Sup tulang ni sedap dimakan dengan nasi atau juga mi. Tak kisah sama ada mi kuning atau mihun. Lagi sedap kalau dimakan lengkap dengan sambal kicap. Resipi ni memang sedap betul. Sup tu rasa segar. Sambal kicap pulak sesedap rasa. Cubalah.
SUP TULANG
BAHAN SUP TULANG
1 kg tulang lembu
1 peket sup bunjut
Minyak masak untuk menumis
Rempah 3 sekawan
5 ulas bawang merah kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 Kiub pati lembu
3 biji limau kasturi (perah jusnya)
Ads
BAHAN HIASAN
Sedikit daun sup (hiris)
2 biji tomato (belah 4)
Taugeh
Tauhu (dipotong kecil dan digoreng)
CARA MEMBUAT SUP TULANG
1. Dalam periuk, rebus tulang lembu bersama sup bunjut sehingga empuk. Biarkan mendidih.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis rempah tiga sekawan, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
3. Siap tumis, masukan tumisan ke dalam periuk berisi tulang lembu tadi.
4. Masukkan kiub pati lembu dan air perahan limau kasturi.
5. Masukkan garam dan biarkan mendidih lagi.
6. Letakkan bahan hiasan selepas dihidang dalam mangkuk.
Ads
SAMBAL KICAP
Ads
BAHAN SAMBAL KICAP
Cili api (kuantiti terpulang tahap kepedasan yang dimahukan)
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1/2 bawang besar
Kicap pekat
Kicap manis
Secubit garam
Sedikit gula
2 biji limau kasturi (diperah jusnya)
CARA MEMBUAT
1. Kisar cili api, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan dalam kuali.
2. Letakkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan perahan limau kasturi.
3. Masak semuanya seketika. Matikan api.
1 biji bawang besar | dimayang 3 ulas bawang putih | dimayang 1 inci lengkuas 1 inci | dihiris nipis – beli online di sini 3 sudu besar cili boh – beli online di sini Air asam jawa Garam & gula secukup rasa Perasa 2 biji lada besar merah – beli online di sini Cili burung hijau & merah ½ biji bawang holland (untuk hiasan) – beli online di sini 3 sudu besar sos cili del monte
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumis. Apabila bahan tumis garing, masukkan cili boh. Tumis sampai pecah minyak. 2. Masukkan lengkuas, bahan kisar halus. Tumis lagi sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan daging. Tutup dalam 20 minit, guna api yang kecil.
1. Saya gunakan periuk elektrik. Masukkan minyak dan marjerin. Panaskan. Bila panas, masukkan bawang merah, bawnag putih, halia, daun pandan dan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau. 2. Lepas tu, masukkan air. Tunggu mendidih. Masukkan kiub ayam, serbuk kunyit dan susu cair. Kacau. 3. Masukkan beras basmathi, kacau. Masukkan garam dan kismis. Kacau rata. Masak nasi macam biasa. 4. Bila nasi masak, kacau perlahan dan balik-balikkan nasi. Biar lagi 20 minit untuk nasi kering sepenuhnya.
RESIPI ACAR NENAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nenas | dikupas kulitnya dan dipotong nipis ½ keping gula melaka – beli online di sini 4 sudu besar cuka makan – beli online di sini 1 cawan air 2 sudu besar cili boh Garam secukup rasa
1. Masukkan cili boh, kacau dengan api perlahan. Masukkan air sampai mendidih. 2. Masukkan gula melaka. Bila pekat sikit, masukkan cuka dan garam. Tutup api. Bila dah sejuk, masukkan nenas. Siap.
RESIPI SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili besar merah – beli online di sini 20 biji cili padi – beli online di sini Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi) 1 biji limau kasturi (dibuang biji) Garam & gula ½ sudu pes asam jawa – beli online di sini 1 biji limau nipis
CARA MEMBUATNYA:
Kisar semua bahan kecuali limau nipis. Air sedang-sedang. Jangan terlalu sedikit atau banyak. Kisar jangan terlalu halus. Keluarkan dan perah limau nipis. Rasa secukup rasa. Siap.
Kalau kreatif apapun bahan makanan boleh dipelbagaikan cara olahannya, termasuklah mi segera. Siapa sangka mi segera boleh gantikan roti untuk burger daging. Rasa memang sedap, nak buat tak susah mana. Mak-mak kalau buat ni mesti anak-anak suka dan teruja nak makan.