Kali ini RASA nak kongsikan satu lagi resipi berasaskan kulit popia yang sangat sedap, rangup dan manis berkaramel. Mana tau ia boleh dijadikan sebahagian koleksi kudapan raya anda semua, hanya guna tiga bahan je dan jadi. Anda untuk kerana kos murah, buat senang, kudapan raya bertambah. Jom cuba.
POPIA KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
15 keping kulit popia
3 sudu makan gula pasir
2 sudu makan tepung gandum | bancuh dnegan 3 sudu makan air
Kacang tanah secukupnya | goreng tanpa minyak/sangai dan buang kulit luarnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
- Gunting kulit popia menjadi 4 atau 6 bahagian. Disarankan potong 4 bahagian.
- Ambil satu keping kulit popia yang sudah digunting, sapukan bahagian hujung atas dan bawah dengan larutan tepung gandum tadi (berfungsi sebagai gam supaya kulit popia yang digulung melekat).
- Letakkan kacang tanah di bahagian bawah lalu gulung ke atas. Lakukan hingga habis.
- Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali (mesti betul-betul panas).
- Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut.
- Kemudian masukkan popia dan goreng hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan.
- Popia Karamel sedia dihidangkan. By @dwimuslimah4
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Ayam Panggang ‘Seksi’ Kulit Cantik Berkilat, Isi Lembut & Sedap
Mungkin ramai sangka nak buat ayam panggang agak renyah, nak perap guna macam-macam bahan kemudian kena panggang lagi.
Tapi sebenarnya tak susah pun malah kalau ikut resipi yang dikongsi oleh Nurul Aini Mohamed Ali ini hasil ayam panggang memang sedap dan ‘seksi’.
Ayam cantik berkilat, garing kulitnya namun isinya sungguh lembut dan sedap dengan perapan aroma herba dan bahan-bahan yang digunakan. Nak sediakan untuk makan sekeluarga memang boleh sangat. Malah inilah resipi yang dijadikan jualan oleh Nurul Aini.
Resipi ‘sexy’ chicken grill yang cantik berkilat, isi pun sedap lembut
Bahan-bahan
Ayam seekor atau potong 4 (nak lagi ‘seksi’ tak perlu potong)
Bahan A :
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
* Semua bahan di atas dikisar
Bahan B
Sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Cara membuat:
1. Perap bahan A dengan Bahan B. Bahan B tu simpan sikit buat ‘basting’ bila masak setengah jalan, jadi ayam tak kering.
2. Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam. Siap!
Info Ekstra!
- Tak perlu balut dengan aluminium foil, masuk terus dalam oven.
- Ayam ini sedap dicicah dengan sos lada hitam.
Sumber: Nurul Aini Mohamed Ali
Koleksi Puding Yang Sedap , Masukkan Sekali Dalam Sajian Aidiladha
Sebut je puding memang ramai yang tak pernah jemu makan, kadang tengok je dah kecur air liur, macam tarasa-rasa sedapnya kat tekak. Lebih sedap bila ia dihidangkan sejuk-sejuk, memang menyelerakan. Tapi kalau nak makan yang sedap-sedap kenalah buat sendiri. Takda resipi, cuba je empat jenis puding yang RASA kongsikan ini.
Jangan lupa masukkan dalam senarai sajian Aidiladha nanti. Pencuci mulut terbaiklah.
1. PUDING AISKRIM OREO
BAHAN-BAHAN :
- 8gm serbuk agar-agar
- 100gm gula
- 500gm air
- 250gm krim putar
- 200gm susu segar
- 4 sudu makan aiskrim vanila
- 200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK :
- Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
- Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
- Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
2. PUDING TEH HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 10gm serbuk gelatin
- 2 sudu makan air sejuk
- 300gm susu segar
- 50gm gula
- 1 ½ sudu makan serbuk teh hijau
CARA MEMASAK :
- Taburkan serbuk gelatin ke dalam air sejuk. Biarkan selama 10 minit sehingga kembang. Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro teknik ‘double-boil’ sehingga gelatin mencair. Sejukkan seketika tetapi jangan sampai memekat.
