1. Masukkan gula dan air dalam pengisar dan biarkan lima minit untuk mencairkan gula. 2. Kemudian masukkan buah tembikai dan jus lemon. Kisar hingga hancur dan sebati. 3. Tapiskannya, kemudian tuangkan air jus yang telah ditapis ke dalam acuan aiskrim pop. 4. Letakkan tangkai aiskrim, kemudian bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.
1. Dalam periuk kecil panaskan krim bersama gula atas api sederhana. 2. Kacau hingga adunan panas dan berwap (tetapi tidak sampai mendidih). 3. Tutup api dan tambahkan coklat dan biarkan 15 minit. Seterusnya campurkan pisang dalam adunan, gaul rata. 4. Tuangkan adunan aiskrim dalam acuan aiskrim pop dan letakkan tangkainya sekali. Bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.
1. Masukkan air dan gula dalam alat pengisar dan biarkan lima minit, untuk menghancurkan gula. 2. Tambahkan strawberi dan buttermilk, kisar hingga halus. Kemudian tuangkan dalam acuan pop dan letakkan tangkai sekali. 3. Bekukan semalaman di dalam freezer sebelum sedia dihidangkan.
MANGO SPICE POP
BAHAN-BAHAN:
½ cawan gula ½ cawan air 2 biji mangga, kupas & cincang (hasilnya dapat 1 ½ cawan) ½ sudu teh serbuk cili 2/3 cawan air limau nipis
CARA MEMBUAT:
IKLAN
1. Masukkan gula dan air dalam blender dan biarkan lima minit, untuk melarutkan gula. 2. Tambahkan mangga, air limau nipis serbuk cili ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. 3. Tuangkan dalam acuan, dan letakkan tangkai dan bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.
PINA COLADA POP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nanas segar | dadu kecil ¼ cawan air limau nipis 1 cawan santan
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan nanas, santan dan air limau nipis dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. 2. Tuangkan dalam acuan aiskrim dan letakkan tangkainya sekali. 3. Bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kuih lejen ni kalau tak betul-betul ikut caranya memang tak menjadi. Kuih orang-orang lama ni tidak boleh challenge kuih moden. Rasanya memang tidak boleh dinafikan. Kuih ni sedap dengan rasa harum kacangnya.wangi tahi minyaknya dan lemak manis gula merahnya. Kalau ada yang teringin, boleh cuba buat dengan resipi ini.
Kuih koleh kacang
Bahan-bahan: 3 cawan tepung kacang hijau 1 cawan santan pekat 2 cawan air Sedikit garam Air gula merah dari 2 cawan gula merah (jadikan 2 cawan. Kalau nak manis tambh gula lagi.Ni mak cik naik serentak. Sebelah tu masak taik minyak gunakan api besar. Dah jadi taik tu nanti tapis.Minyak tu ketepikan dulu.
Cara memasak: 1.Bancuh semua bahan-bahan di atas, tepung kacang,santan,air gula merah.air dan garam. 2.Tapis,masak api sederhana sampai kental.Biar betul-betul masak.Nanti boleh masukkan minyak dari taik minyak tu biar nampak cantik berkilat dan wangi. Masukkan dalam loyang.Tabur taik minyak tu. Siap untuk dihidang. *kuih banyak ni mak cik guna santan segar anggaran sekilo(tapi tak habis pun sekilo.Agak-agaklah)
Sebut sahaja pretzel, pasti ramai terbayang aneka roti lembut berpilin tu kan? Ada macam-macam perisa. Kalau sesekali ada sale, 5km beratur pun ramai yang sanggup. Bagi yang belum pernah rasa atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Lalola Lilo ni boleh anda cuba. Jimat, sedap dan bolehlah makan puas-puas.
PRETZEL
BAHAN-BAHAN( untuk 8 hidangan)
1 1/2 cawan air suam
1 sudu makan garam
1 sudu makan gula
1 paket yis kering
4 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu makan minyak (boleh guna minyak zaitun)
2/3 cawan baking soda
2 biji telur
Garam kasar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 230°c.
2. Dalam mangkuk, satukan air suam,sedikit garam dan gula. Kacau sampai larut. Kemudian masukkan yis. Rehatkan selama 5 minit (sehingga berbuih).
3. Masukkan tepung gandum dan 2 sudu makan minyak. Uli sehingga jadi doh.
4. Angkat sementara doh, sapukan lebihan minyak tadi pada mangkuk yang sama dan letakkan doh semula (tujuan supaya doh tak melekat pada mangkuk bila mengembang)
5. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan rehatkan sejam.
6. Selepas sejam, bahagikan doh kepada8 bahagian. Gelekkan setiap bahagian jadi bentuk tali panjang dan buat bentuk pretzel.
7. Dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan baking soda. Rebuskan doh pretzel tadi dalam 30 saat setiap belah.
8. Pindahkan pretzel ke baking sheet, sapukan telur di permukaan atas pretzel dan taburkan garam kasar.
9. Bakar dalam 10-15 minit atau sehingga kuning keemasan. (Boleh tukar perisa apa kita nak buat ikut citarasa) selamat mencuba!
Nota RASA: Resipi diatas adalah yang telah ditranslate dari resipi asal ( resipi luar negara). Bahan-bahan seperti garam kasar mungkin berbeza dengan garam kasar di Malaysia ( dari segi kemasinannya). Oleh itu, anda boleh sesuaikan perasa pretzel anda mengikut citarasa dan kesesuaian bahan yang ada.
Sagu Gula Melaka ni jika makan sejuk-sejuk memang sangat sedap. Manisan ini memang popular dan sesuai disajian di pelbagai majlis. Nak buatnya pun tidak sukar. Bahan-bahan sangat ringkas dan mudah didapati. Namun yang menjadi masalah adalah untuk memasak sagunya. Tapi jangan risau, saudari Nur Aqilah Jufri ada kongsikan resipi dan tip memasak sagu supaya hasilnya nampak sempurna dan sedap. Selamat mencuba!
1. Didihkan air dalam periuk. Kemudian masukkan sagu. Masak hingga sagu kembang dan jernih.
2. Ceduk sagu menggunakan penapis dan lalukan di bawah air bagi membuang lebihan kanji. Masukkan ke dalam bekas berisi air bersih. Ia penting untuk elak sagu melekat.
3. Ceduk sagu dan masukkan ke dalam bekas. JUmlah bekas bergantung pada bilangan warna yang nak diwarnakan.
4. Letak pewarna dan kacau sebati. Biarkan selama 20 minit.
5. Ambil sagu yang diwarnakan tadi. Cuci sekali lagi di bawah air mengalir bagi membuang lebihan warna serta untuk elak susu bertukar warna.
6. Untuk menyediakan kuah, masukkan susu cair, air, gula merah, gula melaka, daun pandan, jagung dan garam ke dalam peiuk. Masak seketika.
7. Sudukan sagu ke dalam bekas dan tuang kuah tadi. Sedia untuk dinikmati.