Sesekali pekena pecal memang sedap. Sebab kaya dengan rasa kuah kacang  yang lemak pedas digaul dengan pelbagai jenis sayur dan isian, hemm… Memang terangkat. Cuba korang bayangkan bila kuah pecal selain digaul dengan sayur-sayuran, rupanya pecal sedap juga bila ditambah telur, mi dan ayam. Kalau korang lebih kreatif boleh je tambah dengan isian lain, ikut selera korang.

Ini 5 Menu Olahan Pecal Yang Sangat Sedap.

KUAH PECAL:

BAHAN KUAH KACANG:

  • 200gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
  • 4 sudu besar gula perang atau pasir
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 6 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih |dihiris
  • 3 biji bawang merah |dihiris
  • 1cm halia | dihiris
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air panas secukupnya |untuk membancuh sambal kacang
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
  3. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
  4. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati, tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
  5. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
  6. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
  7. Sedia hidangkan dengan bahan isian ikut cita rasa.

Ini 5 Menu Olahan Pecal Yang Sangat Sedap.

PECAL SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN SAYURAN:

  • 5 batang kacang panjang | dicelur dan potong 3cm
  • 5 pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
  • 50gm timun |dihiris memanjang
  • 50gm lobak merah |dihiris memanjang
  • 50gm sengkuang |dihiris memanjang
  • 500ml kuah pecal.

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan sayuran yang dicelur dan dihiris halus di dalam pinggan hidangan.
  2.  Kemudian tuangkan kuah pecah di atasnya dan gaul rata.
  3. Pecal sedia dihidangkan.  Atau boleh saja dihidangkan secara berasingan.

Ini 5 Menu Olahan Pecal Yang Sangat Sedap.

PECAL MI CAMPUR SAYUR 

BAHAN-BAHAN

  • 200gm mi kuning | dicelur
  • 50gm tempe | dihiris dan goreng
  • 50gm tauhu | digoreng dan hiris nipis
  • 1 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
  • 1 biji kentang | digoreng dan dihiris nipis
  • Sedikit tauge | dicelur
  • Sedikit kangkung | dicelur dan potong 3cm
  • 500ml kuah pecal.

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
  2. Hidangkan bersama kuah kacang.
  3. Gaul sekali dengan kuah baru hidang pun boleh.

Ini 5 Menu Olahan Pecal Yang Sangat Sedap.

PECAL AYAM  GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm dada ayam goreng | dihiris nipis
  • 50gm lobak merah | diparut halus
  • 50gm sengkuang | diparut halus
  • 300ml kuah pecal.

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan hirisan sayuran dan isi dadaa yang yang telah digoreng dalam pinggan.
  2. Kemudian hidangkan dengan kuah pecal.
  3.  Jika ingin terus makan boleh saja tuangkan kuah atas bahan hirisan dan gaul rata.

 Ini 5 Menu Olahan Pecal Yang Sangat Sedap.

PECAL NANGKA MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
  • 2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
  • Sedikit hirisan timun
  • 300ml kuah pecal

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan campuran nangka muda dalam mangkuk.
  2. Kemudian tuangkan kuah kacang di atasnya dan hidangkan.

Ini 5 Menu Olahan Pecal Yang Sangat Sedap.

PECAL TELUR KENTANG GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
  • 2 bji kentang rebus | digoreng dan belah empat
  • 50gm lobak merah | diparut kasar
  • 50gm timun | diparut kasar
  • 300ml kuah pecal

CARA MEMASAK:

  1.  Campurkan semua bahan isian dalam pinggan.
  2.  Kemudian hidangkan bersama kuah pecal.

PECAL TAUHU TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tiup tauhu Jepun | dihiris bulat
  • 1 biji telur
  • 50gm lobak merah | diparut halus
  • 50gm sengkuang | diparut halus

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak, goreng tauhu yang telah dicelup telur hingga kuning keperangan
  2.  Hiris dan susun dalam piring bersama parutan lobak merah dan sengkuang.
  3. Hidangkan bersama kuah pecal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI