Bahan penting dalam membuat roti ialah yis. Namun tak semuanya akan menjadi seperti roti yang selalu dibeli di bakeri.
Jadi macam mana nak buat roti lembut dan gebu macam yang dijual dibakeri tu? Menerusi perkongsian daripada Khairunnisa Mohammad, menunjukkan tidak mustahil untuk hasilkan roti buku yang lembut di rumah.
1.Masukkan susu, telur, dan gula ke dalam bekas. Kacau rata. 2. Masukkan tepung gandum dan yis. Kacau rata. Dah rata sikit, masukkan garam. 3. Adun rata hingga jadi macam doh. 4. Uli sekejap sampai licin sikit. Masukkan marjerin yang dicairkan. Kalau doh macam lembik sikit, boleh je tambah tepung. Tapi jangan banyak sangat. Paling banyak pun 3/4 cawan gitula. Tangan tu sapu minyak sikit bagi senang urus doh.
5. Uli sampai doh jadi licin dan elastik sikit. Kalau tak elastik sangat pun takpe. Sebab resepi ni saya olah dari resipi roti tanpa uli. Jadi, jangan risau. Ulilah semampu korang saja. Lipat-lipatkan doh tu kalau tak larat uli. Lipat-lipatkan dalam 20 kali gitu. Nanti doh akan jadi lebih licin sikit berbanding tak uli/lipat langsung.
6. Lepas uli secukupnya, bulat-bulatkan doh jadi bentuk bola. Perap sejam. Tutup bekas perapan dengan kain lembap. Doh sepatutnya naik 2 kali ganda ye.
7. Bila doh dah naik, tumbuk doh buang angin. Canai rata. Lipat doh. Kemudian gulung jadi bentuk bantal. 8. Letak doh dalam acuan 7x3x3 yang telah disapu mentega. Perap lagi dalam 40 minit. Biar naik 3 kali ganda. Sebelum bakar, sapu susu atas muka doh.
Ads
9. Bakar suhu 180C, api atas bawah, 25 minit. 10. Bila dah masak, sapu mentega cair atas muka roti nak bagi kilat. Biar 10 minit. 11. Keluarkan dari loyang dan siap untuk dipotong. Boleh makan dengan sardin ke, jem ke, sambal ke.
*Cara nak lipat doh untuk roti ni, boleh rujuk mana-mana video dalam youtube ye. Saya tak reti pulak nak jelaskan. Gambar lupa pulak snap. *Nak pelbagaikan pun boleh. Letak kismis, chocolate chips, nak buat butterscotch bread ke. Boleh je. Sebab memang lembut rotinya ni. *Kalau ada mixeratau bread maker, pakailah. Hasil pasti lebih lembut lagi nanti. Saya pakai handmixer. *Saya guna tepung serbaguna lily paket hijau. *Saya pakai susu kotak kecil tu. Fresh milk dutch lady. Panaskan sekejap susu tu. Pastu biar suam-suam dulu baru guna. Kalau guna panas-panas sangat, yis mati.
Mengenali Syed Munawwar Syed Muhazani hanya di alam maya menerusi instagram @syedmunawwar. Masakan yang dimuatnaik olehnya sering mendapat like yang tinggi dari follower mungkin kerana resipi yang ringkas, praktikal dan persembahan yang santai.
“Ramai juga yang bertanya saya di Instagram ‘Macam mana boleh pandai masak?’, ‘ Belajar masak dari mana?’ , ‘Belajar kos kulinari ke?’Saya bukanlah pelajar lepasan kulinari dan tidak pernah menyambung pelajaran ke mana-mana institusi pengajian dalam bidang kulinari.
Saya sendiri tidak menyangka dengan kebolehan diri.Bagi saya bidang masakan ini bidang yang menyeronokkan kerana dari bahan asas boleh menghasilkan pelbagai rupa bentuk hidangan dan pelbagai rasa,” cerita Syed.
Akui Syed, mungkin bakatnya turun dari ayah yang merupakan bekas chef hotel. Dia pernah bekerja sebagai tukang cuci pinggan di salah sebuah kantin kilang pada saya umur 18 tahun. Selepas itu, membantu kerja-kerja tukang masak dalam persediaan dan penyimpanan bahan- bahan mentah. Selain itu,saya pernah bekerja sebagai pembantu tukang masak di salah sebuah pusat pengajian tahfiz beberapa tahun lalu.
