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.
Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan dua lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.
1. Campurkan kesemua bahan. Kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dengan sedikit mentega. 2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas. 3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar. Saiz hidangan: 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Keistimewaan: Rasa lemak santan dan ubi yang sedap Cara memasak: Bakar
KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 2 cawan kacang hijau yang telah direbus (simpan sedikit untuk hiasan) – beli online di sini 1 cawan gula pasir – beli online di sini 1 cawan santan pekat 2 cawan air 2 sudu makan minyak sapi – beli online di sini 3 biji telur Secubit garam Beberapa titik pewarna hijau
1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja. 2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata. 4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata. 5. Panaskan loyang dalam ketuhar sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi. 6. Taburkan sedikit kacang hijau yang telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak Saiz hidangan: 6-8 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Keistimewaan: Rasa kacang hijau yang sedap Cara memasak: Bakar
APOM BETAWI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur 1 ¼ cawan gula 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh ovalette Sedikit esen vanila Pewarna kuning dan pink secukupnya
1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang 2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan. 4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.
Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci. Saiz hidangan: 6-8 orang Cara memasak: Kukus
LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang masak ranum Tepung gandum secukupnya Gula secukup rasa Secubit garam Jem strawberi secukupnya Hirisan pisang secukupnya Sedikit minyak sayur
1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya. 2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya. 3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur 250gm tepung gandum 300gm gula 2 sudu teh ovallate 1 sudu teh baking powder 250ml santan Pewarna pink secukupnya 2 sudu teh kordial air sirap Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi) Kacang merah secukupnya
1. Panaskan kukusan. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. 2. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 3. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 4. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 5. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kuih Talam tradisional adalah antara pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua mahupun muda. Rasanya yang manis, lemak dan pelbagai perisa, memang tak jemu. Anda suka makan kuih ni? Jom cuba buat. Pasti puas hati dan menambat selera.
KOLEKSI RESIPI KUIH TALAM TRADISIONAL MUDAH & SEDAP
1. TALAM LAPIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
INFO CHEF: Kuih Talam Lapis yang cantik masaknya, boleh dimakan selapis demi selapis.
2. TALAM LAPIS SAGU
BAHAN SAGU:
1 1/2 cawan sagu
2 cawan air
1 cawan air
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh perisa pandan
CARA MEMASAK:
Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
Apabila naik wap, tutup api.
Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.
INFO CHEF: Jika anda mahukan warna pada sagu boleh tambahkan, ikut cita rasa.
3. TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras
200gm keladi
100gm udang kering
2 sudu teh garam
1000ml air
500ml santan
BAHAN INTI DAN HIASAN:
200 gm daging kisar
2 biji kentang | dadu kecil
1 labu bawang besar | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1 paket rempah kari daging
2 biji cili merah
1/2 batang lobak merah | diparut
Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
2 sudu makan minyak
Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
Sekiranya terdapat minyak, toskan.
Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
INFO CHEF:Untuk menyediakan bahan inti di atas boleh siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk.
4. TALAM SUJI
BAHANLAPISAN BAWAH:
110gm tepung suji
110gm gula pasir
200ml santan pekat
800ml air
1sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
3 biji telur
220 gm gula merah
1/2 sudu teh garam
200ml santan pekat
55gm tepung jagung
55gm tepung gandum
500ml air
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
Kukus selama 25 minit.
INFO CHEF: Campurkan tepung suji dengan air dan biarkan kembang lebih kurang 10 minit, sebelum dimasukkan dalam periuk bersama bahan lain. Tujuannya untuk mendapata suji yang lembut.
5. TOK AJI SERBAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
2 cawan beras pulut – direndam 1-2 jam
2 1/4 cawan santan cair
Secubit garam
LAPISAN ATAS:
6 biji telur ayam gred A
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
3 sudu makan gula perang (*)
1/2 cawan air (*)
1 helai daun pandan – simpul (*)
1/2 cawan gula (*)
(bahan bertanda (*) perlu dimasak terlebih dahulu, tapis dan dibiarkan pada suhu bilik.)
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lapisan bawah, didihkan kukusan, cuci beras pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dialas dengan dengan plastik di bawahnya.
Masukkan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus selama 20 minit. Keluarkan pulut sekejap. 3. Kacau dan tambah baki santan. Kukus kembali selama 20 minit. Kemudian padatkan pulut dan cakar dengan garpu. Kukus lagi selama 10-15 minit.
Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kisar sebati.
Panaskan kembali loyang berisi pulut selama 10 minit kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis.
Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
6. TALAM SRI DELIMA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 sudu kecil garam
Pewarna merah, kuning dan coklat, putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna coklat dan kukus selama lima minit lagi.
Kemudian ulang sekali lagi lapisan.
INFO CHEF:Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedap sungguh masakan Kelantan, selain Nasi Kerabu dan Nasi Dagang banyak lagi masakan yang menjadi kegemaran ramai masyarakat Cik Siti Wan Kembang ini yang enak dan menguja rasa. Walau berbeza menu namun soal rasa memang terbaik. Untuk itu, Rasa bawakan 10 jenis masakan masyarakat Kelantan yang tidak menghampakan bila anda cuba.
GULAI IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
1000ml santan
2 keping asam gelugor
5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
1 /2 batang timun | hiris bulat
8 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas | hiris nipis
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
RENDANG LIMPA
BAHAN-BAHAN
1kg limpa | potong kiub bersihkan dan tos
750ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam Jawa
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3cm lengkuas
3cm halia
5 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau, masukkan pula pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan limpa bersama air asam Jawa, kacau hingga limpa kecut.
Setelah air kering masukkan santan, biarkan terus mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
Masukkan pula kerisik, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau rendang hingga timbul minyak.
Setelah cukup masak, tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
.
LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan tamban | bersihkan
5 biji limau nipis | ambil jusnya
6-7 biji cili padi | hiris halus
Sedikit hirisan daun kesum
Sedikit hirisan daun selom
Sedikit hirisan daun ulam rasa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan..
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
DAGING GULAI KAWAH DENGAN UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
1kg tulang
1 kg santan
2 biji ubi stelo | buang kulit dan potong dadu besar
8 ulas bawang merah | hiris
Gula kerek/gula Melaka secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu air asam Jawa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN NTUK TUMISAN:
12 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | hiris
4cm halia | hiris
4 sudu makan Rempah Gulai Kawah
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
Tutup api dan ketepikan seketika.
Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air.
Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo, rempah gulai yang sudah ditumis.
Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris.
Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh.
Perasakan dengan gula Melaka, air asam Jawa , gula dan garam secukup rasa.
Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.
Anak susah nak makan sayur, hah idea ni boleh bantu korang. Buat menu ni pasti mereka akan suka. Sayur jadi kudapan anak-anak.Kerepek terung ni memang sedap kerana rasanya yang rangup. Sekejap je habis.
Resipi donut kampung lembut dan gebu tanpa telur. Donut nostalgia zaman kecil dengan doh ringan, sesuai untuk digoreng atau dibuat frozen. Cara lengkap menggunakan kata kunci donut kampung untuk hasil terbaik.