- Panaskan susu segar dan gula. Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan.
- Masukkan larutan gelatin ke dalam sebatian teh hijau. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Hidangkan sejuk di dalam bekas puding.
- Sedia dinikmati.
3. PUDING COKLAT HERSHEY’S
BAHAN-BAHAN:
- 50gm gula
- 400ml susu penuh krim
- 30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
- 1 sudu makan serbuk agar-agar
- 1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
- ½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN:
- Sedikit krim putar
- Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
- Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
- Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
- Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
- Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
- Sedia dinikmati ketika sejuk.
4. PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN
BAHAN A (PUDING):
- 1 1/2 cawan susu segar
- ½ cawan air kelapa
- 5 sudu makan isi buah kundang
- 5 sudu makan isi buah oren
- 100gm chia seed
- 1 sudu makan madu
- 5 sudu makan gula
BAHAN B (TOPPING):
- 50gm isi buah kundang | potong kasar
- 50gm isi buah oren | potong kasar
- 3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
- Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
- Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
- Untuk menghidang, letakkan topping di atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.
INGIN MENCARI MESIN PENGISAR DAN PEMPROSES MAKANAN TERBARU, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Koleksi Sajian Mi Sesuai Untuk Hidangan Hujung Minggu.
Masyarakat cina amat terkenal dengan sajian mi. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun hasil hidangan memang enak dan punya rasa yang tersendiri. Antara bahan yang biasa digunakan dalam masakan adalah minyak bijan, bawang putih, sos tiram dan kicap. Agak berbeza dengan sajian mi goreng masyarakat melayu yang lebih banyak menggunakan bahan-bahan seperti bawang merah, ikan bilis dan cili. Nak cuba masak untuk keluarga anda? Jom cuba resipi di bawah ini.
MEE WANTAN BIJAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup
- 200gm hirisan isi ayam
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh gula
- 1/4 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh bijan | simpan sedikit untuk hiasan
- 1 sudu teh minyak bawang putih yang ditumis
- 150gm air
CARA MEMASAK:
- Rebus mi wantan sehingga kembang. Toskan airnya dan ketepikan.
- Panaskan minyak bijan dan minyak bawang. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, gula, serbuk lada putih dan air. Tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan kepingan isi ayam dan masak sehingga lembut dan wangi. Masukkan juga sedikit bijan.
- Tambahkan An’Nur Mee Wantan. Gaul sebati dan hidangkan ke dalam pinggan.
- Tabur lebihan bijan dan hiaskan dengan isi ayam diatasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef : Serbuk lada ptih boleh diganti dengan perencah sup ayam An’Nur.
MEE AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam
- 2 biji bawang besar Holland | dihiris bulat
- 4 sudu makan minyak masak
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 4 biji bawang merah | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 1cm lengkuas | dikisar
- 1 sudu teh biji ketumbar | dikisar
- 2 batang serai
- 4 helai daun limau purut
- 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup | dicelur hingga lembut
- 2 paket An’Nur Perencah Sup
- Sedikit Pak Choy | dicelur
- 1 biji telur | direbus
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
- Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
- Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
- Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
- Nikmati segera.
Info Chef : Tambah hirisan cili padi untuk rasa pedas.
CLAYPOT HOKKIEN MEE WANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup Ayam | direbus hingga kembang dan ditoskan
- 7 biji telur
- 100gm kubis cina / pak choy
- 10gm lobak merah
- 20gm cendawan straw / cendawan butang
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
- 100gm isi ayam | dihiris
- Sedikit cili merah | hiasan
- Sedikit bawang goreng | hiasan
- Sedikit minyak masak
BAHAN PERASA:
- 3 sudu makan kicap masin
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 paket perencah sup ayam An’Nur
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan gula
- 800ml air rebusan ayam
BAHAN PEMEKAT KUAH:
- 1/4 sudu teh garam bukit
- 1/2 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh tepung jagung
- 1/4 sudu teh lada putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan sayur-sayuran, cendawan dan ayam. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan mi wantan, bahan perasa, air rebusan ayam dan bahan pemekat. Biarkan seketika.