Memang tidak pernah mendapat pendedahan yang khusus dari chef profesional.Kebanyakan resipi dipelajari sendiri dan ada bertanya dari orang tua-tua iaitu ibu saya dan buat rujukan dari blog masakan dan Instagram kakak famous lain. Di Instagram yang menarik minat saya ialah arwah chef adamdidam.
Tak dilupakan blogger masakan yang selalu dirujuk ialah tiffinbiru.com (dapur tanpa sempadan) atau che matgebu, masam manis (kak norazlitaaziz dan Aziekitchen. Blog mereka ini antara rujukan utama.
Mula berkongsi resipi melalui video masakan di Instagram pada awal tahun 2018. Dirinya tidak menyangka mempunyai pengikut seramai ini setelah setahun berkongsi resipi. Dalam berkongsi resipi untuk rujukan diri sendiri pada masa yang sama boleh beri manfaat kepada orang lain.
Akuinya suka mencuba resipi-resipi baru yang tidak pernah dicuba dan suka melibatkan diri dalam kelas-kelas online PJJ untuk menambah ilmu dalam bidang masakan.
Pada masa akan datang, jika ada modal, dia merancang untuk membuat perniagaan sendiri dari rumah menjual cookies dan kek. Dalam fotografi food di Instagram dia masih menggunakan smartphone yang sama tetapi sekiranya sempat baru membuat sedikit ‘presentation’ atau ‘simple plating’.
“Followers di Instagram bukanlah tujuan utama saya sebenarnya kerana follower datang dan pergi. Bagi content video di Instagram saya perlu perkemas lagi supaya lebih tersusun dan lebih menarik supaya lebih mudah untuk mencari resipi yang sudah dimuatnaik sebelum ni.
Untuk tahun 2020. Saya tidak mampu nak menjangkakan sebab saya masih baru dalam bidang ini dan resipi ni kadang-kadang dah pernah viral dan menarik perhatian sebelum ni tetapi mendapat perhatian atau viral semula.
Bagi saya resipi yang akan terus mendapat perhatian ialah resipi yang mudah dari segi bahan-bahan penyediaan mudah didapati,ringkas, tidak rumit
dan cara penyediaannya cepat menjimatkan masa menjadi perhatian untuk wanita yang bekerjaya juga pelajar yang berjauhan dari keluarga,” cerita Syed menutup bicara.
CARROT CHEESECAKE
Bahan-bahan:
125gm krim keju
150gm mentega tanpa garam
230gm gula kastor
5 biji telur gred A atau B
230gm tepung gandum (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
1 sudu teh esen vanila
50gm parutan lobak merah (perah air lobak merah dahulu)
Cara memasak:
1. Ayak bahan kering. tepung gandum dan serbuk penaik dan ketepikan dahulu.
2. Panaskan oven suhu 160c-180c
3. Putar krim keju,mentega dan gula kastor sehingga kembang.
4. Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
5. Masukkan bahan kering yang telah diayak sedikit demi sedikit. Lepas masukkan bahan kering jangan overmix.
6. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila. Kacau rata guna spatula.
7. Masukkan kedalam loyang bulat saiz 8 inci. Letakkan loyang ke dalam loyang yang lebih besar. Bakar dengan kaedah water bath/steam bake selama 45-60 minit atau sehingga masak
8. Sejukkan dahulu sebelum di potong. Sedia dihidangkan.
1.Goreng ikan tenggiri yang telah dilumurkan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2.Gunakan minyak bekas goreng ikan. Tumis halba campur sehingga naik bau dan masukkan bawang besar,bawang putih dan halia.
3.Kacau sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering,daun kari. Tumis sekejap.
4.Masukkan serbuk jintan putih,jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis sehingga harum.
5.Masukkan tomato dan cili hijau.Biarkan seketika dan masukkan perahan air asam jawa dan air biasa.
6.Biarkan mereneh dengan api perlahan. Masukkan akar ketumbar.
7.Kemudian masukkan lada hitam kasar. Masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng.
8.Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
9.Sedia dihidangkan.
