Kebanyakan masakan Melayu menggunakan halia. Ini kerana ia memberikan rasa dan aroma yang wangi dan penyedap masakan. Ia juga mampu membantu menghilang bau dan rasa hanyir ikan atau ayam dalam masakan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.
Namun, tahukah anda bahawa peranan halia bukan sekadar itu sahaja bahkan halia adalah salah satu daripada makanan yang ada disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud; “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.
Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.
Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Ads
BUANG ANGIN DENGAN HALIA
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.
Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
JENAHAK MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
1/2 cawan minyak sayuran
1/4 cawan hirisan halia segar
2 biji bawang merah | cincang
1 biji cili merah | hiris
2 sudu makan kicap soya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian.
Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan.
Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.
Ads
ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE
BAHAN-BAHAN:
2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji lemon | buang kulit dan biji
1 inci halia segar | buang kulit
10 – 12 batang lobak merah
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat.
Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.
PINEAPPLE GINGER SMOOTHIE
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan buah nanas yang dipotong dadu
1 biji pisang
1/2 cawan Greek yogurt berperisa vanila
1 sudu makan halia segar yang disagat
1/2 cawan ais
1/2 cawan jus nanas atau air
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan di dalam pengisar makanan sehingga lumat.
Tuang ke dalam bekas minuman. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah serbuk kulit kayu manis untuk rasa yang berlainan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Mesti semua penah makan nasi kat hotelkan, mesti pelik kenapa nasi hotel berderai, tapi rasa macam lemak-lemak, moist macam campur beras pulut jer. Jom belajar dengan Chef Adzha.
Haa nie chef nak share dengan korang semua cara hotel atau restoran masak nasi, sebenarnya cara nie diambil daripada cara penyediaan nasi jepun tuh, kan orang jepun makan nasi pown dengan chopstick, nak bagi nasi tergumpal dan melekat tapi tak lembik nielah salah satu kaedah dorang guna.
Kali ni Chef guna periuk kat rumah jer dan beras Cap Masjid saja. Takut nanti hangpa kata Chef guna equipment lain yang tak der kat umah pulak.
Caranya sangat mudah korang follow jer step dalam video nieh. Sure hasilnya nasi gebu berderai comel sedap lemak yummmyyyy.
Bahan-bahan:
Beras & Air
Cuka makan
Minyak masak
Garam
Kalau nasi tengahari tak habis pon nak masak untuk nasi goreng malam pon boleh jer sebab nasi dia akan berderai lepas disejukkan.
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi 15 rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.