Seafood Frozen atau makanan lauk sejuk beku semakin mendapat permintaan tinggi kerana ia terjamin bersih dan mudah disediakan, Sesuai sangat untuk suami isteri yang sibuk dikejar masa. Dengan menyimpan stok produk seafood frozen, anda tidak perlu ke pasar setiap hari dan jika terdesak ia sudah tersedia dalam peti sejuk. Keluarkan hanya bila perlu dimasak. Berikut empat menu seafood frozen yang korang boleh cuba.


4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah & Sedap.

NASI BRIANI SEAFOOD

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras basmathi |rendam sekurang-kurangnya 30 minit & tos.
  • 1/2 kg campuran seafood|lala, kubang, udang, sotong & isi ketam
  • 500ml air
  • 100ml susu cair
  • 4 sudu makan rempah briani
  • 2 ketul perasa ayam
  • 2 helai daun pandan | simpul
  • Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
  • 1 biji bawang Holland |dagu kasar
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 5cm halia | hiris nipis
  • 3 biji cili hijau | potong dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 3 sudu makan mentega/ marjerin

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tambahkan mentega di dalamnyaa.
  2. Tumis daun pandan, bahan hirisan, titik dan juga rempah penumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan pula bahan seafood, gaul rata kemudian masukkan beras.
  5. Gaul rata dan masukkan air dan susu cair daun bay, perasa ayam, garam dan sedikit gula.
  6. Setelah cukup rasa, pindahkannya dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
  7. Selepas 15 minit, nasi masak dan sedia dihidangkan.

4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah & Sedap.
SAMBAL KUPANG FROZEN
BAHAN-BAHAN:

  • 250gm isi kupang | celur dan tos
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2cm halia
  • 2 biji cii merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan bahan kisar, dan tumis lagi hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan pes cili kering dan asam jawa.
  4. Jika terlalu kering tambah sedikit air, kacau hingga pecah minyak.
  5. Masukkan kupang, gaul rata dan kecilkan api.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tutup api, Sambal Kupang sedia dihidangkan.

4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah & Sedap.
IKAN DORI MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan dori | dadu lebih kurang 2-5cm
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1-2 biji telur
  • 1sudu teh serbuk lada sulah
  • Secubit garam
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu kecil
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia mudah | hirisan memanjang
  • Sedikit cili benggala marah dan hijau | dadu kecil
  • 3 biji cili merah | kisar kasar
  • 1 sudu makan Sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu makan sos ikan.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukup | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ikan dori bersama sedikit garam dan lada sulah.
  2. Kemudian pecahkan telur di dalamnya, gaul rata dan toskan.
  3. Gaulkan dalam tepung kemudian letakkan atas tisu dapur.
  4. Panaskan minyak, goreng ikan dori hingga kekuningana. Angkat dan ketepikan.
  5. Menggunakan kuali lain, tumiskan bawang putih, bawang Holland dan halia hingga wangi.
  6. Masukkan cili merah kisar, sos cili, tomato dan plum, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Sebelum tutup api masukkan hirisan cili benggala dan gaul rata.
  9. Tutup api, tuangkan sos di atas pinggan berisi ikan dori goreng tadi dan sedia dihidangkan.

4 Olahan Menu Seafood Frozen Mudah & Sedap.
STEW SEAFOOD
BAHAN-BAHAN SEAFOOD:

  • 300gm kepah
  • 100gm lala
  • 100gm udang
  • 100gm sotong

BAHAN SAYURAN:

  • 1 batang saleri | hiris memanjang
  • 3 biji tomato | dadu kasar
  • 1/2 biji cili benggala hijau |dadu kasar
  • 1/2 biji cili benggala merah | dadu ksar

BAHAN TUMIS:

  • 1 biji bawang Holland |dadu kasar
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 4cm halis | hiris
  • 2 helai daun bay

BAHAN SOS:

  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1/2 sudu makan sos tiram

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam gula secukup rasa
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan sos dan kacau rata, kemudian tambahkan air secukupnya.
  3. Masukkan stok ikan bilis, kacau dan biarkan kuah mereneh.
  4. Setelah mereneh perasakan masukkan bahan sayur.
  5. Apabila layu masukkan bahan seafood.
  6. Gaul rata dan biarkan mereneh lebih kurang 5-7 minit.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkan api, biarkan mereneh seketika dan kuah sedikit pekat.
  9. Setelah cukup rasa, tutup api dan stew sedia didihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI