1. Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandum. 2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak. 5. Masukkan sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng. 7. Gaul rata dan tutup api. Sambal ikan patin sedia dihidangkan.
IKAN PATIN KUKUS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin (lebih kurang 300gm) 2 biji limau nipis 1 biji bawang Holland – beli online di sini 3cm halia | dikisar 3 biji bawang putih | dihiris 5 biji cili padi | dititik 2 sudu sos tiram 1 tangkai daun bawang | dihiris 1 tangkai daun ketumbar | dihiris Garam & gula
1. Bersihkan ikan dan masukkan dalam loyang. 2. Dalam bekas lain, bancuh sos tiram, air, garam, dan curahkan atas ikan. 3. Taburkan hirisan bawang dan halia. Kemudian perahkan limau. Kukus selama 15 minit.
KARI IKAN PATIN
BAHAN -BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian 250ml susu rendah lemak 150gm yogurt 1 sudu makan pes asam jawa 2 sudu makan rempah kari ikan 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu makan halba campur 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya 1 biji tomato | belah empat 1 biji terung bulat | belah empat 2 biji cili hijau | belah dua Garam & gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis secukupnya
6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4cm halia muda
CARA MASAK:
1. Bersihkan ikan patin dan toskan. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi. 2. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan. 3. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Kacau rata hingga pecah minyak. 4. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi. 5. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika. 6. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili. 7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah, ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni…
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Tutup api angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal bilis bunga kantan petai. Buat makan nasi bertambah-tambah. Lauk simple tapi ‘berbahaya’ orang kata. Sebabnya, boleh buat kita tak berhenti makan. Betul tak?
Aroma bunga kantan yang wangi ditambah pula dengan petai, memang membuka selera sesiapa saja untuk menikmari sambal ini. Kalau beli, harganya mahal juga. Buat sendiri lagi puas hati dan lebih rendah bajetnya. Selain itu, boleh simpan dan boleh tahan sampai seminggu.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Sally Mally ini ye.
Panaskan minyak, Tumis bahan yang telah dikisar kasar tadi hingga pecah minyak.. Tambah sedikit air. Pstikan ia pecah minyak supaya hilang bau maung daripada bahan-bahan tumis tersebut.
Kemudian masukkn bahan perasa garam, gula dan ajinomoto. Masukkn bunga kantan dan sedikit asam jawa. Gaul sebati. Akhir sekali masukakn petai dan masak lagi sekitar dua minit dan tutup api.
Bila sambal dah sejuk baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi supaya kekal rangup.
Dh siap!! Boleh makan dengan nasi putih dan telur mata. Bila sambal dh sejuk masukkan dlm bekas kedap udara. Insya-Allah boleh tahan seminggu.
**Sukatan ini tak ada sukatan khusus. Semua agak-agak ikut ikut suka hati.
Tekak dah bosan dengan nasi dan lauk pauk. Teringin pula nak merasa mi rebus. Mi rebus ni kesedapannya pada kuah dengan menggunakan keledek dan udang kering. Memang menggamit rasa. Letak tauhu dan limau kasturi sebagai pelengkap rasa.
MI REBUS ASLI JOHOR
Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning-dicelur
1/2 kilo daging- dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek -direbus dan dikisar
1 cawan tauchu -dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
3 biji bawang merah – dikisar
1 inci halia -dikisar
1/2 cawan udang kering -dikisar
3 batang serai -dititik
1 inci lengkuas – dititik
5 sudu makan rempah kari daging
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan taburan:
Tepung udang kering
1/2 cawan udang kering -dikisar
80gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN HIASAN:
Tauhu yang digoreng -dipotong kecil
Daun sup -dimayang
Bawang goreng
Telur rebus -dibelah dua
Lada hijau- dipotong bulat
Taugeh -dicelur
Limau kasturi- dibelah dua
Cara-cara untuk buat tepung udang kering:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk buat kuah:
1.Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
2.Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
3.Masukkan rampah kari kacau rata
4.Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
5.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
6.Hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!