Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda.
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR
BAHAN-BAHAN :
Ads
800 gm isi ikan jenahak | dihiris
2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping
10 gm daun kari | digoreng
Bahan kuah:
50 gm cili padi hijau
120 gm bawang kecil
40 gm halia | hiris nipis-nipis
5 gm halba
10 gm serbuk kunyit
200 ml santan kelapa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau. 2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak. 3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa. 4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api. 5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat. 6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang Masa memasak :20 minit Cara memasak :Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Masakan India Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
AYAM MASALA ALA GUJARAT
BAHAN-BAHAN :
600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan
50 gm daun ketumbar | diracik halus
Bahan perapan:
1 cawan yogurt biasa tanpa perisa
2 sm halia |ditumbuk halus
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1.5 sm halia | ditumbuk halus
120 gm bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh biji sawi
Bahan untuk kuah:
1 sudu makan mentega tanpa garam
125 gm bawang besar |dicincang halus
2 ulas bawang putih / dihiris halus
1 biji cili hijau | dihiris haluss
2 sudu teh serbuk ketumbar
25 gm kulit kayu manis
3 gm chat masala
1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
120 gm tomato/dibelah baji
40 gm gajus panggang
1 cawan krim masakan
1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halus
garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK ;
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. 2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak 3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi 4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya 5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas 6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda. 7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit 8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan panggang Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita Anggaran kos : RM 18
Ads
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY
BAHAN-BAHAN :
800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
200 gm tepung kacang kuda
50 gm serbuk kunyit
120 gm serbuk cili
50 gm serbuk jintan putih
80 gm halia
120 gm bawang putih
Garam secukup rasa
30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
Ads
250 gm daun pudina /dikisar
100 gm daun ketumbar
30 gm serbuk jintan putih
150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter 2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman 3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan 4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar 5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sajian menu tradisional kuih lapis labu untuk hidangan pagi atau petang. Jarang sekali dilihat di gerai kecuali dengan tempahan baru dapat merasa. Warnanya sangat menarik, tanpa pewarna tiruan dan rasanya sungguh sedap berlemak. Rugi jika tak cuba!
RESIPI KUIH LAPIS LABU
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji labu | di potong kecil
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula | terpulang jika suka manis boleh di lebihkan
1/4 sudu teh garam
4 cawan santan segar
CARA MEMASAK:
Mula² kupas labu, basuh dan kukus.
Kemudian di blend halus.. anggaran setengah cawan
Dalam 1 bekas besar, masukkan 2 cawan tepung beras
Kemudian masukkan setengah cawan tepung gandum
Masukkan pula setengah cawan tepung jagung
Ini gula pasir.. saya kisar halus supaya senang larut.. Disebabkan saya tak berapa suka manis, saya cuma gunakan 3/4cawan gula sahaja
Tambahkan sedikit garam..Anggaran 1/4 sudu teh kfc tu ☺
Kemudian gaul rata semua bahan tu
4cawan santan segar.. Dipanaskan atas api perlahan sambil dikacau.. Panaskan hingga suam² kuku sahaja
Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung dan kacau sebati
Tapis.. supaya takda yang berketul² tinggal
Bahagikan adunan sama banyak.. Satu bahagian dimasukkan labu
Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana.. 5minit setiap lapisan..
Lapisan terakhir, kukus selama 20-25minit
Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu, dan loyang dah betul² panas baru tuang adunan
Potong pun elok ja cantik
Guna loyang bulat saiz 9”
TIP: Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5minit.. supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi
Musim rumah terbuka masih berlanjutan, hidangan apa yang nak di buat selain menu tradisi wajib rendang, lemang dan ketupat. Apa kata cuba buat sendiri pizza 100% homemade mesti teruja tetamu, keluarga dan saudara mara untuk merasainya. Selamat mencuba!
PIZZA HOMEMADE
Penyediaan ada 3 bahagian :
1. Doh
2. Sos
3. Topping
Ikut langkah-langkah di bawah untuk setiap bahagian.
Bahan-bahan untuk doh:
1. 3/4 cawan air
2. 1 sk yis mauripan
3. 2 cawan tepung gandum, lebih jika perlu
4. 1 1/2 sk garam
Cara-cara:
1. Campur yis dengan air, tunggu hingga yis mengembang
2. Gaul tepung dengan air bercampur yis tadi
3. Masukkan garam
4. Uli tepung 10 minit (kalau tak pakai mixer)
5. Masukkan adunan ke dalam bekas dan tutup dengan kain – biar 2 jam
6. Selepas 2 jam, dh bole start guna
7. Tips – bole buat lebih dan simpan dalam freezer, kira macam doh segera la nanti, boleh tahan 3 bulan
Bahan-bahan untuk sos:
1. 2 ulas bawang putih (chopped)
2. 1/2 biji bawang holland (chopped)
3. 1/2 tin sos prego tradisi
4. 1 sk oregano (kering)
5. 1 sk basil (kering)
6. 1 helai daun bay
7. 1 sb butter
8. Chicken stock
Cara-cara:
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang putih dan bawang holland
3. Bila dah lembut, masukkan sos prego
4. Masukkan oregano dan basil
5. Lepas 5 minit masukkan chicken chicken stock
6. Gaul, rasa, ngam? Ok dah siap
Topping (ikut selera)
Sy peminat super supreme, jd di bawah adalah topping pilihan :
1. Cheese mozarella
2. Cendawan shitake (hiris)
3. Bawang holland (potong dadu)
4. Capsicum hijau dan merah (hiris)
5. Beef pepperoni
6. Black olive (saya tak letak sebab tak jumpa kat kedai)
Penyedian untuk 3 bahagian dah pun selesai.
Cara-cara untuk start mempizza, ikut turutan yang betul:
1. Pre heat oven 180°c
2. Sapu planta atas pan, canai doh letak atas pan, cucuk doh guna garfu
3. Sapu sos
4. Tabur cheese mozarella
5. Tabur cendawan shitake
6. Tabur bawang holland
7. Tabur capsicum hijau dan merah
8. Susun beef pepperoni
9. Tabur sikit je lagi cheese mozarella
10. Masuk oven 20 minit ke 30 minit
Kalau dapat merasa nasi dagang yang kena dengan selera memang bertambah makan. Nai yang menjadi hidangan tradisi di Terengganu ini dikatakan agak sukar untuk dimasak jika tidak mempelajarinya cara memasak secara betul. Ada yang mengatakan terdapat perbezaan antara nasi dagang Kelantan dan Terengganu.Nasi ini lebih sedap digandingkan dengan kari ikan tongkol dan acar yang lebih menyempurnakan hidangan.
Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan untuk Nasi: –
4 cawan beras Jati 1 cawan beras pulut 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam 1 sudu halba 2 ulas bawang merah 1/2 in halia
Cara memasak :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok) 2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit 3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap 4. Kukus semula selama 20 minit lagi. 5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba. 6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya. 7. Boleh dihidangkan
Gulai Ikan Aya :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam.. Jangan buang air rebusan * boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus * lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar 1/2 sudu serbuk jintan manis 1/2 sudu serbuk jintan putih 2 hiris lengkuas (dikisar) 1 hiris halia (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 3 sudu cili mesin 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih) 1 1/2 liter santan 1 batang kulit kayu manis 1 sudu kerisik 4 keping asam keping 1/2 buku kecil gula melaka. Sedikit Belacan 10 biji cili padi sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak santan sehingga naik minyak. 2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka 3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa. 4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam. 5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. 6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!