Bosan makan nasi tapi ingin hidangan yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.
KEBAB AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
• 3 keping roti pita
• 200gm isi ayam | dipotong dadu
• 1 ulas bawang putih | dicincang halus
• ½ biji bawang besar | dimayang halus
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos lada hitam
• 1 sudu besar mayones
• 8 helai daun salad | dibersihkan
• 2 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
4. Potong roti pita dan letakkan daun salad.
5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Ni Caranya Buat Roti Canai Homemade Lembut Sampai Petang
Buat pencinta roti canai, mesti resah kan bila harga roti canai dah makin mahal. Walaupun hanya roti canai kosong, harga pun dah boleh tahan naiknya.
Apa kata, kita belajar untuk buat sendiri roti canai homemade di rumah. Nak makan pun senang, tak kiralah pagi, petang atau malam.
Dengan resipi yang dikongsi oleh Iza Haliza Mohd Zaid ini, pasti puas hati bila dapat makan lebih roti canai bersama keluarga.
Yang pastinya, roti canai sedap dimakan dengan kuah dhal ataupun kari bersama sambal bilis.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum- beli online di sini
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin – beli online di sini
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini
1 sudu besar minyak masak – beli online di sini
TONTON Cara Masak Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera
TONTON Pencuci Mulut Macaron Teh Tarik
CARA-CARA:
1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A.
2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.
3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati.
5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit.
6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai).
7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing.
9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak.
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis.
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Kredit resipi: Iza Haliza Mohd Zaid
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Lain Macam Sandwic Ni, Tapi Sedap Sungguh
Nak sarapan yang senang tapi ada pedas, ada manis, ada rasa lemak-lemak sikit, rasanya mesti korang suka makan crogue monsiuer sambal ikan bilis ni. Sandwic ni lain macam sebab ada gabungan makanan Melayu dan barat. Jom try buat.
CROQUE MONSIUER SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Roti sandwic secukupnya
• Beberapa keping keju cheddar
• Beberapa helai daun salad
• 2 Sudu makan mentega
BAHAN INTI
• 2 sudu makan minyak zaitun
• 2 ulas bawang putih (dicencang)
• 1 biji bawang besar (dicencang)
• 2 biji tomato
• 4 sudu makan puri tomato
• 3 sudu makan sos tomato
• 1 sudu teh oregano
• 1 sudu teh mix herbs
• 1 sudu makan sos cili
• 75 gram ikan bilis
• Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan tomato, tomato puri, sos tomato, oregano, mix herbs dan sos cili. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga masak. Matikan api, ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan inti sambal ikan bilis di atas kepingan roti, diikuti kepingan keju cheddar dan hirisan salad.
2. Ulangi langkah yang sama untuk satu lagi lapisan.
3. Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masak roti tadi sehingga kedua-dua bahagian roti menjadi keperangan dan keju cair.
4. Angkat, potong roti dan nikmati segera.
Resipi oleh unknown dari Telegram KakiMakan
Buat Sendiri Roti Di Rumah, Lembut & Gebu Macam Roti Bakeri
Bahan penting dalam membuat roti ialah yis. Namun tak semuanya akan menjadi seperti roti yang selalu dibeli di bakeri.
Jadi macam mana nak buat roti lembut dan gebu macam yang dijual dibakeri tu? Menerusi perkongsian daripada Khairunnisa Mohammad, menunjukkan tidak mustahil untuk hasilkan roti buku yang lembut di rumah.
RESIPI CARA BUAT ROTI HOMEMADE LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
1 cawan susu suam
1/4 cawan gula @ 50gram – beli online DI SINI
1 biji telur gred A
3 cawan tepung serbaguna – beli online DI SINI
3 sudu kecil yis – beli online DI SINI
1 sudu kecil garam – beli online DI SINI
1/4 cawan marjerin/mentega dicairkan (50gram) – beli online DI SINI
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
TONTON Minit Ekspress: Roti Canai Sosej
CARA-CARA:
1.Masukkan susu, telur, dan gula ke dalam bekas. Kacau rata.
2. Masukkan tepung gandum dan yis. Kacau rata. Dah rata sikit, masukkan garam.
3. Adun rata hingga jadi macam doh.
4. Uli sekejap sampai licin sikit. Masukkan marjerin yang dicairkan. Kalau doh macam lembik sikit, boleh je tambah tepung. Tapi jangan banyak sangat. Paling banyak pun 3/4 cawan gitula. Tangan tu sapu minyak sikit bagi senang urus doh.
5. Uli sampai doh jadi licin dan elastik sikit. Kalau tak elastik sangat pun takpe. Sebab resepi ni saya olah dari resipi roti tanpa uli. Jadi, jangan risau. Ulilah semampu korang saja. Lipat-lipatkan doh tu kalau tak larat uli. Lipat-lipatkan dalam 20 kali gitu. Nanti doh akan jadi lebih licin sikit berbanding tak uli/lipat langsung.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Lepas uli secukupnya, bulat-bulatkan doh jadi bentuk bola. Perap sejam. Tutup bekas perapan dengan kain lembap. Doh sepatutnya naik 2 kali ganda ye.
7. Bila doh dah naik, tumbuk doh buang angin. Canai rata. Lipat doh. Kemudian gulung jadi bentuk bantal.
8. Letak doh dalam acuan 7x3x3 yang telah disapu mentega. Perap lagi dalam 40 minit. Biar naik 3 kali ganda. Sebelum bakar, sapu susu atas muka doh.
9. Bakar suhu 180C, api atas bawah, 25 minit.
10. Bila dah masak, sapu mentega cair atas muka roti nak bagi kilat. Biar 10 minit.
11. Keluarkan dari loyang dan siap untuk dipotong. Boleh makan dengan sardin ke, jem ke, sambal ke.
*Cara nak lipat doh untuk roti ni, boleh rujuk mana-mana video dalam youtube ye. Saya tak reti pulak nak jelaskan. Gambar lupa pulak snap.
*Nak pelbagaikan pun boleh. Letak kismis, chocolate chips, nak buat butterscotch bread ke. Boleh je. Sebab memang lembut rotinya ni.
*Kalau ada mixer atau bread maker, pakailah. Hasil pasti lebih lembut lagi nanti. Saya pakai handmixer.
*Saya guna tepung serbaguna lily paket hijau.
*Saya pakai susu kotak kecil tu. Fresh milk dutch lady. Panaskan sekejap susu tu. Pastu biar suam-suam dulu baru guna. Kalau guna panas-panas sangat, yis mati.
Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Aroma Kopi Bau Semerbak, Lembut & Gebu Mexican Coffee Buns Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: