Bagi yang sangat mementingkan kesihatan, jus buah-buahan tanpa gula adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana setiap jenis buah mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia bukan sahaja enak bahkan mampu memberi pelbagai khasiat pada tubuh sama ada untuk detoks, tingkatkan imunisasi dan sebagainya. Apa kata anda cuba 10 resipi jus sihat daripada MBG yang kami kongsi ini. Sangat mudah untuk dibuat dan jika inginkan buah-buahan yang segar dan bermutu tinggi, anda boleh membelinya di mana-mana outlet MBG.
JUS ANGGUR PISANG BERSAMA PIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji pisang | hiris
1 biji buah pir | hiris,buang biji
10 biji anggur
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar buah pisang, pir dan anggur hingga lumat dan sebati. Tambah sedikit air mengikut keperluan.
Sedia dinikmati.
Info chef: Elok untuk membantu mengawal paras gula dalam darah.
JUS BUAH NAGA DAN OREN BERSAMA EPAL
BAHAN-BAHAN:
½ biji buah naga | hiris
1 biji buah oren | hiris, buang biji
1 biji buah epal | hiris buang biji
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan buah naga, buah oren dan buah epal. Kisar hingga sebati. Masukkan air secukupnya.
Tuang ke dalam cawan. Sedia dinikmati.
Ads
JUS JAMBU BATU, EPAL DAN OREN
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal | buang biji, potong dadu
½ biji jambu batu | buang biji, potong dadu
1 biji oren | buang kulit dan biji, potong dadu
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua buah di dalam pengisar dan kisar hingga hancur dan halus.
Masukkan air secukupnya
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Membantu melancarkan perkumuhan.
JUS BERI YOGURT
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah pir | potong
20 biji beri biru
5 biji strawberi
Sedikit yogurt kosong
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur kesemua buah-buahan bersama yogurt ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur.
Masukkan sedikit air jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati. Bagus untuk membantu sistem penglihatan.
Info chef: Boleh tambah ais jika suka.
JUS KIWI DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
¼ biji nanas | buang kulit
2 – 3 biji buah kiwi | buang kulit
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan nanas dan kiwi ke dalam pengisar.
Tambah sedikit air jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Berkhasiat untuk menghalang osteoporosis.
JUS MANGGA LOBAK MERAH DAN EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak merah | kupas kulit
1 biji pir | buang kulit, potong dadu
1 biji epal | buang biji, potong dadu
1 biji mangga | buang biji dan kulit
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua buah ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan lumat.
Masukkan sedikit air masak jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Bagus untuk menyejukkan badan dan membuang toksin di dalam badan.
JUS PISANG SITRUS
BAHAN-BAHAN:
Ads
1-2 biji pisang | buang kulit
1 – 2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji perahan lemon
CARA MEMASAK:
1.Kisar buah pisang dan oren ke dalam pengisar hingga halus.
Masukkan perahan lemon. Kisar sekejap lagi.
Tambah air jika perlu. Tuang ke dalam bekas dan sedia dihidangkan. Boleh tambah ais jika suka.
Info chef: Kaya antioksidan dan memberikan rasa tenang.
JUS SADERI DAN EPAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 – 3 batang saderi
1 -2 batang timun Jepun | kupas kulit
1-2 biji epal hijau | buang kulit dan biji
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar batang saderi, epal dan timun hingga lumat. Masukkan air jika perlu.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Membantu mengurangkan kolesterol.
JUS UBI BIT MERAH OREN DAN EPAL
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi bit merah | kupas
Ads
1-2 biji oren | kupas kulit dan buang biji
1-2 biji epal | kupas kulit dan buang biji
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar ubi bit merah, oren dan epal hingga hancur dan lumat.
Tambah sedikit air jika perlu dan kisar lagi.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan stamina.
JUS BUAH NAGA BERSAMA STRAWBERI DAN YOGURT BERSUSU
BAHAN-BAHAN:
5-6 biji buah strawberi segar
½ biji buah naga
Sedikit yogurt kosong
Sedikit susu segar
CARA MEMASAK:
Kisar buah naga, strawberi hingga hancur.
Masukkan yogurt dan susu. Kisar lagi.
Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.
Info chef: Anti anemia dan menguatkan tulang. Boleh masukkan sedikit pemanis kurma jika suka.
Penyelaras Teks Rasa: Nurul Azwa Abu Bakar
Resipi: MBG Fruits Supply Sdn Bhd
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Uhhmmm!!! sedapnya menghirup sup ekor segar dan menikmati daging yang lembut. Sedia maklum, sup ekor banyak khasiat terutama memulihkan dan menambah tenaga dalaman.
SUP EKOR CIBIUK
BAHAN-BAHAN:
400gm ekor lembu
1 liter air
1/2 batang lobak merah
1 biji tomato
1 sudu teh serbuk lada sulah
Rempah penumis ] kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
BAHAN PELENGKAP:
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun saderi yang dimayang halus
1 tangkai daun kemangi
1 biji tomato di potong dadu
CARA MEMASAK;
1. Rebus ekor hingga empuk dan ketepikan.
2. Asingkan ekor dari air rebusan.
3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan penumis dan bahan kisar hingga wangi.
4. Masukkan air rebusan ekor dan biarkan sup mendidih.
5. Masukkan lobak merah, diikuti dengan ekor yang telah direbus tadi.
6. Perasaan dengan serbuk lada sulah dan garam secukupnya.
7. Biarkan sup mereneh lima minit lagi dan tutup api.
8.Hidangkan bersama hirisan tomato, daun sederi, daun kemangi dan bawang goreng.
9. Sup sedia dihidangkan bersama sambal kicap.
Info Chef: Jika ingin pedas boleh tambahkan hirisan cili padi di dalam sup.
Saiz hidangan: 4 orang Waktu Memasak: 45 minit Cara Memasak: Rebus dan tumis Jenis Masakan: Hidangan Utama Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas bersama. Anggaran kos: RM30
Buat kamu yang gemar minum nescafe dan inginkan rasa yang lebih sedap kena cuba resipi ni. Pemuda ini kongsi resipi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal oleh lelaki yang mempunyai pengalaman bebelas bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbuck.
Saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
INILAH RAHSIANYA
1. Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.
2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil
3. Susu manis 1 setengah sudu hinggan 2 sudu kecil
4. Campurkan dan kacau sekali
5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6. Lepas dah kacau kuchalana tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!
7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini lah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan diair sudah ku tahu jantan betinanya, macam tu lah nescafe.
Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4.
*Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja tu.
Daging Dendeng memang tak dinafikan keenakannya, rasanya yang pedas manis dan kaya dengan aroma rempah ratus ni adalah menu autentik popular setiap kali raya. Di kalangan orang-orang Perak, selain Rendang Tok, Rendang Pedas, Dendeng juga menu warisan turun temurun. Anda yang ingin mencuba, berikut RASA kongsikan resipinya, sekurang-kurangnya bila masak, terubat rindu anak-anak perantauan yang tak dapat balik beraya,
DAGING DENDENG PERAK BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang
6 batang serai | ketuk
10 helai daun limau purut | hanya untuk aroma wangi
1 cawan air rebusan daging
1/2 – 1 cawan bawang goreng | lagi banyak lagi sedap.
1/2 kicap manis secukupnya
Kicap masin | sedikit sahaja
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
Minyak masak secukupnya BAHAN KISAR:
25 tangkai cili kering |nak pedas boleh tambah
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai | hiris
CARA MEMBUAT:
Rebus hingga lembut & hiris nipis.
Renjiskan kicap manis pada daging dan gaul rata.
Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
Kemudian tumbuk daging guna lesung batu (jangan sampai hancur).
Panaskan minyak secukupnya, goreng serai hingga agak perang, angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis pula bahan kisar. Tumis hingga garing dan timbul minyak.
Kemudian masukkan 5 helai daun limau purut yang dicarik-carik dan serai yang digoreng tadi.
Tumis hingga pecah minyak dan wangi aromanya.
Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Tumis lagi.
Masukkan air rebusan daging, Tambahkan kicap manis manis ( lebihkan) dan sedikit kicap masin (sekadar untuk kesan warna gelap).
Bila kuah dah pekat dan hampir kering, masukkan daging dan baki daun limau purut. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan bawang goreng, kacau lagi. Sesuaikan rasa, jika perlu tambah garam, gula dan perasa secukupnya.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.