AYAM GORENG TEPUNG BERSAMA SOS KEJU
Bahan-bahan: 1 biji telur
4 ketul kepak ayam (potong dua)
tepung goreng ayam rangup segera
1 sudu makan mentega
3 ulas bawang putih
2 cawan susu full cream
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh serbuk cayenne
1 sudu teh lada hitam kasar
1 kiub pati ayam
4 keping keju cheddar
1 sudu makan keju parmesan
sedikit pewarna
kuning telur
Cara memasak:
1.Keringkan ayam dahulu. Lumurkan ayam di dalam telur dan salutkan bersama tepung goreng ayam rangup segera.
2.Goreng ayam seperti biasa didalam minyak yang banyak. Setelah masak. Ketepikan dahulu.
3.Panaskan kuali bersama mentega.
4.Masukkan bawang putih cincang.
5.Kacau sehingga naik bau.
6.Masukkan susu full cream. Biarkan mereneh sambil kacau.
7.Masukkan serbuk paprika,serbuk cayenne dan lada hitam kasar.
8.Kacau rata dan masukkan kiub pati ayam dan keju cheddar dan keju parmesan.
9.Biarkan keju cair sambil dikacau.
10.Akhir sekali masukkan pewarna kuning telur. Kacau rata. Sedia dihidangkan.
Info : Boleh juga menggunakan tepung gandum dan campuran bahan lain untuk gorengan ayam yang rangup.
Info : Sos keju ni juga boleh di hidangkan bersama potato wedges
Kuih lejen, kuih tiram antara yang masih ramai peminat setianya. Memang sedap dimakan terutamanya ketika menonton tv di rumah bersama keluarga.
Menerusi perkongsian daripada Aznor Aznora, dia membuat hasil jualan dengan meniaga kuih tiram yang ada 2 perisa, iaitu perisa original dan campur kacang tanah kisar.
RESIPI KUIH TIRAM LEJEN
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung gandum cap ros 6 sudu makan marjerin (cairkan) – beli online di sini 1 biji telur (kacau dulu) 1 sudu makan garam Air sejuk secukupnya (saya guna air sejuk coway je) Minyak masak* Tepung ubi* – beli online di sini (Gaul bersama tepung ubi dan minyak masak, sedang-sedang pekat untuk sapuan pada tepung nanti) Minyak (untuk menggoreng)
1. Tuang tepung gandum dalam bekas. Buat bulatan tengah-tengah. Letak garam di lubang tu. 2. Kemudian, tuang marjerin panas dalam lubang tepung tadi. Kacau dengan senduk bagi garam hancur, baru ratakan pad semua tepung.
*untuk mesin yang digunakan, untuk lenyek permulaan, saya guna no 1. Kemudian, nak bagi licin, guna no 2. Bila dah siap potong, nak lenyek bagi berlapis tu, saya guna no 1 semula.
Gimbap Mini atau Mayak Gimbap ini merupakan sajian popular dari Korea yang sangat enak dan mudah disediakan. Bagi anda yang inginkan sajian mudah, sedap tapi ringkas, nah…mini Gimbap ini tentunya pilihan terbaik yang boleh dicuba. Selain inti yang ringkas, anda boleh pelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Pasti puas hati.
Lobak merah – hiris memanjang Hirisan telur dadar Sawi jepun – rebus & tos
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan air seperti sukatan masak nasi beras biasa (sukatan air guna jari). Elak masak guna 2 1/2 cawan air kerana nasi akan jadi terlalu lembik.
2. Sagat halus lobak merah kemudian layukan dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Masak hingga airnya kering. Boleh tambahkan secubit garam halus semasa dimasak.
3. Bersihkan sawi jepun dan celur. Kemudian toskan airnya.
4. Pukul 2 biji telur ayam dan masak seperti menghasikan telur dadar. Hiris halus & ketepikan.
5. Untuk menyediakan mini gimbap, ambil sekeping rumpai laut bersaiz kecil dan ratakan sedikit nasi diatasnya.
6. Susun hirisan lobak merah, telur dan sawi jepun. Gulung kemas. Ulang langkah sehingga bahan-bahan habis.
7. Akhir sekali, taburkan bijan sangai di atas gimbap. Sedia untuk dinikmati.
8. Gimbap ini boleh dinikmati begitu sahaja atau enak juga dicicah dengan kicap cair.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...