Bila sebut lobak merah mesti ramai yang terbayangkan sayur dan paling tidak pun sebagai jus. Tapi cer korang cuba inovasikan lobak merah jadi makanan seperti pancake dan bergedel yang sungguh sedap dan korang patut cuba sebab ia kaya dengan khasiat kesihatan.  Rasanya sesuai sangat ni dijadikan hidangan sampingan ataupun kudapan di majlis open house yang bakal korang adakan nanti.

4 Menu Berasaskan Lobak Merah Sungguh Sedap.

CARROT PANCAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 34 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 14 cawan mentega
  • 4 batang lobak merah | kisar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1sudu teh garam
  • 4 sudu makan gula
  • 2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 2 sudu teh serbuk buah pala

BAHAN SOS KASTARD:

  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

1 Masukkan susu, mentega dan telur dalam mesin pengisar.

  1. Kisarnya hingga sebati.
  2. Masukkan pula lobak merah yang dikisar halus.
  3. Keluarkan adunan dan masukkan dalam mangkuk.
  4. Seterusnya masukkan garam dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
  5. Selepas digaul sebati, tambahkan serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
  6. Adun lagi, dan bancuhan sedia digoreng.
  7. Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit menteg.
  8. Gunakan senduk bulat sebagai ukuran dan mulakan membuat pancake.
  9. Lakukan hingga bancuhan habis.
  10. Sediakan pula sos kastard. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan. Kacau hingga kuah pekat. Tutup api.
  11. Hidangkan pancake dengan sos kastard

4 Menu Berasaskan Lobak Merah Sungguh Sedap.

IKLAN

JEJARI LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 4 batang lobak merah |  potong memanjang
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh herba campuran
  • 1 sudu teh bawang putih yang dicincang
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • Serbuk roti secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan jejari dengan semua bahan kecuali serbuk roti dan minyak.
  2. Perapkan lebih kurang7-10 minit.
  3. Toskan, kemudian gaulkan dalam serbuk roti.
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Goreng jejari kentang hingga garing.
  6. Sedia dihidangkan dengan sebarang sos yang anda suka.

4 Menu Berasaskan Lobak Merah Sungguh Sedap.

IKLAN

BEBOLA LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang lobak merah | kisar & perah airnya
  • 1/4 cawan kismis | kisar
  • 21/2 cawan badam | goreng sangai, kisar kasar
  • 6 biji kurma | cincang halus
  • 11/4 cawan kacang pecan| goreng sangai dan kisar kasar
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1/2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala
  • 1/2 cawan bijan | goreng sangai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kisar di dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan serbuk koko, gula perang serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
  3. Gaul sebati dan bulat-bulatkan sebesar bola pingpong hingga habis doh.
  4. Salutkan bulatan doh di dalam mangkuk berisi bijan.
  5. Setelah siap susun dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk.
  6. Atau boleh sahaja terus hidang bebola lobak merah ini.4 Menu Berasaskan Lobak Merah Sungguh Sedap.

BERGEDIL LOBAK MERAH

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan lobak merah yang telah dikisar halus
  • 2 batang seleri | cincang halus
  • 1/2 cawan bawang besar | cincang halus
  • 1/4 cawan serbuk roti
  • 2 biji telur | kacau
  • 1/2 cawan parseli | cincang halus
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu makan serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan mayones

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
  2. Adun rata dan bentukannya menjadi leper. Buat hingga habis.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick.
  4. Goreng bergedil dengan api kecil hingga kuning keemasan.
  5. Setelah habis digoreng, hidangkan bergedil dengan sos yang ada suka.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI