Hari ni korang nak jamu tetamu makan tengahari atau malam, tapi tak tau menu apa nak masak . Ini RASA kongsikan tiga menu lauk ala kampung yang sedap dan gerenti dapat pujian tetamu punya. Sesekali menjamu tetamu di hujung minggu, apa salahnya. Murah rezeki kalau selalu jamu tetamu…
GULAI TULANG BERSAMA PUCUK REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulanglembu | direbus hingga empuk
2 pucuk rebung | direbus lima minit
1 tangkai daun kari
150gm rempah kari
3cm halia | dikisar
6 ulas bawang merah | dikisar
1kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Ads
Tumiskan bahan yang dikisar dengan daun kari sehingga wangi.
Seterusnya masukkan adunan rempah kari dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air rebusan tulang, biar sehingga menggelegak.
Masukkan tulang lembu dan reneh lagi dengan api yang kecil dalam 20 minit.
Masukkan santan dan hirisan rebung.
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit, kemudian siap untuk dihidang.
UDANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
Ads
15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
12 biji cili hijau
5 biji cili padi |jika ingin pedas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan asam gelugor, udang, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
Angkat dan hidangkan.
Ads
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
3 biji bawang besar |dihiris
4 ulas bawang putih |dihiris
4 sudu makan pes cili kering
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bulan puasa ni, ayam panggang pastinya antara lauk berbuka yang sangat laris. Tengoklah kalau di bazar Ramadan. Kalau gerai yang jual ayam golek, pasti ramai yang beratur. Harganya pun boleh tahan mahal. Jadi, bolehlah cuba buat sendiri. Lebih jimat & sedap!
AYAM PANGGANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN REMPAH:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan rempah kemudian lumurkan pada ayam. Sebaiknya perap seketika supaya bahan rempah meresap ke dalam isi. Boleh juga letak ubi kentang, bawang atau sayuran.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar ayam selama 1 jam 30 minit atau hingga ayam masak sepenuhnya. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut saiz ayam.
3. Jika suka, boleh tabur mix herbs selepas ayam masak.
Kalau tak tahu nak masak apa kat rumah, buat je ayam goreng kunyit macam resipi ini. Rasanya sangat sedap dan menaikkan selera makan.om tengok resipi ni. Buat ikut yang diberikan ya.
Bahan-bahan
• isi ayam potong kecil kecil #
• 1 sudu besar tepung jagung #
• 1 sudu kecil serbuk kari #
• 1 sudu besar serbuk kunyit #
• 1 sudu kecil garam #
• halia (kisar halus) #
• minyak masak
• bawang holland
• kacang panjang
• lobak merah
• bunga kobis
• cili besar
Cara membuat
1. Satukan bahan-bahan bertanda #. Gaul ayam dengan bahan-bahan ini sampai sebati.
2. Panaskan minyak masak. Minyak kena banyak biar ayam tenggelam.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Bila ayam sudah masak, masukkan sayur-sayuran. Goreng seketika.
Tip: Halia tu dikisar halus. Itu yang menambah sedap.
Buat yang suka makan bauh naga merah, banyak khasiatnya.Beberapa bahagian dalam buah naga merah memiliki khasiat serta manfaat yang berbeza. Dimulai dari bahagian batang, isi serta kulitnya mengandungi vitamin serta zat yang kaya.
1. Membantu Menjaga Kesihatan dan Stamina Tubuh
Kandungan antioksida serta vitamin yang terdapat dalam buah naga merah dapat memberikan manfaat dalam menjaga kesihatan serta stamina tubuh. Hal ini penting bagi meminimal kesan radikal bebas serta lebih tahan terhadap penyakit.
2. Membantu Menurunkan Kadar Kolesterol dalam Tubuh
Kandungan vitamin B3 dalam buah naga merah sangat baik untuk membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Sangat disarankan bagi yang memiliki kadar kolesterol tinggi untuk makan buah ini. Seperti kita ketahui bahawa kolesterol sangat berbahaya apabila dibiarkan tinggi, penyakit-penyakit serius yang timbulkannya antara lain penyakit jantung dan strok.
