Ingin membuat meat ball atau bebola daging sendiri, tapi hadapi masalah adunan hancur, daging keras dan kering? Jangan putus asa, tip berikut boleh membantu korang menyelesaikan segala masalah tersebut. Sebaliknya korang boleh menghasilkan bebola daging yang padat, lembut dan berjus bila diolah dalam pelbagai jenis menu yang mudah dan sedap. Nak tau apa rahsianya, ikut tip berikut ye:-
Pilih Daging Kisar Segar & Elok Teksturnya:
Ini penting, pilihan terbaik adalah daging lembu kisar segar , ia berwarna merah cerah, tekstur kisarnya padat, tidak berlendur dan tiada kandungan darah. Sebaiknya, olah terus daging kisar selepas membelinya. Ia memberi jaminan bebola daging yang segar dan berkualiti.
Ads
Campur Telur Atau Tepung Elak Bebola Daging Hancur:
Untuk hasilkan bebola daging yang sedap, daging kisar perlu dicampurkan dengan bahan ramuan rempah ratus dan herb serbuk. Untuk memberikan lebih rasa tekstur, korang boleh tambahkan bahan tambahan yang dicincang halus seperti bawang bersama daging kisar. Untuk memastikan semua bahan bercampur sebati, korang boleh tambahkan telur atau tepung di dalam adunan bebola daging. Adun semua bahan ini sehingga ia mudah dibetuk bulat dan tidak mudah pecah atau hancur.
Ads
Rebus Atau Goreng Sebentar:
Selepas aduanan bebola daging dibentuk bulat, rebus atau goreng sebentar hingga permukaan bertukar warna, jika direbus ia bertukar warna kelabu dan digoreng dengan minyak sedikit hingga bertukar warna kecoklatan. Tujuannya supaya tekstur tidak hancur dan kekal bulat semasa proses memasak.
Ads
Elakkan Dari Kerap Mengacaunya Semasa Digoreng Atau Ditumis:
Apabila bebola cantik bentuk dan teksturnya selepas direbus dan digoreng sebenar. Ia sedia diolah dalam menu yang korang pilih. Tetapi jangan terlalu kerap kacau atau membalik-balikkannya semasa proses memasak, dibimbangi ia akan hancur.
Senangkan? Jadi jomlah kita buat sendiri bebola daging sebagai tambahan lauk-pauk dan juga sebagai kudapan atau bekal untuk anak ke sekolah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Tumis adalah antara masakan yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Hidangan bersambal ini sesuai dimasak bersama pelbagai jenis bahan seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, telur dan bermacam-macam lagi. Namun, ada di kalangan kita yang masih tercari-cari cara untuk menyedapkan lagi sajian ini. Mungkin kerana merasakan resipi yang sedia ada kurang menepati selera.
Melalui hantaran di FB, saudara Putra Bugis Temasek telah berkongsi tip dan petua untuk memasak sambal tumis yang lebih sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA MASAK SAMBAL TUMIS YANG LEBIH SEDAP
Hari ini saya nak share petua atau cara buat sambal tumis. Tip-tip yang saya kumpulkan ini boleh membuatkan sajian ini bertambah sedap ketika dimasak. Saya buat penyelidikan tentang inipada tahun 2013. Semoga bermanfaat & selamat membaca. Jika ada tip-tip dari teman-teman, sharelah juga ya..
1. TIP MASAK SAMBAL TUMIS BILIS
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Ia akan membuatkan sambalnya rasa lebih berperisa.
Bila masak Sambal Ikan Bilis, tidak perlu masukkan garam kerana bilis sudah mempunyai rasa masin. Tambah jika perlu sahaja.
Untuk rasa lebih enak, boleh goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar hingga agak layu. Angkat. Tumis kisaran cili kering hingga masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam danbarulah masukkan ikan bilis serta bawang yang digoreng tadi.
Untuk masak sambal sotong yang sedap, kena elak sotong berair dan mencemarkan sambal.
Caranya, selepas dibasuh, perap sotong bersama garam. Dan ketika memasak, rasa kuah terlebih dahulu supaya rasa garam tidak berlebihan.
Sotong tidak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam sambal.
Semasa masak sambal, masukkan sotong terlebih dahulu. Biar hingga kecut barulah masukkan air asam jawa.
Jika nak elak sotong terlalu kecut, masak sotong separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Teruskan masak sambal hingga pekat dan barulah masukkan sotong kembali ke dalam sambal.
Kalau masak Sambal Tumis Udang, kulit dan kepala udang jangan dibuang. Rebuskan kulit udang dan masukkan air rebusan dalam sambal. Ia akan menjadikan rasa sambal lebih sedap dan berperisa.
Ketika memasak sambal, masukkan udang terlebih dahulu. Biar sehingga air udang keluar dan barulah masukkan air asam jawa.
Untuk elak isi udang keras, masak udang hingga separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Bila sambal hampir masak, barulah masukkan udang kembali ke dalam sambal.
Untuk rasa sambal lebih berperisa, boleh juga kisar cili kering bersama sedikit udang kering bagi menyedapkan rasa.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering, masukkan sikit kunyit hidup. Insyallah mana-mana masakan yang perlu guna cili seperti sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap.
Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya…
Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.
CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AYAM AGAR TIDAK MELETUP
Apa yang anda perlukan ialah:
1.Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!
Ketika membersihkan ayam, kita sering menghadapi kesukaran untuk membuang lemak dan lendirnya sehingga bersih. Untuk memudahkan kerja anda, selepas membersihkan ayam dengan air bersih, keringkan sedikit menggunakan tisu atau kain. Kemudian lumur ayam dengan sedikit tepung gandum sehingga rata. Tarik lemak dan lendir yang melekat pada tepung hingga bersih. Kemudian bilaslah semula dengan air yang bersih dan lihat hasilnya. Cara ini bukan sahaja menanggalkan lemak tetapi juga membuang rasa hanyir ayam. Cubalah.