
Menjelang malam, anak-anak request makanan yang simple. Boleh buat resipi perkongsian Roha Adrinna ini. Mudah dan ringkas hanya guna dua bahan. Lebih enak jika roti putih ni disapu dengan marjerin atau mentega terlebih dahulu. Gerenti berebut anak-anak menikmatinya.
Resipi Sandwic Telur
Bahan-Bahan:
- Roti putih
- Telur
- Mayonis
- Lada sulah
- Garam / perasa
Cara membuat:
1.Rebus telur hingga masak. Jumlah telur bergantung kuantiti sandwic yang anda mahu.
2.Masukkan telur yang direbus ke dalam bekas dan lenyek menggunakan garpu hingga halus.
3.Masukkan mayonis secukupnya.
4.Tambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada cita rasa masing-masing.
5.Gaul inti hingga sebati.
6.Ambil roti dan sapukan inti tadi. Sapu roti dengan planta untuk rasa yang lebih enak.
7.Sandwic telur sedia untuk dihidang
Dapatkan CUOCO STAINLESS STEEL AIRTIGHT CONTAINER SET dengan harga diskaun DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Kredit: Roha Adrinna
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah
Jagung Cawan Lemak Manis Ala Pasar Malam Tanpa Kukus Gerenti Ramai Suka
Wajib Cuba! Resipi Beef Ginger Sedap Ala Restoran Cina Muslim
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Roti Daging Enak Dimakan Bersama Chili Oil

Ada yang teringin nak makan roti daging? Boleh buat sendiri lagi puas makan.Tambah enak dimakan bersama chili oil. Hidangkan panas-panas memang menyelerakan.Nak buat pun mudah.
Roti Daging
Bahan-bahan:
250gm daging kisar
1/4 bawang Holland-dicincang
Daun bawang-dicincang
1/2 sudu besar kicap cair
3/4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa
1 sudu besar tepung jagung
3-4 keping roti canai frozen
Cara memasak:
1. Dalam mangkuk, masukkan daging kisar, bawang Holland,daun bawang, kicap cair,
sos tiram, serbuk lada putih, serbuk lada hitam berperisa dan tepung jagung.
Kacau rata.
2. Guna roti canai frozen, letakkan inti daging tadi dan bunjutkan begini.Kemudian
leperkan.
3. Susun dalam tray air fryer dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25-30
minit.
4. Selepas 14 minit terbalikkan.Masak hingga keperangan begini.
( memang daging akan masak sepenuhnya)
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
4 Menu Strawberi Kesukaan Anak. Kek, Biskut, Trifles ..Sedapnyaa.
Buah strawberi yang merah ranum tu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pasteri yang lain.
Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan anti oksidannya juga memang gerenti sedap bila dibuat kek dan pasteri. Ni min kongsikan sajian pencuci mulut kek dan pasteri untuk dicuba.
1. STRAWBERRY TRIFLES
BAHAN KEK:
- 150gm tepung kek
- 150gm mentega
- 150gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLES:
- 3-4 biji strawberi | dipotong
- 300ml krim putar | pukul hingga kembang
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan.
2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati.
3. Tuang adunan di dalam loyang 10 x 10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak.
4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang.
5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya.
6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak, manis dan masam yang seimbang
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
2. STRAWBERRY CHEESECAKES BAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 250gm mentega
- 100gm gula kastor
- 12 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 280gm tepung gandum serba guna
- ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
BAHAN LAPISAN KRIM KEJU:
- 225gm krim keju
- 90gm gula ising
- 3 biji telur
- Jem strawberi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Tekan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar.
Info chef: Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan ada sedikit masam strawberi
Jenis masakan : Kek
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
3. STRAWBERRY SHORTCAKE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 260gm buah strawberi | potong dadu
- ½ sudu teh jus lemon
- 75gm gula kastor
- 122gm tepung red rose
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh garam
- 36gm mentega
- 70gm Heavy cream
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 180 ˚C.
2. Satukan buah strawberi, dan jus lemon biarkan seketika.
3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Kemudian masukkan heavy cream gaul hingga menjadi doh dan masukkan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
5. Sudukan di atas loyang.
6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Ada rasa masam dan lemak mentega
Jenis masakan : Kudapan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
4. STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON
BAHAN-BAHAN:
- 500gm doh puff pastry
- 1 biji telur
- 7-8 biji buah strawberi
BAHAN KRIM KEJU COKLAT:
- 50gm gula ising
- 20gm serbuk koko
- 225gm krim keju
- ½ sudu esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil.
2. Bakar dengan suhu 200 ˚ C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika.
3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila.
4. Pukul lagi hingga kembang.
5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff pastri. Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh juga tabur dengan manik coklat jika suka di atas krim keju coklat.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Pastri rangup bila dikunyah
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Ini 3 Menu Buah Naga Yang Sedap & Berkhasiat, Nak Cantik & Sihat Boleh Cuba Ye!

Buah Naga kaya dengan manfaat kecantikan dan kesihatan. Kandungan antioksidan dan vitamin C nya dikatakan mampu mengekalkan keremajaan kulit serta menentang radikal bebas dalam tubuh yang boleh menghalang pertumbuhan sel kanser.Kandungan karotena turut dikaitkan dengan antikarsinogenik yang membantu menjauhi pertumbuhan tumor. Sementara warna merah pada buah naga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser prostat.Paling penting, buah Naga membantu mengurangkan kolestrol dan mengurangkan masalah berkaitan jantung.
Kandungan serat dalam buah naga pula membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. Oleh itu, pengambilan buah naga secara rutin membantu menjauhi penyakit diabetes dan melancarkan proses penghadaman, mengurangkan masalah sembelit dan segala masalah berkaitan usus.
Bagi mendapatkan manfaat buah naga untuk kesihatan dan kecantikan, selain dimakan begitu sahaja, buah Naga juga boleh dijadikan jus, puding ataupun kek. Berikut tiga menu berasaskan buah naga RASA kongsikan bersama pembaca semua.
PUDING BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
- 10 gm serbuk agar-agar
- 4 cawan air
- 3/4 cawan gula
- 1 tin susu cair (400 ml)
- 1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga
CARA MEMASAK:
- Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
- Tutupkan api.
- Masukkan susu cair. Kacau rata.
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
- Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
- Sejukkan dalam peti sejuk.
KEK BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung kek/superfine
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan buttermilk
- 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu teh pewarna merah
- 1/2 cawan mentega cair
- 1/2 cawan buah naga lecek
- sedikit buah naga didadu
- 1 biji telur A
- Esen vanila
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
- Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
- Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
- Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering.
- Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
- Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
- Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.
JUS BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah naga
- 1 tin aiskrim soda
- 5 sudu makan susu pekat manis
- 1 gelas ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kupas buah naga dan potong kiub.
- Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
- Kisar hingga hancur.
- Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.