- Angkat dan masukkan ke dalam claypot. Masak lagi sehingga kuah sedikit pekat.
- Pecahkan telur di atasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef : Selain isi ayam, boleh juga menggunakan udang atau sotong.
BAN MEE TEOW KICAP SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Teow Sup Ayam | direbus hingga kembang dan toskan
- 2 ekor sotong besar | dihiris dan dicelur
- 10 ekor udang saiz sederhana | dicelur
- 100gm pak choy / chye sim | dicelur
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk
- Sedikit minyak masak
BAHAN SUP:
- 2 paket perencah sup ayam An’Nur
- 800gm air
- Daun sup dan daun ketumbar secukupnya
BAHAN KICAP BAN MEE:
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 1/2 paket perencah ayam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 150gm air
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan bahan kicap ban mee dan air. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan mee teow, sotong, udang dan sayur. Kacau sehingga kicap kering. Angkat dan hidangkan.
- Tabur bawang goreng dan hirisan cili potong. Nikmati segera.
Info Chef : Jika sukakan mi yang sedikit berkuah, tambah sedikit air rebusan ayam.
YIN YONG
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Teow Sup Ayam | direbus hingga kembang
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 inci halia | dihiris
- 1 tangkai sawi | dihiris
- 3 ekor sotong | dihiris
- 10 ekor udang
- 300gm isi ayam
- 2 biji telur
- 250gm air
- 1 sudu makan kicap pekat
- Sedikit minyak masak
BAHAN PEMEKAT KUAH:
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 paket perencah sup ayam
- 100gm air | dibancuh bersama bahan-bahan diatas.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bijan dan tumis 1 ulas bawang putih. Masukkan mee teow bersama 1 sudu makan kicap pekat. Gaul sehingga warna kicap sama rata. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali berasingan, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan air.
- Kemudian masukkan sawi, isi ayam, udang dan sotong. Gaul rata.
- Tuangkan bahan pemekat kuah dan kacau sehingga kuah sedikit pekat.
- Pecahkan telur dan pukul sedikit. Masukkan ke dalam kuah sedikit demi sedikit.
- Masukkan 1 paket sup ayam An’Nur dan kacau sehingga cukup rasa.
- Angkat dan tuangkan kuah Yin Yong ke atas mee teow tadi.
- Hidangkan segera.
Info Chef : Enak dinikmati bersama sambal belacan atau cili kicap.
MEE WANTAN YEE MEE MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup Ayam | direbus hingga lembut
- 4 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 ekor sotong | dihiris
- 10 ekor udang
- 1 tangkai Chye Sim
- Sedikit lobak merah
- 1 paket cendawan butang
- 3 sudu makan tepung jagung | untuk pekatkan kuah
- 1 biji telur
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
- 1 paket perencah sup ayam
- 1/2 sudu teh gula
- 1 sudu teh tepung jagung
BAHAN PERASA:
- 700ml air
- 1 sudu makan sos tiram
- Kicap cair secukup rasa
- 1 paket perencah sup ayam An’Nur
- 1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMASAK:
- Gaul udang dan sotong bersama bahan perap. Biarkan seketika.
- Panaskan minyak dan goreng mi wantan sehingga perang dan sedikit garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
- Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan air, perencah sup ayam, sos tiram, kicap cair, sotong, udang, cendawan, chye sim dan lobak merah. Masak hingga sayur lembut.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah. Biarkan memekat.
- Tuang minyak bijan dan pecahkan telur. Biarkan seketika dan angkat.
- Tuangkan kuah ke atas mi yang telah digoreng tadi.
- Nikmati segera.
Info Chef : Tabur bawang goreng dan daun sup untuk menaikkan rasa.
PENYELARAS RASA: ELINA KAMARUDIN
FOTO: NURULNIZA SUHAIMI