Sedapnya Nangka Goreng ni. Salah satu resipi minum petang yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun hidangan ini ringkas, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Selalu buah nangka kita makan begitu sahaja tapi kali ini kita buat goreng.
Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk minum petang, bolehlah cuba resipi nangka goreng seperti yang dikongsikan oleh Nawar Azhar ini.
BAHAN-BAHAN:
Isi buah nangka yang sudah masak (dipotong kecil-kecil, ketepikan)
Tepung beras*- BELI SINI
Tepung ubi*-BELI SINI
Gula pasir* (jika isi nangka sudah manis, tidak perlu tambah gula)-BELI SINI
Garam*-BELI SINI
Air*
Sedikit pewarna kuning (optional)
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan-bahan bertanda.* Kacau sebati.
2. Adunan tidak cair sangat dan tidak pekat sangat.
IKLAN
3. Masukkan isi nangka yang sudah dipotong ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
4. Apabila minyak sudah panas, masukkan isi nangka tadi. Goreng sampai kekuningan.
IKLAN
5. Toskan minyak dan bolehlah diangkat. Hidangkan ketika masih panas.
INFO: ~tiada sukatan tepat untuk bahan-bahan di atas. Tepung beras kena lebihkan sedikit dari tepung ubi. ~nangka goreng sedap di makan masa panas-panas.
Sumber kredit: Nawar Azhar via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Mayones homemade ni banyak gunanya dalam masakan. Boleh letak dalam inti sandwic, guna untuk hasilkan telur dadar gebu dan banyak lagi. Malah rasanya sama je macam yang kita beli di pasaraya tu. Bila dah pandai buat sendiri ni, tak perlu dah beli lagi. Boleh ajak anak-anak untuk sama-sama buat mayones homemade ni. Pasti seronok. Jom tengok resipi perkongsian saudari Assalamualaikum Hai Saya Reen.
CARA HASILKAN MAYONES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur saiz sederhana
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon)
1 sudu kecil garam
1cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih.
Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi.
Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit.
Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar.
Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus.
Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
Suka makan ikan bakar? Kalau setiap kali nak masak baru nak buat perencah, memang melambatkan kerja. Jadi puan-puan boleh buat stok perencah ikan bakar homemade ni. Bila nak guna, ambil dan terus masak sahaja. Kalau makan dengan air asam, lagi bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Che Rohana Chek Akob ni. Puan-puan pasti sukakan hasilnya.
RESIPI PERENCAH IKAN BAKAR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
15 tangkai cili kering (*)
2 biji bawang besar (*)
5 batang serai (*)
1 inci halia (*)
1 inci kunyit hidup (*)
1 cawan santan pekat
Air asam jawa/ asam keping
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan bertanda (*) hingga halus. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa secukupnya. Boleh juga guna 1-2 keping asam gelugur. 4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 5. Masukkan santan pekat. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih seketika. Padamkan api. 6. Pastikan pes tidak terlalu pekat bagi mengelakkan pes tidak sekata bila disapu pada ikan. 7. Untuk menyediakan ikan bakar, sapu atau percikkan perencah di atas ikan menggunakan serai yang telah dititik. Bakar hingga kekuningan atau hingga ikan masak. 8. Angkat dan nikmati segera. Enak dimakan panas-panas.
Episod kali ini, Salina Saibi sebagai artis jemputan untuk memasak lauk dan manisan menu tradisi keluarganya untuk berbuka. Kali ini Salina Saibi akan dibantu oleh adiknya Shafira Saibi. Menu pilihan mereka pada hari ini adalah Ayam Masak Kicap Pedas dan juga Kuih Gulung atau nama lainnya Ketayap. Wahhh menariknya gabungan menu ni, lepas makan lauk pedas, kita makan pula kuih ketayap yang intinya memang manis dengan aroma pandan.
Tak sangka Salina Saibi dah mula pandai masak sejak darjah enam lagi. Pelakon Gerak Khas ini memang kelihatan dah biasa memasak di dapur. Katanya, dia lah yang selalu memasak lauk untuk adik-adiknya selepas pulang dari sekolah dan diakui oleh adiknya, Shafira.
Menu masakannya kali ini menggunakan bahan dari jenama Aji. Gerenti jadilah kalau guna bahan masakan dari Aji ni. Paling best sekali, bila buat kuih ketayap ni bila guna Tepung Goreng Pisang SERI-AJI yang ada aroma vanilla pehhh memang lagi naik bau kuih ketayap ni dan lagi cantik tekstrur kulit kuih ketayap ni. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara masakan menu untuk episod kali ini.
AYAM MASAK KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor Ayam
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Cili kering kisar
3 sudu besar Sos cili
3 sudu besar Sos tomato
3 sudu besar Sos tiram
1 sudu kecil AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa
6-7 sudu besar Kicap lemak manis
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
1 biji Cili merah
1 biji Bawang besar, dibelah 6
2 tangkai Daun bawang, dihiris
Bahan-bahan (A): ditumbuk
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
½ inci Halia
CARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam bersama ½ sudu kecil garam dan kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan-bahan (A) yang ditumbuk dan tumis sehingga kekuningan.
Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, AJI-SHIO Lada Hitam Berperisa & AJI-NO-MOTO dan ayam tadi. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan kicap lemak manis, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
Masukkan bawang, gaul sehingga bawang sedikit layu dan padamkan api.
Tabur daun bawang dan sedia untuk dihidang.
KUIH GULUNG @ KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
Inti
½ biji Kelapa parut
¼ cawan Gula melaka
¼ cawan Gula pasir
2-3 helai Daun pandan
½ sudu kecil Garam
Bahan-bahan (A): Kulit
2 cawan SERI-AJI Tepung Goreng Pisang
2 cawan Santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
1 biji Telur
4-5 helai Daun pandan
1 sudu kecil Garam
2-3 titik Pewarna hijau (optional)
CARA PENYEDIAAN INTI:
Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
CARA PENYEDIAAN KULIT:
Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
Bancuh santan bersama SERI-AJI Tepung Goreng Pisang, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.