Petang-petang kalau pekena scone panas-panas dengan secawan kopi memang padu sedapnya. Lebih sedap, bila secone hasil air tangan sendiri, barulah anda mendapatkan rasa scone atau roti bantat yang lemak ini secara segar dan panas . Lebih sedap kalau dibelah tengah dan disapu dengan mentega dan dilapisi jem. Tak tau macam mana nak buat, nah ini resipinya:-
SCONE
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
IKLAN
500gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
125gm mentega tanpa garam sejuk ] potong dadu
25gm gula kastor
1 biji telur | pukul
275gm buttermilk/susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selcius.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat, cream of tartar, garam dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan mentega. Gunakan jari, gaulkan ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.
Ketepikan 1/3 daripada telur dan campur selebihnya dengan buttermilk dan tuang ke dalam adunan tepung dan guli menjadi doh lembap. Taburkan tepung di atas pencanai dan uli Canai setebal 2 cm.
Bahagikan doh kepada 12 menggunakan acuan bulat dan susun atas dulang pembakar. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu di atas doh dan bakar selama 15 minit.
Angkat dan sedia dinikmati bersama mentega dan jem.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Acar Rampai antara menu sayur sampingan yang dihidangkan bersama lauk-pauk bila ada pelbagai jenis kenduri kendara. Gabungan sayur lobak merah dan timun dalam acar ini akan lebih sedap kalau ia rangup, tidak berair serta cukup rasa masam, manis dan sedikit pedasnya. Kalau anda nak cuba, berikut disertakan resipinya.
RESEPI ACAR RAMPAI BAHAN-BAHAN : BAHAN HIRISAN:
2 biji timun
2 batang lobak merah
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi hijau
4 inci halia BAHAN KISAR:
1 peket kecil udang kering
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia BAHAN LAIN:
2 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Garam halus
Ajinomoto
Kapur makan
Minyak masak
Biji sawi | disangai
CARA MEMBUAT :
Timun (dibuang empulur), lobak merah dan halia dihiris memanjang seperti batang mancis.
Rendam dalam air kapur selama 15 minit (supaya rangup). Kemudian dibasuh dan dituskan hingga kering airnya.
Bawang merah dan bawang putih jika besar ukurannya hendaklah di belah dua. Cili Padi dibuang tangkai.
Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering hingga halus.
Panaskan minyak hingga pijar dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblend tadi hingga naik minyak.
Kemudian masukkan cuka, air, gula, garam halus dan perasa. Masak bahan selama 1/2 jam hingga kuahnya pekat.
Bila kuah telah pekat baru masukkan halia, lobak merah, bawang merah, bawang putih, cili padi dan timun. Gaulkan hingga rata baru masukkan biji sawi yang telah disangai dan gaul lagi hingga rata dan tutup api.
Biarkan acar di dalam kuali selama 1/2 jam barulah dihidangkan ( supaya bahan tumisan meresap dalam bahan hirisan tadi)
INFO: Acar rampai sedap di makan bersama nasi panas atau nasi minyak atau nasi beriani.
Kalau korang akan dikunjungi tetamu dalam masa yang terdekat, apa kata cuba masak resipi ni. Lauk ni memudahkan dan boleh disediakan dalam masa singkat. Yang paling penting, tetamu korang pasti akan teringat-ingat keenakannya. Barulah dinamakan tuan rumah yang bijak melayan selera tetamu. Satu lagi perkara penting. Jangan lupa Maggi Cukup Rasa. Lauk yang sedap, bertambah-tambah sedap tau!
AYAM PANGGANG SERAI DAN AIR ASAM
.
BAHAN A (ayam panggang)
1 ekor ayam (belah dua)
1 sudu makan sos tiram
5 ulas bawang putih (kisar lumat)
3 sm halia (kisar lumat)
1 batang serai (kisar lumat)
1 sudu makan MAGGI CUKUP RASA
Lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN B (air asam)
1 cawan air asam jawa
5 biji cili padi (tumbuk kasar)
1 biji cili merah
(tumbuk kasar)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sm belacan bakar
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
Sedikit gula
CARA MEMBUAT
Perap ayam dengan semua BAHAN A selama sejam atau lebih.
Panggang ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 oC selama 40 minit atau hingga ayam masak. Ketepikan.
Untuk membuat air asam, satukan semua BAHAN B dan sesuaikan rasanya.
Resipi rendang ayam pedas Perak ini boleh dijadikan salah satu juadah untuk menerima kedatangan para tetamu sepanjang Syawal ini.
Tentu ramai yang mengadakan rumah terbuka untuk sahabai handai dan saudara mara kan? Bolehlah masak resipi rendang ayam pedas Perak ini. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Faidhatul Arfah Ahmad ni ye.
Masukkan ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali. Kemudian masukan semua sekali bahan yang diracik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai.
Masukan juga bahan yang dikisar iaitu cili boh, lengkuas dan kunyit hidup. Setelah itu masukkan ke semua santan. Masak dalam api yang sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakkan hangit. Tutupkan kuali dengan penutup. Ssekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan ya.
Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahankan api dan guna api yang paling kecil. Masukkan gula Melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang di racik halus dan juga kerisik. Tunggu lagi dalam 30 minit – 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2 jam – 3 jam bergantung kepada berapa banyak yang kita masak. Kalau nak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.
Akhir sekali masuk daun kunyit yang diracik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh tutupkan api.
Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jangan guna minyak masak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
NOTA : Rendang yang bahannya dikisar & diracik halus akan memberi kelainan dari segi rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis.