Dalam aspek pemilihan produk makanan, umat Islam hari ini perlu semakin peka dengan kandungannya agar tidak termakan makanan yang haram iaitu babi.
Ini kerana boleh berlaku kekeliruan apabila sumber dari haiwan ini menggunakan perkataan lain. Agar tidak terbeli dan makan produk makanan mengandungi babi, penting untuk kita meneliti label kandungan yang digunakan pada bungkusan produk. Berikut adalah senarai perkataan yang sama makna dengan babi yang harus kita elakkan pengambilannya.
1. Pig
Seekor babi muda, berat kurang dari 50 kilogram.
2. Hog
Babi dewasa, berat melebihi 50 kilogram.
3. Boar
Babi liar/babi hutan
Ads
4. Pork
Daging babi dalam masakan. Ada pelbagai seperti pork belly (daging babi yang diambil dari bahagian perut )
5. Pig feet atau trotters
Kaki babi yang dimasak dan dihidangkan dalam pelbagai masakan China dan Barat.
6. Pig ears
Pig ears atau telinga babi juga merupakan hidangan yang popular dalam masakan China.
7. Pig skin
Pig skin atau kulit babi sering digunakan sebagai bahan asas dalam pelbagai produk makanan, termasuk kerepek dan chicharon.
8. Swine
Istilah untuk keseluruhan kumpulan spesies babi.
9. Lard
Lemak babi untuk membuat minyak masak dan sabun. Lard atau lemak babi adalah jenis lemak yang diambil dari bahagian perut atau punggung babi.
Lard biasanya digunakan dalam masakan untuk menambahkan rasa dan kelembutan pada makanan, terutama di masakan Barat dan China. Beberapa makanan dan produk yang mungkin mengandung lard antara lain roti, pastry, biskut, coklat, dan mentega.
Ads
10. Bacon
Daging haiwan yang dihiris terutama babi. Biasanya diambil dari bahagian perut atau punggung babi untuk digunakan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai hidangan.
11. Ham
Ham adalah potongan daging yang diambil dari paha babi. Potongan daging ini biasanya diolah dengan cara dipanggang atau direbus, kemudian dihiris nipis untuk disajikan sebagai hidangan atau bahan asas terutama masakan Barat.
12. Bakut
Bakut adalah sebutan untuk tulang rusuk babi. Umumnya diolah menjadi sup. Juga dikenali dengan nama bakut teh. Sajian ini popular di Singapura.
Ads
13. Gelatin
Gelatin adalah bahan yang digunakan dalam berbagai makanan, termasuk gula-gula, jeli, marshmallow, dan lain-lain. Gelatin dibuat dengan merebus tulang, kulit haiwan termasuk babi.
14. Porcine
Berasal dari babi, dan banyak digunakan dalam ubat-ubatan.
Agar santan segar tahan lama kita biasanya simpan di bahagian sejuk beku atau freezer. Tapi jadi masalah bila mahu menggunakan santan ini, kita perlu ambil masa yang lama untuk santan cair baru boleh digunakan.
Ramai tak tahu sebenarnya ada cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan santan dalam freezer agar tak beku dan boleh terus digunakan untuk memasak. Tip ini dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.
Tip simpan santan agar tidak beku dan senang guna
1. Sediakan kertas atau surat khabar kemudian basahkan. Balut santan dengan kertas surat khabar basah beberapa lapisan. Lagi banyak lagi bagus.
2. Kemudian simpan santan yang dibalut ini dalam peti ais macam biasa. Saya simpan dalam deep freezer.
3. Bila nak guna buka balutan surat khabar dan waktu ini kita akan perasan yang mengeras cuma kertas saja. Santan dalam tak mengeras.
Kunyit segar mudah menjadi kering dan busuk jika disimpan terlalu lama. Jadi bagi anda yang tercari-cari cara untuk menjadikan kunyit tahan lama, salah satunya ialah dengan menghasilkan kunyit serbuk. Dengan kaedah ini, anda juga tidak perlu lagi membeli serbuk kunyit bahkan rasanya juga lebih enak berbanding dengan yang dijual di pasaran. Anda hanya perlukan:
BAHAN-BAHAN:
Kunyit segar
Pengisar kering
CARA-CARA:
1. Kikis kulit kunyit hingga bersih dan hiris nipis.
2. Susun hirisan kunyit tadi di atas tampi dan jemur di bawah matahari hingga menjadi betul-betul kering.
Kredit gambar: Izz Julia ( http://daridapurbiasa.blogspot.my/2011/05/serbuk-kunyit-home-made.html)
3. Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus.
4. Simpan dalam bekas kedap udara dan guna bila diperlukan. Selamat mencuba!
Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
HALIA:
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Campuran Cuka Dan Tomato:
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Limau Nipis:
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...