3. Membantu Meredakan Batuk
Manfaat buah naga merah juga dapat membantu meredakan penyakit batuk. Lagi-lagi terkandung vitamin B3 di dalamnya.
4. Membantu dalam Penyembuhan Penyakit barah
Para doktor mensyorkan untuk makan buah naga merah dalam rangka membantu penyembuhan penyakit barah. Kandungan vitamin kompleksnya sangat bermanfaat bagi proses terapi dalam penyembuhan penyakit tersebut.
5. Meredakan Penyakit Asma
Bagi seseorang yang menderita penyakit asma sangat digalakkan untuk makan buah naga merah. Ia kerana kandungan vitamin B3 di dalamnya yang mampu membantu meredakan penyakit asma.
6. Menstabilkan tekanan Darah Tinggi
Buah naga merah dengan kandungan vitamin B3-nya sangat baik untuk dimakan bagi penderita darah tinggi. Doktor pun menggalakkan untuk banyak makan buah ini bagi penderita penyakit tersebut.
7. Mencegah Osteoporosis
Makan buah naga merah sangat baik untuk mencegah penyakit reput tulang atau yang biasa dikenal dengan sebutan istilah osteoporosis. Ia kerana di dalam buah tersebut terkandung kalsium organik yang sangat baik untuk tulang.
8. Membantu Penyembuhan Penyakit Diabetes
Rasa manis yang ada pada buah naga merah tidak berasal dari glukos dan selamat untuk penderita penyakit diabetes.
9. Membantu Merawat Kesihatan Mata
Kandungan beta-karoten di dalam buah naga merah mampu membantu merawat kesihatan mata sehingga sangat baik untuk dimakan.
10. Membantu Melancarkan Pencernaan
Makan buah naga juga dapat membantu melancarkan pencernaan kerana terdapat kandungan air dan serat yang cukup tinggi di dalamnya.
Rasa kongsi resipi yang boleh anda manfaat dari buah naga merah.
DRAGON FRUIT PUDDING BAHAN-BAHAN:
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair (400 ml)
1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga
CARA MEMASAK:
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
2. Tutupkan api.
3. Masukkan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
5. Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
6. Sejukkan dalam peti sejuk.
INFO CHEF: untuk mengelakkan warna buah naga keluar dan akan mengubahkan warna putih puding terlalu banyak. Masukkan hirisan buah naga apabila hilang wap airnya.
Saiz hidangan: 6 orang.
Waktu memasak : 35 minit.
Cara memasak : Reneh dan sejukkan.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan: Enak dengan rasa lemak manis .
Anggaran kos: RM12
KEK BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung kek/superfine
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh pewarna merah
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan buah naga lecek
sedikit buah naga didadu
1 biji telur A
Esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
2. Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
3. Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
4. Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering.
5. Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
6. Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
7. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rasa masam manis buah naga kek tidak muak dimakan.
Saiz hidangan: 6 orang.
Waktu memasak : 35 minit.
Cara memasak : Bakar.
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Enak, gebu dan kaya dengan rasa masam dan manis.
Anggaran kos: RM12
JUS BUAH NAGA BAHAN-BAHAN:
1 biji buah naga
1 tin aiskrim soda
5 sudu makan susu pekat manis
1 gelas ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas buah naga dan potong kiub.
2. Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
3. Kisar hingga hancur.
4. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.
INFO CHEF: Jika jus terlalu pekat tambah sedikit air dan ketulan ais untuk mendapatkan rasa yang lebih segar dan sedap.
Saiz hidangan: 4 orang.
Waktu memasak :10 minit.
Cara memasak :Kisar.
Jenis masakan : Jus
Keistimewaan: Sedap, sejuk dan segar.
Anggaran kos: RM8.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!