
Siapa kata ayam goreng sedap hanya boleh didapati di restoran segera? Dengan resepi mudah ni, anda boleh hasilkan 3 jenis ayam yang sangat sedap, juicy, dan penuh rasa untuk dinikmati tanpa nasi. Sarapan, makan tengah hari, atau bekal berkelah, semua boleh!
1. Ayam Teriyaki Power
Bahan-bahan:
2 keping isi dada ayam, hiris nipis
1/4 cawan kicap cair
2 sudu makan cuka makan
1 sudu makan halia parut halus
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan gula perang (boleh gantikan dengan gula putih)
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan bijan putih (goreng tanpa minyak)
1 pokok daun bawang, hiris halus
Garam & gula secukup rasa
Cara buat:
Gaul ayam dengan kicap, cuka, halia, minyak bijan dan gula. Perap 15 minit.
Bakar ayam pada 180°C selama 15 minit. Ketepikan.
Masak halia dengan sedikit minyak, tambah sos yang dicampur (minyak bijan, cuka, kicap, gula). Masak hingga pekat.
Masukkan ayam, gaul dengan sos, tutup api.
Tabur bijan & daun bawang. Sedap dimakan panas atau sejuk!
2. Ayam Goreng Peri-Peri Pedas Meletop
Bahan-bahan:
500g drummet ayam, bersih & tos
2 biji cili merah cincang halus
3 ulas bawang putih cincang
1 sudu makan sos peri-peri
1 biji lemon (perah jus)
1 sudu makan paprika
1 helai daun bay kering
1 sudu teh oregano
Garam & lada sulah secukup rasa
3 sudu makan mentega
Minyak masak secukupnya
Cara buat:
Gaul ayam dengan serbuk kunyit & garam. Goreng hingga kekuningan, ketepikan.
Tumis bawang putih & daun bay dengan mentega, tambah cili, paprika, oregano & sos peri-peri.
Masukkan ayam, gaul rata.
Perah lemon, tambah garam & gula secukup rasa.
Angkat dan hidang. Pedas, wangi, sedap!
3. Jejari Ayam Rangup Sos Madu Bawang Putih
Bahan-bahan:
500g isi dada ayam, hiris memanjang
3 cawan nestum, kisar kasar
2 biji telur
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu makan daun ketumbar cincang
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Madu Bawang Putih:
2 ulas bawang putih cincang
4 sudu makan madu
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos cili Thai
Jus 1/2 lemon
Secubit garam
Cara buat:
Keringkan ayam dengan tisu dapur.
Campur telur dengan serbuk lada sulah, paprika, ketumbar, garam. Celup ayam.
Salutkan ayam dengan nestum. Ulang untuk semua ayam.
Goreng ayam hingga kuning keemasan. Toskan minyak.
Campur semua bahan sos madu bawang putih. Gaul rata.
Hidang jejari ayam dengan sos. Confirm nak tambah!
Tak perlu susah, guna bahan mudah, dan hasilnya memang sedap seperti makanan segera. Sesuai sangat untuk hidangan keluarga, bekal sekolah, atau bawa pi berkelah. Ayam rangup ke, ayam berperisa ke, semuanya ada!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI