Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda sempena cui Deepavali ni..
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR
BAHAN-BAHAN :
800 gm isi ikan jenahak | dihiris
2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping
10 gm daun kari | digoreng
Bahan kuah:
50 gm cili padi hijau
120 gm bawang kecil
40 gm halia | hiris nipis-nipis
5 gm halba
10 gm serbuk kunyit
200 ml santan kelapa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau. 2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak. 3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa. 4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api. 5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat. 6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang Masa memasak :20 minit Cara memasak :Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Masakan India Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
Ads
AYAM MASALA ALA GUJARAT
BAHAN-BAHAN :
600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan
50 gm daun ketumbar | diracik halus
Bahan perapan:
1 cawan yogurt biasa tanpa perisa
2 sm halia |ditumbuk halus
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1.5 sm halia | ditumbuk halus
120 gm bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh biji sawi
Bahan untuk kuah:
1 sudu makan mentega tanpa garam
125 gm bawang besar |dicincang halus
2 ulas bawang putih / dihiris halus
1 biji cili hijau | dihiris haluss
2 sudu teh serbuk ketumbar
25 gm kulit kayu manis
3 gm chat masala
1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
120 gm tomato/dibelah baji
40 gm gajus panggang
1 cawan krim masakan
1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halus
garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK ;
Ads
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. 2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak 3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi 4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya 5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas 6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda. 7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit 8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan panggang Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY
BAHAN-BAHAN :
Ads
800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
200 gm tepung kacang kuda
50 gm serbuk kunyit
120 gm serbuk cili
50 gm serbuk jintan putih
80 gm halia
120 gm bawang putih
Garam secukup rasa
30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
250 gm daun pudina /dikisar
100 gm daun ketumbar
30 gm serbuk jintan putih
150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter 2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman 3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan 4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar 5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI FOOD STEAMER TERBAIK, JOM BELI ONLINE DI SINI
Sos bolognese citarasa Melayu, macam ni baru kena dengan selera!
Spageti bolognese tak dinafikan antara hidangan ‘western’ yang tak asing dengan kita. Tapi jika selera kita bukan jenis versi asli Itali yang kadang-kala terlalu masam, cubalah resipi ini.
Diolah ikut selera Melayu, sos bolognese ini lebih seimbang, tak hanyir, ada rasa lemak, manis, masin dan sedikit pedas. Nak buat topping piza pun boleh!
Resipi ini menggunakan sambal kosong sebagai asas, dimasak bersama daging cincang, sayuran segar dan sos bolognese botol. Teksturnya pula lebih kaya dengan bahan. Sesuai juga untuk anak-anak sebab tak terlalu pedas, tapi tetap menyengat bila makan panas-panas dengan pasta.
Resipi Sos Bolognese Cita Rasa Melayu
Bahan-Bahan
3 senduk sambal kosong (tumis bawang besar, bawang putih & cili kisar)
3 paket daging cincang (jenama Ramly) – goreng garing
2 tin cendawan butang – hiris kasar
2 batang lobak merah – potong dadu kecil
1 biji bawang Holland – potong dadu kecil
1 paket tomato ceri – belah dua
2 botol besar sos bolognese
Sos cili secukupnya
Garam dan gula – secukup rasa
Serbuk Italian herbs
Keju mozzarella (pilihan – letak masa hidang atau akhir masak)
Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang Holland, lobak merah, cendawan dan tomato hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sambal kosong, kacau rata hingga sambal sebati dengan bahan tumisan.
3. Masukkan sos cili dan sos bolognese. Kacau hingga mula mendidih dan naik minyak.
4. Masukkan daging cincang yang telah digoreng garing tadi. Gaul hingga sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula dan tabur sedikit serbuk Italian herbs.
6. Masak hingga sos pekat dan berkilat. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
Jika suka, boleh tambah keju mozzarella sebelum dihidangkan. Siap dimakan dengan pasta!
INFO
Sukatan Hidangan untuk 3 paket pasta
Sos ini juga sesuai dijadikan topping pizza, disapu pada roti atau jadi lauk pun boleh.
Kuih Permata Zamrud adalah salah satu kuih tradisi yang masih diminati sampai sekarang. Rasanya lemak manis dan sangatlah menawan selera. Orang lama pastinya suka makan kuih ini.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Hidayati Hana telah berkongsi resipi kuih permata zamrud. Kuih ini nampaks angat mewah dengan rona hijau putih. Ditambah pula dengan inti kelapa yang dimasak bersama gula merah. Manis-manis lemak gitu. Bolehlah cuba buat nanti ya.
BAHAN INTI KELAPA
3/4 cawan gula merah
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air
Sehelai daun pandan (disimpul)
1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
1 sudu besar tepung gandum
.
CARA MEMASAK INTI KELAPA
1. Dalam kuali, masak gula merah, gula putih dan air. Masukkan daun pandan sehingga gula larut.
2. Selepas gula larut, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Apabila sudah kering, masukkan tepung gandum dan tutup api.
4. Biarkan sejuk. Kemudian bulat-bulatkan. Ketepikan.
RESIPI ADUNAN HIJAU
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan air
Pewarna hijau
CARA BUAT ADUNAN HIJAU
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian letak pewarna hijau. Uli sebati hingga jadi doh.
3. Ambil doh dan bulatkan. Leperkan sedikit untuk senang masukkan inti.
4. Tutup semula dan bentukkan bulat-bulat.
5. Masukkan dalam bekas kuih lompang yang sudah disapu sedikit minyak masak.
6. Sudah siap, ketepikan.
ADUNAN PUTIH
2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Sehelai daun pandan
CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Untuk adunan putih pula, campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga sedikit pekat tapi jangan likat sangat.
3. Apabila siap, tutup api.
CARA MEMASAK
1. Tuangkan adunan putih ke dalam acuan lompang. Jangan isi penuh sangat.
2. Ulangi langkah ini sampai habis adunan.
3. Panaskan pengukus.
4. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!