Kadangkala bahan yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Sebagai contoh, masakan menggunakan telur ni. Bukan setakat goreng cicah kicap je tau. Macam-macam boleh buat. Selamat mencuba!   

 

1. RENDANG TELUR CILI KERING 

4 Lauk Makan Tengahari Paling Mudah Boleh Masak Guna Telur Rebus.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur |rebus
  • 6 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia  | kisar
  • 1 inci kunyit hidup  |kisar
  • 2 batang serai | hiris
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit minyak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
  3. Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

2. SAMBAL TELUR BERSERAI 

IKLAN

4 Lauk Makan Tengahari Paling Mudah Boleh Masak Guna Telur Rebus.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | rebus dan goreng
  • 8 biji cili merah | dikisar
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih |dikisar
  • 1 batang serai | titik
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
  2. Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

IKLAN

3. TELUR MASAK KICAP 

4 Lauk Makan Tengahari Paling Mudah Boleh Masak Guna Telur Rebus.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | rebus dan digoreng
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia | kisar
  • Sedikit kicap manis + kicap masin
  • 2 helai dau bay
  • Sedikit cuka
  • Sedikit hirisan cili benggala hijau
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit bau. Masukkan daun bay dan masak sehingga bahan garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air, cuka, dan kicap manis serta kicap masin. Biarkan mendidih. Bila kuah agak pekat, masukkan telur dan hirisan cili benggala. Kacau sekata.
  3. Angkat dan sedia dinikmati.

 

4. MASAK KURMAK TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU 

4 Lauk Makan Tengahari Paling Mudah Boleh Masak Guna Telur Rebus.

BAHAN-BAHAN:

  • 50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit – boleh juga guna telur itik
  • 400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
  • 8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong  empat
  • 12 biji cili besar hijau | dikisar halus
  • 300ml air
  •  8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
  •  2 biji bawang besar | dihiris halus
  • 2 labu bawang putih | dihiris
  • 4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
  • Rempah 3 beradik secukupnya
  •  Minyak untuk menumis
  •  3 helai daun pandan | disimpul
  •  4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
  2. Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan air diikuti santan.  Kacau rata.  Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam  dengan secukupnya.
  5. Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI