Rendang bagaikan kemestian sebagai menu utama hidangan Aidilfitri atau di Aidiladha. Bukan sahaja enak dimakan bersama lemang, nasi impit dan ketupat, rendang juga menarik untuk di makan bersama pelbagai jenis nasi. Ini disajikan 10 jenis rendang yang boleh dijadikan pilihan untuk anda cuba sebagai menu wajib di hari raya.

 

1. RENDANG TOK

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang | dipotong dadu
  • 1 ½ liter santan
  • 4 sudu masak kerisik
  • 2 helai daun kunyit | di carik-carik
  • 2 helai daun salam
  • 3 batang serai | dititik
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  • 1 keping gula Melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 

BAHAN  SANGAI:

  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

 

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan daging dengan sedikit bahan kisar lebih kurang dua jam. Panaskan minyak, tumiskan serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging yang telah diperap dan kacau hingga air daging kering.
  3. Masukkan santan, garam, gula Melaka, separuh  dari kerisik, daun kunyit dan daun salam. Kacau sekali sekala.
  4. Bila kuah pekat dan daging empuk, masukkan bahan sangai dan sebahagian lagi kerisik tadi. Kacau hingga rending betul-betul kering.

 

Info chef: Rendang tok yang betul-betul kering boleh tahan hingga seminggu tanpa dipanaskan.

 

 

 

 

2. RENDANG KERANG

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 kg kerang | dibersihkan dan tos
  • 1 liter santan pekat
  • 2 helai daun kunyit | dicarik-carik
  • 5 batang serai | dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 3cm lengkus
  • 3cm kunyit

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus kerang seketika. Kemudian keluarkan isi dan ketepikan.
  2. Masukkan santan ke dalam kuali bersama bahan kisar.
  3. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Seterusnya, masukkan kerang, daun kunyit, serai titik, asam gelugur, kerisik, garam dan gula secukupnya.
  5. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
  6. Sedia dihidangkan.

 

Info chef: Kerang di masukkan akhir bertujuan untuk mengekalkan rasa manis kering.

 

 

 

3. ITIK RENDANG LENGKUAS

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg itik | potong kecil
  • 1 kg santan pekat
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 batang serai | dititik
  • 3 sudu makan lengkuas kisar | tapis dan buang airnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam keping
  • Minyak masak secukupnya.

 

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan itik dengan perahan limau nipis atau kasturi. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air bersih. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan lengkuas yang telah ditapis airnya, kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan itik, kacau rata hingga sebati dengan bahan tumis. Biarkan hingga daging itik kecut dan airnya kering.
  4. Masukkan santan pekat, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
  6. Kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit lagi.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

 Info chef: Untuk pastikan daging itik tidak liat, masak dengan api perlahan.

IKLAN

 

 

 

4. RENDANG PARU

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg paru | rebus dan dihiris nipis
  • 1 liter santan
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 3 batang serai | dititik
  • 1 keping asam keping
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 3cm halia

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak
  2. Masukkan paru yang telah direbus dan dihiris.
  3. Kemudian kacau hingga rata.
  4. Masukkan santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala.
  5. Bila kuah pekat dan paru empuk, masukkan pula kerisik dan hirisan daun kunyit.
  6. Kacau hingga rencang betul-betul kering.

 

Info chef: Rendang paru juga sesuai dimakan bersama pulut kuning.

 

 

 

5. RENDANG HATI

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg hati | direbus dan dihiris nipis
  • 1 liter santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 batang serai  | dititik
  • 1 keping asam jawa
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 3cm halia

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan hati yang telah dihiris dan kacau lagi.
  4. Masukkan santan, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau sekali sekala atas api sederhana.
  6. Bila kuah pekat, masukkan pula kerisik.
  7. Kacau sehingga rendang betul-betul kering dan timbul minyak. Angkat dan hidangkan.

Info chef: Rempah kari dimasukkan dalam rendang untuk memberikan rasa rempah dan menghilangkan rasa hanyir hati.

 

 

IKLAN

 

6. RENDANG DAGING KETUMBAR

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang | direbus dan dihiris nipis
  • 1 liter santan
  • 3 sudu makan kerisik
  •  4 helai daun salam
  • 3 batang serai | dititik
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

 

BAHAN SANGAI:

  • 3 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

 

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 3 batang serai
  • 3cm halia

 

CARA MEMASAK:

  1. Titik hirisan daging hingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan serai titik dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging, kacau rata dengan bahan tumisan.
  4. Masukkan santan, garam, gula dan daun salam. Kacau sekali sekala.
  5. Bila kuah sudah pekat, masukkan masakan separuh dari ketumbar, jintan manis, jintan putih dan kerisik.
  6. Kacau hingga rending betul-betul kering.
  7. Akhir sekali taburkan sebahagian lagi ketumbar tadi.
  8. Kacau lebih kurang dua minat lagi.
  9. Kemudian tutup api dan angkat.

 

Info chef: Ketumbar hendaklah dikisar kasar untuk memberikan rasa ketumbar pada rendang.

 

 

 

7. DAGING RENDANG CILI PADI

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging  | dihiris nipis
  • 1 kg santan pekat
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 sudu makan kerisik
  • 5 batang serai | dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • Minyak masak untuk menumis

 

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 cm halia
  • 2.5 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

  1. Cuci daging kemudian ketepikan dan tos airnya.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging, kacau dan biarkan air daging kering.
  4. Masukkan pula santan pekat, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik, hirisan serai dan daun kunyit.
  6. Kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit lagi dan timbul minyak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Daging tetel juga sedap dimasak dengan resepi ini.

 

 

IKLAN

 

8. RENDANG UDANG MAK TOK

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg udang saiz XL | dibersihkan dan tos
  • 1 liter santan pekat
  • 2 helai daun kunyit | dicarik-carik
  • 3 batang serai | dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 tangkai cili merah
  • 8 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar.
  2. Masak sehingga kuah hampir pekat.
  3. Seterusnya, masukkan udang, daun kunyit, serai, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
  4. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
  5. Sedia dihidangkan.

 

Info chef: Bagi memastikan rasa rendang yang enak, pastikan anda memilih udang yang baru dan segar sahaja.

 

 

 

9. AYAM RENDANG MINANG

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dipotong sederhana
  • 1 kg santan pekat
  • 2 helai daun kunyit | dihiris
  • 4 batang serai | dihiris halus
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 keping asam gelugur

 

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 cm halia
  • 2.5cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ayam dengan limau nipis, kemudian ketepikan dan tos airnya.
  2. Masukkan santan pekat dalam periuk bersama bahan kisar, serai titik dan asam gelugur.
  3. Bila kuah sudah pekat, masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa. Apabila daging empuk dan kuah agak kering, taburkan daun kunyit di atasnya.
  4. Kecilkan api dan reneh rendang hingga timbul minyak.
  5. Angkat dan hidangkan.

 

Info chef: Jika ayam sudah empuk tetapi kuah masih banyak, keluarkan ayam dan ketepikan. Terus reneh kuah bila sudah pekat masukkan semula ayam.

 

 

 

10. AYAM RENDANG PEDAS

10 Jenis Menu Rendang Yang Lazat Jadi Pilihan Di Hari Raya Haji.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dibersihkan dan tos
  • 1 liter santan pekat
  • 2 helai daun kunyit | di carik-carik
  • 3 batang serai | dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 tangkai cili kering
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  •  2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar.
  2. Masak sehingga kuah hamper pekat.
  3. Seterusnya, masukkan ayam, daun kunyit, serai, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
  4. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
  5. Sedia dihidangkan.

 

Info chef: Jika mahu rasa lebih pedas tambahkan cili padi dan kurangkan cili kering.

 

 

Resipi oleh: Nurul Adlina Soa’ed

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI