Sardin dalam tin selalunya kita masak sambal, digoreng atau dijadikan kari. Tapi selepas ini boleh tambah satu lagi menu sardin, boleh cuba buat sardin masak kicap pedas pula. Bagi yang tak pernah cuba dengan atau mahu merasainya boleh masak ikut resipi ini
Cara buat sardin masak kicap pedas
Bahan-bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat manis Jalen
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos seafood
4 tangkai cili api
Gula/Garam
1 biji ubi kentang -dipotong
Ads
Cara memasak
1. Goreng dulu ubi kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang hingga naik bau dan layu, kemudian masukkan cili kering kisar serta sos dalam tin sardin sedikit dalam 2-3 sudu besar. Tumis hinga pecah minyak dengan api sederhana
3. Kemudian masukkan kicap pekat manis, sos seafood dan tambah sedikit air (ikut kuantiti kuah yang diingini).
Ads
4. Akhirnya ssekali baru masukkan sardin, ubi kentang & cili api. Perasakan dengan gula garam. Masak sekejap kemudian tutup api, siap!
Asam pedas kena pekat kuahnya barulah ngam! Kalau kuahnya cair, selalunya dinamakan asam rebus.
Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Hajar Jaafar memberikan tip supaya kuah asam pedas lebih pekat dan sedap.
Menurut Hajar, “Bagi mendapatkan kuah asam pedas jadi pekat, caranya adalah begini. Selepas masukkan air asam jawa, biar kuah asam pedas mendidih dalam tempoh agak lama. Didihkan sehingga warna kuah menjadi merah pekat dan berkilat.”
Jom kita lihat resipi asam pedas ikan kembung resipi ori Melaka yang turut Hajar kongsikan di laman facebooknya.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 senduk cili kering kisar
2 sudu asam jawa + air semangkuk
5 biji bendi
1 batang terung (dipotong)
2 biji tomato (belah 4)
3 ekor ikan kembung
CARA MEMBUAT
1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.
2. Panaskan minyak masak. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
3. Masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) tadi.
4. Masukkan cili kering kisar. Tumis semuanya sampai pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
6. Masukkan bendi, terung dan tomato.
7. Masukkan ikan dan perasakan dengan secukup garam dan biar mendidih sekali lagi.
8. Keluarkan semula rempah supaya kuah tak pahit/payau. Siap untuk dimakan.
Cara masakan terbaik untuk menikmati kemanisan isi ikan segar ialah dengan cara mengukusnya. Dipadankan dengan perisa yang tidak terlalu ‘over’ dan ada sedikit citarasa thai, sememangnya hidangan ini anda perlu nikmati. Memang sedap & lebih sihat.
SIAKAP STIM HALIA ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
2.5cm halia
3 ulas bawang putih | ditumbuk
3 batang serai | ditumbuk
5 ulas bawang merah | ditumbuk
½ sudu makan serbuk lada hitam | ditumbuk
5 sudu makan sos tiram
2 biji limau nipis diperah air
2 biji cili merah | dihiris
1 biji buah tomato | dipotong dadu
1 tangkai daun sup
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam, dan sos tiram. Perap kira-kira 15 minit.
Cili merah, tomato dan daun sup ditabur di atas ikan. Gunakan tomato untuk sedikit rasa masam supaya seimbang dengan rasa sos tiram.
Stim / kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.
Info Chef: Sebaik-baiknya hidangan hendaklah terus dinikmati kerana enak dinikmati panas
Menu Sambal Bilis garing/kering ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasipanas begitu sahaja pun dah cukup berselera. Jika ada dikalangan anda yang bakal mengerjakan umrah atau bercuti di luar negara, Sambal Bilis garing ni memang sangat sesuai dibawa bersama. Makan dengan nasi panas atau roti pun dah cukup menyelerakan. Malah boleh tambah tempe goreng atau tauhugoreng juga. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni.
SAMBAL BILIS GARING / KERING
BAHAN-BAHAN:
500gm cili kering
500gm ikan bilis halus – goreng hingga garing
Bawang goreng secukupnya
2 kiub pati ayam
Gula halus secukup rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang 10 saat atau sehingga cili menjadi rangup. Jangan sampai hangit kerana nanti cili akan jadi pahit.
2. Tumbuk / kisar kering cili kering yang digoreng tadi hingga halus. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu makan minyak masak. Masukkan kiub pati ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Masak guna api kecil dan jangan sampai hangit.
4. Seterusnya masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Padam api dan angkat.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Cara buat ayam percik dalam air fryer ini kena belajar memandangkan dah masuk bulan puasa. Selalunya waktu Ramadan inilah kita teringin makan hidangan ini.Supaya...