Ads

Telur Masak Taucu Paling Sedap & Mudah. Resipi Simple Je Tapi Padu!

Telur Masak Taucu memang lauk simple tapi cukup ‘kick’! Gabungan rasa taucu yang masin dengan telur lembut dalam kuah yang berperisa, memang ngam dimakan dengan nasi panas. Resipi ni mudah, cepat dan sesuai untuk menu harian bila nak masak lauk ringkas tapi sedap. Sekali rasa, confirm bertambah nasi.

Telur Masak Taucu Simple Tapi Padu

Telur Masak Taucu Paling Sedap & Mudah. Resipi Simple Je Tapi Padu!

Kalau korang tengah cari idea masakan yang cepat tapi tetap sedap, Telur Masak Taucu adalah pilihan terbaik. Tak perlu bahan yang banyak pun, cukup bahan asas dapur je dah boleh hasilkan lauk yang menyelerakan. Resipi ni juga sangat sesuai untuk yang bujang atau yang nak masak cepat selepas balik kerja.

Bahan-Bahan

  • 5 biji telur
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 mangkuk kecil asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. Goreng telur macam biasa. Gunakan minyak sedikit. Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
  3. Masukkan taucu. Kacau.
  4. Masukkan air asam jawa dan sos tiram. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat.
  5. Masukkan gula.
  6. Masak sampai mendidih dan kuah pekat. Masukkan telur dan biar mereneh seketika.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Tips Sedapkan Telur Masak Taucu

Telur Masak Taucu Paling Sedap & Mudah. Resipi Simple Je Tapi Padu!

Untuk bagi Telur Masak Taucu lebih padu, pastikan taucu yang digunakan tidak terlalu masin. Kalau rasa terlalu kuat, boleh tambah sedikit air untuk seimbangkan rasa. Selain itu, penggunaan telur separuh masak memang beri tekstur yang lebih lembut dan menyerap kuah dengan lebih baik.

Ads

Halia pula memainkan peranan penting untuk hilangkan bau hanyir telur dan bagi aroma yang lebih wangi. Jangan skip bahan ni walaupun nampak kecil.

Kenapa Resipi Ini Jadi Pilihan Ramai?

Telur Masak Taucu bukan saja mudah, tapi juga menjimatkan. Dengan kos yang rendah, korang dah boleh sediakan hidangan yang cukup menyelerakan untuk seisi keluarga. Rasa masin taucu digabungkan dengan sedikit masam dari asam jawa dan manis dari gula menjadikan kuahnya seimbang dan membuka selera.

Menu ni juga fleksibel. Kalau nak tambah sayur seperti kacang panjang atau tomato pun boleh untuk variasi yang lebih sihat. Tapi versi asal pun dah cukup sedap dan klasik.

Ads

Sesuai Untuk Menu Harian

Kalau dah bosan dengan lauk yang berat atau berminyak, Telur Masak Taucu boleh jadi alternatif yang lebih ringan tapi tetap mengenyangkan. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih, memang tak cukup sepinggan.

Resipi ni sesuai sangat untuk dimasukkan dalam senarai menu harian sebab tak ambil masa lama untuk disediakan. Dalam kurang 30 minit, hidangan dah siap dan boleh terus makan.

Ads

Jadi, kalau korang nak cuba sesuatu yang simple tapi sedap, wajib cuba Telur Masak Taucu ni. Confirm jadi kegemaran baru dalam rumah!

Anda mungkin berminat dengan

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi Buko Pandan Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak...

Buko Pandan merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular berasal dari Filipina. Alang-alang nak buat Buko Pandan ni biar puas hati, boleh letak macam-macam bahan ikut citarasa sendiri. Memang lebih jimat dan berbaloi berbanding beli. Nak buat pun mudah je.