Korang nak bakar ikan guna kuali, tak ada masalah boleh je. Jangan takut ikan akan hangus atau lekat dan tak sedap macam bakar guna pemanggang. Ikut je petua yang RASA nak kongsikan ini. Ia mudah dan paling penting ianya lebih sihat kerana rendah kalori jika dibandingkan dengan ikan yang digoreng.
Guna Kuali Non Stick
Sekarang ramai yang mempunyai kuali non stick atau kuali tak melekat, jadi manfaatkan kuali ini untuk memanggang ikan. Bila tidak melekat, ikan lebih mudah diterbalikkan dan kulit lembutnya juga tidak akan melekat pada permukaan kuali. Sebagai cadang sebaiknya, guna kuali lebih lebar dari ikan.
Sapukan Kuali Dengan Sediki Minyak
Sapukan sedikit minyak , mentega atau margarin pada permukaan kuali, ia akan memberikan hasil ikan panggang akan lebih cantik, berkilat dan tanpa ada kesan kulit terkopek. Anda juga boleh sapukan sedikit mentega pada ikan , selain sebagai penambah rasa, ia membantu melindungi kulit ikan dari terlalu kering atau hangus.
Ads
Guna Api Kecil
Pastikan anda guna api kecil kerana api besar tidak membantu ikan masak cepat atau sempurna, sebaliknya ikan akan cepat hangus sedangkan isi dalam masih mentah. Sebagai saranan, panaskan kuali dengan api sederhana, bila kuali sudah panas, kecilkan api dan mulakan proses memanggang ikan.
Tos Ikan Sebelum Dipanggang
Ads
Apapun bahan perencah yang anda gaulkan dengan ikan yang ingin dibakar, anda perlu toskan ikan sebelum sedia diletakkan dalam kuali, ini kerana ikan yang basah akan menyebabkan kalu lembab dan anda akan mengambil lebih masa uantuk memanggang.
Terbalikan Ikan Bila Bahagian Bawah Sudah Masak
Ads
Isi ikan adalah lembut ia mudah hancur jika kerap dibalik-balikkan. Oleh itu balikkan bila bahagian bawah sudah masak. Cara mudah untuk memastikan ia masak atau tidak, Angkat ikat menggunakan senduk. Jika belum masak letakkan semula dan bila masak terus terbalikkannya.
Sebagai saranan , semasa proses memanggang jangan tinggalkannya atau bersambil kerja lain yang jauh dari dapur, bimbang ikan akan hangus.
Senangkan, anda boleh gunakan ikan kegemaran anda, namun yang terbaik adalah menggunakan fillet ikan seperti salmon, tuna, siakap dan dori. Selamat mencuba!.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau makan mi goreng atau mi rebus, memang sedap kalau ada cili jeruk. Nak buat cili jeruk, biarlah masih ada rangupnya. Jangan sampai terlalu lembik. Nanti kurang sedapnya.
Melalui facebook Rafidah Zainul, ibu ini kongsi cara membuat cili jeruk yang sedap dan tidak lembik. Jom tengok.
CILI JERUK
BAHAN-BAHAN
5 tangkai cili besar hijau
4 tangkai cili padi
1 sudu besar gula pasir
Cuka
CARA MEMBUAT
1. Cili besar hijau dibasuh dan dihiris. Masukkan cili hijau besar dan cili padi ke dalam bekas kaca.
.
2. Masukkan gula pasir.
.
3. Masukkan cuka makan sampai tenggelam cili tadi.
.
4. Kacau dan biarkan selama 2 jam. Sedia dimakan.
PESANAN PENTING!
Jangan tambah air dalam rendaman cili jeruk. Ini akan menyebabkan cili jadi lembik dan rasanya tidak sedap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Daripada membazir makan di luar, eloklah kita perbanyakkan memasak sendiri di rumah. Selain mengikut citarasa kita sendiri, kebersihan juga terjamin. Cili kering kisar merupakan bahan yang harus sentiada ada di dalam peti ais kerana ia diperlukan dalam pelbagai jenis masakan seperti memasak sambal tumis, menggoreng mee dan sebagainya.
Jom kita lihat cara cara penyediaannya.
Cili yang telah digunting direndam dalam air seketika untuk basuh bersih.Masukkan dalam periuk, masuk air secukupnya dan tuangkan sedikit minyak.Rebus sehingga mendidih dan tutup api. Sejukkan. Buang air rebusan dan basuh lagi. Selepas itu toskan sehingga kering.
Masukkan cili tadi ke dalam blender dan tuang beberapa sudu minyak dan kisarlah seperti biasa.Buat sedikit demi sedikit supaya blender boleh bergerak. Tuang ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
Nampak tak cili kering kisar seperti tidak berwarna merah. Tapi jangan risau kerana ketika ditumis, warnanya merah cantik. Lihat gambar di bawah ini.
Bila kita kisar dengan minyak, kerja menumis menjadi lebih cepat kerana sambal lebih cepat garing. Masa menumis menjadi lebih pendek.
Jimat masa, jimat kos dan segalanya jimat jika disediakan sendiri. Selamat mencuba!
Anda penggemar telur, bayangkan poached egg dengan lelehan kuning telur separuh masak, kena pula dengan campuran kicap dan lada sulah. Dicicah pulak dengan roti bakar memang terangkat sedapnya. Tapi ramai mengeluh untuk menyediakan poached egg kerana kerap kali gagal hasil kejadiannya.
Jangan putus asa, berikut tip supaya percubaan anda menyediakan poached egg kali ini berjaya.
Paling selamat, gunakan telur segar atau yang baru.
Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Jangan terus pecah telur terus ke dalam periuk.
Panaskan air secukupnya dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan cuka makan.
Setelah mereneh kecil, kacau air sehingga membentuk pusaran kecil.
Masukkan telur perlahan dan sentuhkan tepi mangkuk hingga mencecah air rebusan.
Biarkan seketika sehingga putih telur menyeliputi kuning telur.
Masak telur ikut cita rasa anda, tekstur lembut (empat minit) setengah masak (lima minit) dank eras (lapan minit).
Angkat telur menggunakan penapis atau senduk berlubang.
Masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais.
Akhir sekali toskan sebelum sedia dihidangkan.
Dah baca ni, senang je kan membat poached egg? Apa yang penting anda tahu teknik yang betul untuk memasaknya dan hanya menggunakan telur yang segara. Pasti usaha anda menyediakan poached egg tidak akan kecewa lagi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!